Followers

Thursday, October 28, 2010

PKR: betulkan jentera parti dulu baru berangan untuk ke Putrajaya

Sekebelakangan ini pekong, keladak dan najis Parti Keadilan Rakyat semakin terselah. Saya perhatikan, parti baru pertama kali mengadakan pemilihan dengan kaedah yang amat terbuka dan setelus mungkin (inilah gambaran luar yang cuba digarapkan oleh PKR).

Agenda perubahan, Agenda mengangkat martabat nusa bangsa. Agenda mengangkat ekonomi Melayu, ekonomi India, ekonomi Cina dan ekonomi seluruh rakyat marhaen! Hebat agenda Parti Keadilan Rakyat.

Opp!!! nanti dulu PKR.... sabar, sebelum lebih ramai rakyat menyampah kepada parti yang berangan tinggi melangit dengan seribu satu agenda, tolong betulkan parti sendiri. Setiap kali pilihan raya diadakan, PKR lah yang paling banyak bersungut, memperlekehkan SPR dengan berbagai cemuhan. Nah sekarang, nak uruskan pemilihan sendiripun .... dah macam bau najis babi...!!

Ingatlah PKR, kalau parti sendiripun berkeladak, jangan berangan untuk menawan Putrajaya...!!!


Isu Perubahan Senarai Muktamad Calon MPP

UNTUK TERBITAN SEGERA
28 Oktober 2010


Pertama sekali, saya ingin merakam rasa gembira saya kerana Pemilihan Keadilan 2010 telah berjalan dengan jayanya, dengan penuh kesopanan, walaupun kita sedar akan kesukaran-kesukaran dan kekurangan-kekurangan yang dialami pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan ibupejabat parti.

Hingga hari ini, hampir kesemua cabang PKR telah berjaya mengadakan pemilihan di peringkat cabang, dengan gangguan yang amat minimal. Pengalaman sewaktu pemilihan di peringkat cabang kini membolehkan JPP dan ibupejabat parti mengenal pasti perkara-perkara teras yang perlu diperbaiki, dengan niat memperkukuh asas-asas demokrasi di dalam parti.

Ini semua menunjukkan dengan jelasnya kebijaksanaan para pemimpin PKR dalam usaha memperkasa anggota-anggota parti dengan semangat demokratik “1 ahli, 1 undi.”

Pada masa yang sama, saya telah dimaklumkan bahawa pada 27 Oktober 2010, ibupejabat parti telah mengumumkan senarai baru yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon Naib Presiden dalam kertas-kertas undi. Saya cuma ingin menyatakan yang situasi ini agak sedikit membimbangkan, atas dua sebab:

1) senarai muktamad calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah dikeluarkan pada 24 Oktober 2010 yang lalu. Pengumuman senarai muktamad terbaru pada 27 Oktober, yang mengandungi perubahan aturan nama calon-calon dalam kertas undi, meletakkan tanda tanya pada senarai muktamad pertama tadi. Persoalannya: Adakah senarai pertama itu senarai muktamad? Kalau bukan, siapa yang bertanggungjawab menerbitkannya? Senarai ini sudah pasti telah diguna calon-calon dalam kempen mereka, dan kita harus bersikap adil kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam Pemilihan 2010 ini.

Namun saya meletakkan kepercayaan penuh pada JPP dan ibupejabat parti agar isu ini diberi perhatian dan tindakan secukupnya.

2) jangkamasa pengumuman ini, yang dilakukan dua (2) hari sebelum minggu pertama anggota-anggota keluar mengundi untuk calon-calon MPP, mungkin membangkitkan masalah logistik, walaupun saya percaya ianya pasti kita atasi. Pada 29-31 Oktober, anggota-anggota parti PKR dari sebanyak 69 cabang seluruh Malaysia akan keluar mengundi, dan bilangan ini hampir sepertiga jumlah keseluruhan cabang PKR yang berdaftar.

Adalah menjadi harapan saya yang kertas-kertas undi yang betul akan dapat tiba di pusat-pusat pengundian berkenaan, semoga anggota-anggota parti akan dapat melaksanakan tugas demokratik mereka demi parti yang kita cintai ini. Saya pasti parti ini akan melakukan sedaya mungkin untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pihak JPP dan ibupejabat parti di atas usaha mereka yang tak terhenti untuk menjamin Pemilihan 2010 berjalan dengan jayanya, bukan sahaja demi masa depan parti, tetapi juga demi masa depan negara.

Nurul Izzah bt Anwar
Calon Naib Presiden PKR, Pemilihan 2010

5 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Salam bro Sofi.

Tengok lu punya gambar gua teringat Bajet Seluar Dalam bik mama la bro!!!

Harap2 PR jangan buat bajet seluar dalam macam Barisan Najis dah la!!!

Kah kah kah...

Anonymous said...

Improve your site's visibility in Google search results with Google Webmaster Tools, html codes,dow 3 column templates,how to,Seo,google adsense,Meta tags ...

Anonymous said...

AdSense is an ad serving application run by Google Inc. Website owners can enroll in this program to enable text, image, and video advertisements on their

Pak Leman said...

ngapa mu boh gambo gitu. napok si AnWar gile dia ngaja botot gitu. dok ngaja botot toksei gi putrajaya

jai said...

Pak Lemang-kuk Hayung said...

ngapa mu boh gambo gitu. napok si AnWar gile dia ngaja botot gitu. dok ngaja botot toksei gi putrajaya

Kah kah kah...

Woi pok lemang-kuk hayung!!!

Kat sini ada sekor lembu gay, mu nok bontot lembu gay tu dok???

Lembu gay tu sokong Barisang Najis sama dengan mu sebab dia bodoh serupo macam mu jugok.

Kah kah kah...