![]() |
| Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden yang paling wajar diberi sokongan padu. ~ Kerajaan Rakyat |
Zaman gadisnya, dicelupari
Zaman remajanya, dikhianati
Semasa gadis sebaya bebas ke sana sini
Semasa remaja seusia ria bersama keluarga
Kebebasannya direntap oleh pendusta
Kebahagiaannya diragut oleh penguasa
Senyumnya manis, hatinya bergelora
Tuturnya sopan, semangatnya membara
Dia faham erti kesengsaraan
Kerna kesengsaraan adalah dia
Dia mengerti maksud penderitaan
Kerna penderitaan adalah dia
Dengan semangat membara
Dengan hati bergelora
Bangkitnya menghapus sengsara
Perjuangannya penebus derita
Bukan untuk dirinya
Bukan juga untuk Papanya
Perjuangannya untuk rakyat jelata
Perjuangannya untuk Nusa dan Bangsa
Perjuangannya untuk Agama tercinta
Tajam tintanya bukan untuk Anwar
Petah tuturnya bukan untuk Papa
Langkah juangnya demi Rakyat demi Nusa
Pantas tindaknya demi Agama demi Bangsa
Semangat juang disusurnya langsung
Perjuangannya kami turut menyongsong
Salaam Perjuangan
Kerajaan Rakyat
Nota: Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden yang paling wajar diberi sokongan padu.

3 comments:
Salam Bro, Jai dan semua,
Sy secara peribadi menyokong ..
Presiden - Wan Azizah
Tim. Presiden - Saudara Azmin Ali
Naib. Presiden - Nurul Izzah , Dato Zaid , dll
AMK - Cekghu Bard
ikhlas
Salam bro Zabri.
Pada gua siapa menang pun tarak hal, yang penting kepala otak diorang tak bahalol macam nazrina budak bodoh lembu umno.
Kah kah kah...
Salam Bro Sofi , Jai dll.
Yaaaaa betullllllllllllllll
Post a Comment