Followers

Friday, November 26, 2010

Menuntut Keadilan dari Parti Keadilan akan dianggap perbuatan penderhaka


Mengkritik atau mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap perjalanan pemilihan PKR, atau mendakwa JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti tidak adil dalam pengendalian pemilihan ‘1 ahli 1 undi’ dengan memberi bukti salahlaku JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat, adalah sama hukumnya dengan mengkritik Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Oleh itu, sesiapa yang bertindak demikian akan dianggap pengkhianat.

Menuntut keadilan, memperjuangkan kebenaran dan mencadangkan penambahbaikan kepada organisasi parti akan dianggap durhaka. Mustaffa Kamil Ayub, Zaid Ibrahim, CheGu Bard, Jonson Chong, Dr Suraya, Animah Ferrar adalah antara kumpulan pemimpin yang dianggap pendurhaka atau pengkhianat parti.

Begitu juga dengan ahli parti. Kita diminta untuk menjadi ahli yang paling setia. Ahli yang disayangi Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dengan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kedua pemimpin itu walau dalam apa keadaan sekalipun, meskipun menutup sebelah (atau kedua-dua) mata, bertoleransi dengan salah laku, asalkan tidak menyusahkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali atau sebaliknya.

Apakah sudah menjadi satu kesalahan besar apabila ahli menuntut keadilan daripada Parti Keadilan?

Menuntut keadilan tidak lagi terpakai dalam parti. Ianya hanya terpakai kepada kerajaan UMNO/BN. Ramai ahli parti telah tampil mengemukakan bukti yang nyata lagi jelas mendakwa salah laku JPP dalam mengendalikan pemilihan PKR baru-baru ini tetapi langsung tidak mendapat layanan sewajarnya oleh pucuk pimpinan.

Saya sedih tetapi tetap menaruh harapan bahawa parti wajib digerakkan dengan menjunjung prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran. Walaupun kadangkala ianya memberi gambaran negatif kepada parti, tetapi keadilan dan kebenaran akan sentiasa adil dan sentiasa benar dalam apa keadaan sekalipun. Dalam mempromosikan politik nilai sebagai budaya politik PKR, tindakan pimpinan parti akan sentiasa menjadi teladan kepada ahli-ahli biasa.

Ingatan saya kepada pimpinan parti bahawa setiap tindakan ada tindakbalasnya. Jangan terkejut jika ahli parti mula meninggalkan parti kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Ini kerana pimpinan parti tidak mahu melayan ahli parti dengan menghormati hakikat bahawa setiap ahli mampu berfikir secara rasional dan mempunyai maklumat yang cukup (maklumlah zaman internet ini) untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah.

Kita marah sebab UMNO/BN sedang membonsaikan pemikiran rakyat. Akan tetapi apa bezanya dengan tindakan pimpinan parti yang juga bertindak seperti UMNO/BN mahu membonsaikan pemikiran ahli parti supaya menjadi ahli yang setia biarpun membuta tuli.

Jikalau kita tidak mampu untuk memberi keadilan kepada ahli sendiri, bagaimana kita mahu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kita mampu memberi keadilan kepada mereka?


Abdul Aziz Anon

4 comments:

jai said...

Kah kah kah...

Itu pun nak jadi masalah ke???

Kalau dah tak puas hati sangat dengan PKR blah je la.

Tubuhkan NGO dan jadi ahli sekutu Barisan Najis, habis cerita.

Amacam...???

Barisan Najis memang tengah desprate giler tu.

Tunggu apa lagi???

Kah kah kah...

New Hope said...

salam reformasi tuan, minta support blog ktorg demi reformasi.

http://harapan-terbaru.blogspot.com/

Nazri said...

jai@jantan dajal lembut said,

Kalau dah tak puas hati sangat dengan PKR blah je la.

Tubuhkan NGO dan jadi ahli sekutu Barisan Najis, habis cerita.

Amacam...???

Barisan Najis memang tengah desprate giler tu.

Tunggu apa lagi???

-------------------------------------------
kah kah kah woi mangkuk bongok, siapa yg desperate ni?setau aku PKR yg sedang desperate giler selepas satu demi satu pembongkaran isu penipuan dlm pemilihan PKR sehinggakan penyokong PKR sendiri pun naik menyampah.takde sebab utk BN berasa desperata krn sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.cuba kita tengok, pada PRK di Batu Sapi dan Galas semuanya dibolot oleh BN, jadi buat ape BN nak takut.dgn kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas, ini merupakan satu petanda awal yg rakyat semakin yakin dgn pentadbiran BN cuma ko tu yg masih bodoh masih menyokong PR.kah kah kah kah kah

jai said...

Nazrina Lembu Gay umno said...

kah kah kah woi mangkuk bongok, siapa yg desperate ni?setau aku PKR yg sedang desperate giler selepas satu demi satu pembongkaran isu penipuan dlm pemilihan PKR sehinggakan penyokong PKR sendiri pun naik menyampah.takde sebab utk BN berasa desperata krn sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.cuba kita tengok, pada PRK di Batu Sapi dan Galas semuanya dibolot oleh BN, jadi buat ape BN nak takut.dgn kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas, ini merupakan satu petanda awal yg rakyat semakin yakin dgn pentadbiran BN cuma ko tu yg masih bodoh masih menyokong PR.kah kah kah kah kah

Kah kah kah...

Woi lembu bodoh buta maklumat!!!

Gabungan parti bodoh mana baru2 ni yang ajak NGO join diorang???

PR atau Barisan Najis???

Dah tau parti busuk sampai ke usus ada hati nak ajak NGO join korang punya gabungan taik???

Dasar tak malu punya parti pencacai angkat taik!!!

Dah tau nak mampus nak cari talian hayat la pulak.

SYABAS KEPADA NGO2 YANG TAK LAYAN PELAWAAN Barisan Najis!!!

Hanya lembu2 yang bodoh macam ko yang masih tergamak menyembah parti taik!!!

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Apa komen PAS selepas kalah di Galas???

Tak ada pun komen pasal pengundi hantu macam mulut lembu bodoh ko cakap???

Sah la ko sememangnya seorang yang bodoh dan suka cakap benda2 yang bodoh.

Dan kebodohan ko aku serlahkan lagi kat sini:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2010/11/dr-mahathir-perlu-taubat-nasuha.html#comments

Kah kah kah...

ANAK SAPA LA YANG BODOH MENGALAHKAN LEMBU NIH???

Kah kah kah...