Sebagai seorang ahli parti yang setia, saya menunggu dengan penuh debaran perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam 19 November baru-baru ini. Saya jangkakan pucuk pimpinan, terutama Presiden parti akan menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskan isu-isu yang menjadi punca krisis yang sedang melanda parti dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memperbaiki parti dan memulihkan imejnya. Nyata jangkaan saya jauh meleset. Saya telah mengikuti perjumpaan tersebut melalui internet, suatu usaha yang pada hemat saya hanya membuang masa dan membazirkan tenaga eletrik.
Beberapa perkara telah menghampakan saya; dari yang agak kecil hinggalah ke besar. Biarlah saya mulakan dengan yang kecil tetapi berpotensi besar untuk memberi gambaran yang tidak diingini mengenai parti.
Pertama, kenapakah dianggap perlu berbelanja duit untuk meletakkan satu ‘backdrop’ besar yang memaparkan gambar-gambar bersaiz gergasi beberapa orang pemimpin? Kalau majlis dianjurkan oleh UMNO totok seperti Khir Toyo atau Azalina Osman, saya boleh fahamlah. Itu budaya dan mentaliti feudal UMNO untuk memuja dan mengagung-agungkan pemimpin. Tetapi kita PKR - parti Reformasi yang kononnya memperjuangkan budaya dan pemikiran politik baru. Kenapakah kita terikut-ikut dengan amalan-amalan jijik UMNO? Adakah sebab ini, mentaliti pemimpin kita masih mentaliti UMNO? Ini adalah suatu kebimbangan hati nurani saya yang terpaksa saya suarakan demi renungan semua.
Kedua, kenapa Presiden parti sendiri tidak hadir dan berucap di majlis yang digelar ‘perjumpaan pucuk pimpinan parti bersama ahli-ahli parti’? Kelibat Presiden tidak kelihatan langsung. Bayangkanlah jika UMNO dilanda krisis, satu perjumpaan dipanggil dan yang naik ke pentas untuk memberi penjelasan ialah Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin, Adnan Mansor dan Ali Rustam. Rosmah Mansor pula menggunakan peluang itu untuk menonjolkan diri. Presiden UMNO pula bersembunyi di rumah. Blog-blog akan berpesta mengutuk UMNO. Apakah bezanya dengan perjumpaan PKR di mana Ketua Umum, satu jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti dan tidak dilantik, pula yang lebih senduk dari kuah sementara Presiden yang hakikatnya telah mendapat mandat dari para anggota parti untuk memimpin telah menghilangkan diri. Saya amat khuatir ini adalah satu petanda pucuk kepimpinan parti yang tidak menghormati perasaan dan pandangan ahli-ahli biasa.
Terakhir dan yang paling mengecewakan adalah perjumpaan yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menjelaskan isu-isu yang menimbulkan kontroversi serta untuk melegakan kegelisahan dan kecurigaan yang kini melanda para keahlian parti telah bertukar menjadi pesta pemujaan. Lawan dikeji, pemimpin dipuji. Perjumpaan tersebut bertukar menjadi sesi mengutuk Zaid Ibrahim. Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai kepincangan parti tidak dijawab langsung. Aturcara majlis Jumaat lepas mirip “roadshow” anjuran UMNO. Penuh dengan sepanduk-sepanduk memuja pemimpin, laungan-laungan memuji pemimpin. Di manakah perubahan yang di war-warkan?
Suara Presiden ialah suara rasmi parti, suara yang mewakili insan-insan kerdil yang menjadi ahli biasa parti. Saya merayu kepada Presiden untuk segera memberi perhatian dan menangani isu-isu yang kini timbul kerana ini membikin ketara kelemahan dan kecacatan parti. Suara dan penjelasan Presidenlah yang ditunggu-tunggu untuk menenteramkan kegelisahan para ahli biasa parti.
Sekian, Salam Reformasi.
ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568
22 NOVEMBER 2010

5 comments:
Presiden boneka aljuburi
SEBAB ITU PILIHANRAYA YANG KE 13 CENDOL KELING KEDAH DAH KATA BN SUKAR PEROLEHI 2/3 TAPI DAPAT MERAMPAS KEMBALI BEBERAPA NEGERI YANG DI TAWAN PEMBANGKANG,DAN ADA BEBERAPA TOKOH POLITIK UMNO ADA CAKAP TAK PERLU UNDI CINA ATAU INDIA..SEBAB MEREKA ADA STERETEGI BARU IAITU PETI UNDI KLON...KERTAS UNDI KLON ATAU 1 NAMA ADA 2 KERTAS UNDI BERMAKNA 1 DITANDA OLEH RAKYAT 1 DI TANDA OLEH UNTUK MEMENANGKAN PEMERENTAH,KERTAS UNDI AKAN DITUKAR SEMASA PENGIRAAN DI TEMPAT LAIN.
bila pulak Umno ni jijik?sebenarnya umum telah tahu yg PKR ni sebuah parti yg jijik, tengoklah semasa Pemilihan PKR diberitakan terdapat banyak penipuan telah berlaku hanya disebabkan gila kuasa dikalangan pemimpin PKR.kalau semasa pemilihan Umno, mana ada penipuan yg macam ni malah semuanya berjalan lancar tanpa ada kekecohan. hanya krn nak menutup kejijikan PKR ni, pemimpin PKR menuding jadi ke arah Umno pulak.inilah contoh politik murahan + bodoh yg cuba ditonjolkan pemimpin haprak PKR ni.
Nazrina Lembu Gay umno said...
bila pulak Umno ni jijik?sebenarnya umum telah tahu yg PKR ni sebuah parti yg jijik, tengoklah semasa Pemilihan PKR diberitakan terdapat banyak penipuan telah berlaku hanya disebabkan gila kuasa dikalangan pemimpin PKR.kalau semasa pemilihan Umno, mana ada penipuan yg macam ni malah semuanya berjalan lancar tanpa ada kekecohan. hanya krn nak menutup kejijikan PKR ni, pemimpin PKR menuding jadi ke arah Umno pulak.inilah contoh politik murahan + bodoh yg cuba ditonjolkan pemimpin haprak PKR ni.
Kah kah kah...
Woi lembu!!!
Ko cakap apa ni bahalol???
Ko syok sendiri atau sawan babi ko dah sampai???
Kah kah kah...
Woi lembu bodoh buta maklumat!!!
Di bawah ni apa bendanya bodoh???
"Walaupun tanpa isu dakwaan penderaan seorang pemimpin bahagian Umno sewaktu siasatan SPRM, Umno umumnya tidak bersetuju campur tangan badan itu membanteras gejala politik wang."
http://www.malaysiakini.com/news/97314
Boleh pulak umno campur tangan dalam siasatan sprm???
Apa punya bahalol pemimpin ko kambing hitamkan sprm???
Kah kah kah...
Woi lembu bahalol buta maklumat!!!
Ko nak lagi???
"POLITIK wang telah membawa UMNO kepada situasi yang mencabar pada hari ini. Kerana gejala itu yang berlaku pada tahun 1980-an, UMNO terpaksa meminda perlembagaannya dengan mengenakan sistem kuota untuk calon yang hendak bertanding merebut jawatan parti."
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/agenda_menghapus_politik_wang_dalam_umno.html
Kah kah kah...
Woi lembu!!!
KAMI TAU KO MEMANG BODOH DAN SELALU TUNJUKKAN KEBODOHAN KO KAT SINI.
Kah kah kah...
Keadilan baru 11 tahun....ni satu perubahan yang patut dibanggakan...supporters kena sokong, bukan kritik...
ZAid Ibrahim mmg wajar dikutuk...pengkhianat parti....tak sedar diri punya org....poorahhh...
to ILLAM, bagi menang dulu Sarawak....
Sb sarawak ngan sabah la, org semenanjung suffer...jgn ckp banyak lak...
Post a Comment