Followers

Wednesday, November 24, 2010

Cif Insp Mazli, Bahalol Tahap Tertinggi. Macam Haramjadah!

Bukan semua polis yang berperangai macam si haramjadah Cif Insp Mazli, tetapi disebabkan kecuaian dan sikap sambil lewa anggota seperti dia, maka orang awam kerap padang sinis dan menyampah terhadap anggota polis. Macamana mangkok ni bolih jadi Cif Insp pun saya pelik.... Bahalol tahap tertinggi !!!!
Polis macam ini, buat membazir duit rakyat bayar gaji dia. Kalau anak dia yang kena tembak, baru dia tau, langit tinggi ke rendah!
Baca berita berikut seterusnya.

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya. Cif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.
Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.
Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.
Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.
Mazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.
Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.
Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.
Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.
“Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu,” katanya.
Tambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.
Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.
Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.

4 comments:

baginda® said...

bleh dia cakap macamni? tak pernah handle kes ke? semua lupa.. 1 hal

2 hal takan takde pape tindakan pada kecuaian anggota nih?

3 hal nasib baik majoriti 2/3 bn telah dihapuskan kalau tak jangan harap kes ini akan di ketengahkan dan aminurashid akan mati katak jer!

jai said...

"Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan."

Kah kah kah...

Ingat bangkai lembu ke boleh dialih-alihkan sebelum gambar diambil???

Bangkai nazrina manusia lembu pun tak boleh dialihkan kalau dia kena tembak sebab meragut di dalam kebun orang.

Kah kah kah...

HILANG KEPERCAYAAN said...

BEGITU JUGA KES BAYI 3 BULAM MATI DALAM BUAIAN PADA 28-11-2010 DI ANGGAP MATI MENGEJUT WALAUPUN BAPANYA MENGATAKAN ADA UNSUR JENAYAH PADA BAYINYA..KERANA BAYI INI SIHAT DI HANTAR PADA MASA PAGI 7.00AM TETAPI PADA 10.00AM ANAK NYA DI KATAKAN SUKA-SUKA MATI TANPA SEBAB..DAN PIHAK POLIS TIDAK MAHU MENERUSKAN SIASATAN KERANA KES INI KECIL PADA MEREKA..WALAUPUN BAPA TERBABIT MEMBERI BUKTI..ANAK NYA DI BUNUH..KETIKA JAGAAN PENGASUH..

Anonymous said...

polis2 malaysia byk yg jd barua pasal tu depa nie semua perangai mcm anjing.kebanyakkan yg jd polis malaysia semuanya pengecut.