Followers

Monday, November 29, 2010

SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN RUMAH KASIH HARMONI

Assalammualaikum.

Kepada
Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN RUMAH KASIH HARMONI
 
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Rumah Kasih Harmoni (RKH) telahpun mula beroperasi pada Januari 2009. Selain dari menjaga 40 anak-anak yatim, fakir miskin. RKH juga menjadi tempat rujuk dan pusat mengagih-agihkan bantuan berupa makanan asas dan lain-lain keperluan kepada ibu tunggal, fakir miskin serta golongan yang layak menerima zakat.

Setiap hujung dan menjelangnya awal tahun baru perbelanjaan RKH adalah lebih tinggi dari bulan-bulan yang lain. Kedatangan bulan Disember datangnya bersama musim cuti sekolah dan disusuli pula dengan bulan Januari di mana sesi baru persekolahan baru akan bermula.

Di musim cuti sekolah ini anak-anak kami perlu kepada pengisian yang bermenafaat agar masa hampir dua bulan itu nanti spiritual, mental dan fizikal meraka akan terisi dengan hal-hal yang bermenafaat untuk mereka.


Jesteru itu pihak kami ingin mengajak tuan/puan untuk bersama-sama untuk menampung keperluan-keperluan yang dimaksudkan tadi:


A. Pogram Cuti Sekolah (Summer Camp):
- Membiayai kos kursus yang akan dianjurkan oleh syarikat Motivasi
- Menyertai program anak angkat
- Membiayai program lawatan, rehlah & gotong royong.

B. Persiapan Kempen “Kembali ke Sekolah”
- Membiayai keperluan; unifom sekolah, alat tulis & beg.
- Sumbangan yuran persekolah

C. Keperluan Dapur:
- Menyumbang untuk keperluan makanan asas & makanan basah
- Menyumbang untuk keperluan perkakasan

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:
MAYBANK   : 5121- 8313- 4032
CIMB BANK : 1435-0004917-05-8

Sila emailkan maklumat sumbangan anda kepada: rkh@ykppm.org.my


Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ustazah Rohana Ali:  No. HP: 019-3133430


Segala kerjasama dan sumbangan yang tuan/puan usaha dan hulurkan pihak kami dahului dengan ucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah melipatgandakan rezeki tuan/puan dan diberkatinya.  Amin.


Yang berusaha


Kempen pembelian bas/van untuk RKH yang menjelang tempoh akhir:

Yang berusaha
Rohana bt.Ali

Penasihat Rumah Kasih Harmoni

Kempen pembelian bas/van untuk RKH yang menjelang tempoh akhir:


RUMAH-RUMAH AMAL DIBAWAH NAUNGAN YKPPM:

(A)  RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 1, Jalan 13/3, Bandar County Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
PENGURUS: Usth. Noreha bt . Mohd. Sarib:
HP: 019-3133430 / 013-9559985

(B)  RUMAH SIRAMAN KASIH – RSK
No. 2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.
PENGURUS:  Cikgu Hajar bt. Ismail
HP : 013-2073132 / 012-6857913

 (C)  RUMAH AMAL PERMATA ROHANI
No 43, Jalan DM 3/2, Taman Desa Mas, 48000,Rawang,  Selangor Darul Ehsan
PENGURUS:  Ustazah Khairulbadriyah bt. Yahya
HP :  019-2502663 / 013-3775327

(D)  BAITUL RAHMAH (Warga Emas)
No.2, Jalan Desa 10/4, Bandar Country Homes,48000  Rawang, Selangor.
PENGURUS:  Mak Kamariah bt. Yaakob
Hp: 013-3492273 / 019-4484103

1 comments:

Kasih Harmoni said...

RALAT:
Link2 yang terdapat di page ini telah "OUT DATED".

Sila ke lamanweb baru kami di:
http://kasihharmoni.org