Kita cakap soal autonomi penuh, beranikah kita kalau sudah memerintah nanti dengan hakikat autonomi penuh ? Sebelum itu yakinkanlah mereka dengan biar anak Sabah memilih pimpinan Sabah, biar anak Sarawak memilih pimpinan Sarawak malah biar anak Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan lain - lain memilih pimpinan mereka.
Isu Autonomi : Sokong Azmin tetapi ia harus bermula dari dalam parti
12 Disember lepas Ahli Parlimen Gombak selaku Timbalan Presiden KEADILAN, YB Tuan Azmin Ali dalam satu Majlis Makan Malam di Bintulu telah menjanjikan 'autonomi penuh' terhadap rakyat Sarawak jika KEADILAN diberi peluang memerintah negara. (sila klik baca berita berkaitan)
che'GuBard amat menyokong pendapat dan kenyataan Azmin tersebut. Tahun 1963 melalui satu perjanjian yang ditandatangani bersama telah 'mengikat' Sabah dan Sarawak dan kita bersama telah membentuk Malaysia. Namun hari ini semakin hari semakin dilupa semangat dan isi perjanjian tersebut.
Sabah dan Sarawak ialah antara penyumbang besar pendapatan negara Malaysia namun Sabah dan Sarawak juga antara negeri yang jauh ketinggalan dari aspek pembangunan dan kadar kemiskinan rakyatnya tinggi. Ini berlaku kerana semangat perjanjian tidak dihormati. Pimpinan (Regim) Sabah dan Sarawak sengaja membiarkan hak autonomi dicabul untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka membenar autonomi rakyat dicabul asalkan Kuala Lumpur menjaga kepentingan mereka. Sebaliknya didepan warga Borneo mereka memainkan sentimen benci semenanjung kononnya semenanjung memunggah harta warga Borneo sedangkan mereka dan pemimpin regim di semenanjunglah yang sama berkongsi hasil 'rompakan rakyat' dan rakyat terus terbiar.
Memberikan autonomi beerti menghormati semangat perjanjian 1963 dan mengangkat semangat 'federalisme'. Ada aspek keuntungan dan kerugian. Namun dari aspek ketelusan, kemanusiaan, maruah dan jiwa besar ia jauh tak ternilai.
Dalam manifestasi anak muda (manifesto) yang diangkat oleh che'GuBard dan teman - teman sebagai tawaran kepada pengundi muda ketika Pemilihan 2010 juga secara jelas telah menyentuh persoalan mengangkat semangat federalisme ini. Semangat ini bukan sahaja perlu dicakap tetapi perlu dilakukan dalam parti kita juga.
Dalam manifestasi Anak Muda secara jelas mempertegaskan perlu diwujudkan Konvensyen negeri yang juga memberi ruang pimpinan negeri dipilih oleh pimpinan tempatan negeri tersebut. Satu pengundian telus dengan semangat demokrasi perlu diadakan. Kata mudahnya jangan kita bercakap soal autonomi kalau kita tidak berani membenarkan pimpinan negeri dipilih oleh negeri tersebut bukan diwahyukan dari pusat.
Kita cakap soal autonomi penuh, beranikah kita kalau sudah memerintah nanti dengan hakikat autonomi penuh ? Sebelum itu yakinkanlah mereka dengan biar anak Sabah memilih pimpinan Sabah, biar anak Sarawak memilih pimpinan Sarawak malah biar anak Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan lain - lain memilih pimpinan mereka.
~ email dari che'GuBard

2 comments:
Penipu...dlm proses pemilihan calon prk12 n proses pemilihan baru2 ni terbukti kuasa autonomi ini adalah janji kosong....pmpin2 pusat pkr trnyata msuk campur dlm hal ni...inikan pula bla memerintah...
temberang sja ckap Azmin....prk 12 n pmilihan bru2 ni, juga prk batu sapi menunjukkan kuasa autonmi ni hnya gimik utk menarik sokongn rkyt kpd pkr ja....slgi pkr jdi dominasasi d sabah n srawak, rakyat sabah mengharapkn kluar mulut buaya rupanya msuk mulut naga....ini membuktikan pmpin2 pusat pkr hanya buat permainan utk kpntingan bebrpa kerat pmpin dlm parti....kami tdk mahu pisang berbuah 2 kali...sistem kpimpinan dlm pkr juga tdk menjamin kuasa autonomi sabah n srawak....DSI tdk prnh pn mendengar suara akar umbi n pmpin2 sabah khususnya....suatu pembohongan....rakyat n pmpin2 sabah srawak perlu parti yg konsisten dgn hal autonomi ni...pkr bukan parti yg sesuai sbab sudah teruji smnjak prk 12 lagi....
Post a Comment