Followers

Friday, December 17, 2010

Adnan Mansor: BN bersedia untuk berdepan satu lagi pilihanraya kecil

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.


Ketua Umno Bahagian Labis merangkap ADUN Tenang, Johore, Datuk Sulaiman Taha, 59 telah kembali ke Rahmatullah awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Beliau mengidap penyakit diabetes dan serangan bakteria di dalam saluran darah. 







Sulaiman memenangi kerusi Tenang dalam pilihanraya umum 2004 dan mengekalkan kerusinya di dalam pilihanraya lalu. Beliau meninggalkan isteri, Noraini Yaakop dan tujuh orang anak. 


Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang bernaung di bawah kasih dan redha Allah swt. Salaam takziah buat keluarga Allahyarham.


Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berada di Hospital Pakar Ampang Puteri memberitahu para wartawan bahawa Barisan Nasional bersedia untuk berdepan satu lagi pilihanraya kecil.

2 comments:

Abd Ghafur said...

Sorilah PR korang tak boleh menang punya. Johor milik UMNO. Silap hari bulan PRU 13 BN menang semua kerusi parlimen, baru padan muka korang.

jai said...

Abd Ghafur said...

Sorilah PR korang tak boleh menang punya. Johor milik UMNO. Silap hari bulan PRU 13 BN menang semua kerusi parlimen, baru padan muka korang.

Kah kah kah...

Mana punya maple pulak nih bro Sofi???

Nama dia semacam je gua tengok.

Kah kah kah...

Halo maple!!!

Lu tulis "Silap hari bulan", tapi kalau betul hari bulan macamana pulak tu???

Pemimpin2 ko pakat lari keluar negara jadi pelarian macam Thaksin la jawabnya kan???

Kah kah kah...