![]() |
| Puan Shamsidar Taharin |
Saya telah menelah perbalahan dan tektik haprak beberapa pemimpin kanan yang rapat dengan DSAI apabila YB Nik Nazmi menjulang nama seorang calon Ketua AMK PKR dalam blognya. Penulisan sumbang Nik Nazmi dalam beberapa titipannya selepas "memperkenalkan" rakan karibnya itu telah mendapat cemuhan hebat daripada ramai penyokong parti.
Menyandang jawatan Pengarah Komunikasi PKR, YB Nik Nazmi tidak sewajarnya terlalu menunjuk sokongannya terhadap seseorang dalam pemilihan parti seperti ini.
Surut meroyan Nik Nazmi, beberapa insiden yang menayangkan kepekongan PKR dipamerkan pula oleh beberapa pemimpin tertinggi parti, termasuk calon Timbalan Presidennya ~ YB Azmin Ali dengan menyerang dan seolah mempertikaikan kesetiaan lawannya, Datuk Zaid Ibrahim. Lebih menyedihkan apabila blog Ketua Umum Parti turut mempropagandakan calon pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim; siapa lagi kalau bukan suami kepada Puan Shamsidar Taharin !!
Saya pernah menitipkan:
Sebelum Mac 2008 mereka menjelajah serata desa dan kampong bertemu Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang demi menyampaikan hasrat murni untuk membantu. Mereka berikrar dengan seribu janji. Mereka menabur seribu harapan. Mereka membisikkan sejuta impian. Semuanya sampai kerana mereka berkehendak dan bersungguh untuk menyampaikan. Maka ketahuilah sekalian rakyat di kampung, desa dan lurah. Pakatan Rakyat ingin memerintah. Pakatan Rakyat ingin memerintah dengan adil, telus lagi bijaksana. Hebat gerak kerjanya. Warga desa, kampung dan lurah gembira. Gembira diberi harapan baru. Gembira menunggu sinar Malaysia Baru. Mereka gembira bukan kerana mereka dapat. Mereka gembira bukan kerana mereka merasainya. TETAPI..!! Mereka gembira kerana mereka tahu. Mereka tahu kerana mereka diberitahu. Mereka diberitahu kerana ada pemimpin yang sampai kepada mereka untuk memberitahu.
Sekarang pemimpin-pemimpin itu telah "terlalu" sibuk. Busy. Banyak urusan. Banyak mesyuarat. Banyak majlis rasmi. Banyak temujanji. Banyak mengkaji. Banyak... Banyak.. Banyak... Sehingga mereka tiada masa lagi untuk memberitahu kepada Pak Long dan Mak Long, kakak, adik dan abang segala hasrat murni mereka untuk membantu. Maka sekalian rakyat di desa, kampung dan lurahpun tidaklah tahu. Rakyat tidak tahu apakah janji terlaksana. Rakyat tidak tahu apakah harapan akan bercahaya. Rakyat tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. ~ October 14, 2009.
Selepas titipan tersebut, saya sampaikan sendiri apa terpendam dilubuk hati kepada DSAI, tindakan susulan dijanjikan. Alhamdulillah, Nik Nazmi dilantik menjadi pengarah komunikasi parti ~ nafas baru, saya kira!! Mungkin menjanjikan kaedah dan keberkesanan mampan... tetapi ... hampa!! hamprak!!
Belum sempat rakyat terbanyak sedar tentang janji PKR yang tertunai, keladak, hampas dan pekong kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dicanangkan sendiri oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang kemaruk mengejar pangkat dan darjat dalam parti yang entah berjaya entahkan tidak menerajui Putrajaya selepas pru-13 nanti.
Terus terang, saya meluat dengan kelaku dan gelagat sesetengah mereka!
Saya menuntut penjelasan tuntas, mampan, jitu dari Saudara Anwar Ibrahim; kerna kepada saudara, rakyat sandarkan harapan !!!
Jangan sampai dikata orang "Mengata dulang paku serpih, mengata Umno, rupanya Pkr yang lebih (hamprak)"
Bukan marah, tapi menegur!
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

9 comments:
Bro.. nak kena cop sebagai pengkhinat ka? ha.. ha.. ha..
Kan DSAI tu tak boleh ditegur biarpun salah.. siapa yang menegur pasti akan dicop sebagai pengkhianat oleh para pembodek dia..
ASD yang benar tetap benar. Kenapa perkara sebegini berlaku. Dalam posting teman, ada teman sebut 'menyuburkan demokrasi tetapi lalai untuk memantapkan parti'. Bukan masaalah cop mengecop tetapi merealisasikan agenda perubahan serta membina lanskap politik baru di Malaysia. Jangan lupa, sandaran rakyat terbanyak kepada PKR/PR.
Yang jauh dilaung dan yang dekat dibisik biar sampai keinginan dihati menjana perubahan dan pembinaan laluan ke Pj terbentang luas.
Please link me at lekiyourrock9
salam ... terlalu sedih bila mendengar, melihat dan membaca segala tohmahan dan sindirian baik dari UMNO/BN malah fitnah seranah dari pemimpin PKR sendiri. Nampaknya semua pemimpin dan bakal pemimpin PKR telah sibuk mengejar pangkat. Apa nak jadi ni. Bagaimana perjuangan kita Reformasi Reformasi Reformasi. Nampaknya ramai yang ambil kesempatan untuk menaguk di air keruh. Pemimpin2 telah mula mengejar pangkat dari perjuangan untuk Keadilan dan keharmonian rakyat. Terasa benci dengan sikap adu domba dan jatuh menjatuh ini. Ingat tanpa kami pejuang reformasi anda semua di mana wahai pemimpin tamak Keadilan. Kami sanggup di belasah, di lokap, dipukul dek belantan dalam menyokong perjuangan Keadilan untuk Malaysia. Tapi setelah Parti kuat anda mula tamak kuasa dan lupa daratan. Jangan buat kami beralih arah pula semula kerana kamu semua sama dengan pemimpin UMNO/BN jua. Tak kiralah anda siapa atau anda orang kuat DSAI sendiri kerana kamu akan/sudah "TIDAK PEDULI" lagi.
Allah Hu.
dah nama politik mestilah masing masing mengejar pangkat dan jawatan, itu tak kira siapa pun, setakat ini mustafa kamil yg terbaik sekali, azmin dan zaid lebih kurang je
serpihan2 umngok serba sedikit masih berada dalam PKR... dan serpihan ini tak boleh di buang kerna mereka juga pengundi... tapi HADI AWANG atau TGNA kene tegur supaya perkara ini di lihat bersih...
sekian cadangan saya
bukan ke sebelum ni aku dah cakap yg pemimpin PR rata-rata bukannya ikhlas nak membela nasib rakyat tapi lebih kpd GILER KUASA DAN $$$$.skg baru korang tahu menyesal dgn menyokong PR anyway penyesalan korang masih belum terlambat lagi bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna', jadi gunalah peluang sebaik mungkin dan pilihlah BN pada PRU akan datang krn hanya BN sajalah dpt membela nasib rakyat dan mentadbir negara dgn adil.
orang tua kata kalau nak pilih kawan biar yang betul..
Nazrina Budak Bodoh Barua umno said...
bukan ke sebelum ni aku dah cakap yg pemimpin PR rata-rata bukannya ikhlas nak membela nasib rakyat tapi lebih kpd GILER KUASA DAN $$$$.skg baru korang tahu menyesal dgn menyokong PR anyway penyesalan korang masih belum terlambat lagi bak kata pepatah 'sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna', jadi gunalah peluang sebaik mungkin dan pilihlah BN pada PRU akan datang krn hanya BN sajalah dpt membela nasib rakyat dan mentadbir negara dgn adil.
Kah kah kah...
Woi budak bodoh!!!
Malaon2 yang gilakan kuasa dan wang ringgit dah lama keluar dari parti dan sokong UMNgOk parti taik busuk sampai ke usus la bangang!!!
Diorang juga dah tubuhkan KONGKEK-sus bebas, ko tau tak budak bodoh???
Kah kah kah...
Woi budak bodoh!!!
Benda ni semua perkara biasa atau adat bila ada pemilihan jawatan dalam parti la bahalol!!!
Kalau tak takkan ong tee keat sanggup bercakaran dengan chua soi lek dalam pemilihan pucuk pimpinan MCA???
Dasar otak lembu tak boleh nak pikir!!!
BANYAK MAKAN TAIK LA KO NIH BUDAK BODOH!!!
Kah kah kah...
Baju dipakai memang PKR tapi hati didalam siapa tahu.
Janganlah nak ikut budaya gerombolan NOUMNO dan nak kembangkan pulak dalam PKR....hancur PKR nanti.
Beginilah akan berlaku selalunya apabila kuasa dan pangkat diberi pada orang muda. Sikap gelojoh, baran, degil dan tidak sabar masih menjadi resepi dan makan minumnya seharian.
Yang kita nak ialah..berpendidikan,beriman,wibawa dan ikhlas dalam perjuangan. Syarat usia hanyalah bersifat subjektif sebenarnya.
Post a Comment