Followers

Sunday, November 28, 2010

KONGRES NASIONAL PKR: Program Santai Parti KeADILan Rakyat

Namanya hebat ~ KONGRES NASIONAL ~ tapi malang, tiada pengisian yang dapat dibanggakan dan hanya layak dipanggil majlis bersantai PKR!

Saya berada di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengikuti perjalanan Kongres Nasional PKR ke 7 siang tadi. Kalau saya gunakan garis panduan semasa saya mengajar dulu, ia adalah satu program yang gagal dan jauh menyempang daripada matlamat berkongres!



Displin Perwakilan

~ Saya mempunyai 2 andaian. 
1. Para perwakilan tidak berdisplin dengan menjadikan Dewan Kongrs seperti pasar borong. Mereka keluar-masuk dewan semasa kongres sedang berlangsung, malah ramai yang bersantai di luar dewan.

2. Para Pembahas tidak bermaya, tiada isi dalam ucapan mereka dan hanya syok sendiri di atas pentas! Malah terlalu ramai yang tidak layak dipanggil 'Pembahas', mereka lebih tepat dipanggil pembaca rencana yang merangkak-rangkak. ~~ Amat membosankan!

Saya merasakan andaian ke dua lebih tepat. Justeru kelesuan pembahas telah membuatkan perwakilan meninggalkan dewan.


Isi Ucapan Pembahas.

Daripada kesemua pembahas yang membahaskan Ucapan Dasar Presiden, saya kira hanya seorang Perwakilan Veteran dari Utara dan seorang wakil dari Sabah yang dapat menyampaikan isi bahasan yang berfakta serta dapat dijadikan panduan. Selain daripada mereka berdua, yang lainnya hanya membodek Ketua Umum, syok sendiri bercakap di pentas dan membuang masa perwakilan.


Kualiti Kepimpinan Pembahas

~ Pembahas budak sekolah menengah jauh lebih berkualiti daripada perwakilan PKR yang diwakilkan untuk membahaskan Ucapan Dasar Presiden. 

4 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Kalau nak bersantai jadi la macam katak2 KONGKEKsus bebas.

Boleh ikut mat bijaN gi US.

Kah kah kah...

kulatlapok said...

roda berpusing atas dan bawah...pkt sedang bergerak kebawah untuk menjunamkan diri masing2

Anonymous said...

jom tubuh parti baru la...
amcm kerajaan rakyat?
kita tubuh PARTI RAKYAT NASIONAL...
AMCM?

Suleyman al-Qanuni said...

Aku melihat bahawa inilah akibatnya apabila PKR terburu-buru dalam perjuangannya.

Seharusnya kita perlu mantapkan dasar, polisi, panduan dan kaedah serta perlaksanaan perjuangan.

Sudah tiba masanya DS Anwar tidak menumpukan perjuangan ke Putrajaya.

Sebaliknya memperkukuhkan Pakatan Rakyat.