Followers

Saturday, December 25, 2010

Ketika itu, maka celakalah pemimpin PKR

Andai Umno/BN memperlecehkan Bahasa Melayu, saya dapat menerimanya kerna memahami budaya Umno/BN yang hanya beretorik mempertahankan kedaulatan Bahasa Kebangsaan. Tidak menjadi sesuatu yang pelik kepada saya apabila Umno memandang rendah terhadap Bahasa Kebangsaan. Umum mengetahui, pemimpin Umno/BN pakar dalam bidang kepura-puraan. 

Umno berpura-pura mendaulatkan rakyat, yang sebenarnya mereka mengkhianati rakyat. Umno berpura-pura memuliakan Agama Islam, sebenarnya mereka menghina Islam dalam banyak tindak-tanduk mereka. Umno kononnya mengutamakan Bahasa Melayu tetapi sebenarnya para pemimpin Umno memperlekehkannya. 




Justeru, saya tidak hairan andai Umno dengan sengaja meminggir malah menghina Bahasa Melayu!

Saya berasa amat hampa apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dengan gah dan angkuh mendabik dada kononnya telah, sedang dan akan terus mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan, tetapi gagasan itu hanya mainan politik haprak, hanyir dan menjijikan!!! 

Secara jujur, saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan PKR sebagai rakan induk dalam Pakatan Rakyat dapat berdiri gagah dan berwawasan luhur untuk mentadbir negara dengan menumpaskan Umno/BN dalam pru-13 nanti. Malangnya, tindak-tanduk pemimpin PKR pasca pru-12 dalam banyak hal tidak menjurus ke arah mengamalkan apa yang mereka sendiri ucap atau janjikan! 

Menyimpan ketempangan lain, dalam titipan ini saya hanya ingin meluahkan rasa mual saya terhadap penggunaan bahasa dikalangan sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat serta BIRO KOMUNIKASI, PARTI KEADILAN RAKYAT.  

PKR kononnya, saya ulangi, kononnya ingin mengutamakan serta memartabatkan Bahasa Melayu, tetapi kenapa, kenapa dalam banyak kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemimpin PKR dan dihebahkan melalui Biro Komunikasi parti menggunakan Bahasa Inggeris? (sekadar contoh di sini dan di sini. Kedua-dua kenyataan Media oleh pemimpin tertinggi PKR ini tidak diterjemahkan oleh Biro Komunikasi parti sekurang-kurangnya setakat masa saya mewarkahkan titipan ini)  Saya tidak mengatakan salah menggunakan Bahasa Inggeris tetapi sewajarnya ia diikuti sama dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila hal sepenting ini tidak diambil berat oleh sebuah parti yang bercita-cita ingin memberi pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia. Malah saya berasa amat kesal apabila Biro Komunikasi parti yang bertanggungjawab dalam siaraya ini tidak bertindak tuntas dalam penterjemahan ini.  

Kalau masa masih belum dapat memerintah negara PKR tergamak dengan tanpa rasa bersalah meminggirkan Bahasa Melayu,  andai dapat memerintah negara kelak saya merasakan kebarangkaliannya amat besar PKR akan meminggirkan orang Melayu pula! Ketika itu, maka celakalah pemimpin PKR yang memungkiri gagasan mereka sendiri  serta mengkhianati harapan rakyat.

Penghargaan tinggi saya berikan kepada pemimpin serta pengurusan parti PAS dalam menunaikan janji dan mempraktikkan gagasan luahan mereka apabila dalam banyak hal mereka lakukannya dengan penuh kejujuran. 

Adalah menjadi harapan saya agar teguran ikhlas ini diterima dengan berlapang dada dan semangat setia juang yang luhur dikalangan warga PKR yang berkaitan. 

Salaam Takzim

8 comments:

Anonymous said...

sy setuju dgn tulisan saudara..sy sendiri pernah menyertai satu usrah bersama Lathifah Koya dan YB Nurul Izzah..apa yg sy nmpak, mereka lebih gemar menggunakan bahasa inggeris dr bahasa kebangsaan padahal mereka yg hadir hanya seorang sahaja berbangsa cina..yg lain semua melayu..lebih dikesalkan, YB Nurul sebelum memulakan bicaranya, terus bertanya "kita nak bercakap dalam bahasa melayu ke inggeris?" ini baru 2 orang pemimpin PKR, walaupun ramai lagi yg pernah sy temui mengambil sikap yg sama..sy harap saudara dapat meneruskan lagi penulisan saudara tentang isu ini supaya ianya dipandang dan diambil sbg nasihat yg berguna oleh pemimpin2 PKR..

Anonymous said...

JANGAN KELAM KABUT....NANTI RIBUT....TAK DAPAT BERPAUT....JATUH KEDALAM LAUT...DI SAMBAR IKAN JERUNG....NANTI KUBUR TAK BERTANDA....

Nazri said...

kalau betullah tuduhan PR yg kerajaan BN ni menghina agama islam, kenapakah pemimpin islam terkemuka dunia dan juga negera-negara islam dunia lain telah mengistiharkan yg Malaysia adalah salah sebuah negara islam contoh.

Nazri said...

ape nak jadi dgn PR ni, sebelum ni tak habis-habis bantah pasal konsert lepas itu timbul pulak isu Apco yg cuba dipolitikkan oleh PR dan selepas isu Apco timbul pulak isu kenaikan harga petrol dan skg ni muncul pulak isu agama islam dan bahasa melayu, nampak sgt PR ni teramat tertekan selepas isu yg diungkitkan oleh PR sebelum ni tidak berjaya mempengaruhi rakyat malaysia yg skg dah mula cerdik dan tidak mudah terpengaruh dgn isu bangang PR spt penyokong bangangnya juga.

jai said...

Nazrina Lembu Gay said...

kalau betullah tuduhan PR yg kerajaan BN ni menghina agama islam, kenapakah pemimpin islam terkemuka dunia dan juga negera-negara islam dunia lain telah mengistiharkan yg Malaysia adalah salah sebuah negara islam contoh.

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Malaysia diiytihar sebagai negara islam contoh sebab pemimpin2 PR.

Bukan kerana pemimpin2 ko, ko tau tak bahalol???

Sebab ko bodoh ko tengok kat bawah ni pemimpin mana yang paling banyak tersenarai dalam 500 PEMIMPIN ISLAM PALING BERPENGARUH DI DUNIA:

-SPB Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin - Political
-Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas - Scholarly
-Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Political
-Dato’Seri Wan Azizah Wan Ismail - Political
-Mohideen Abdul Kader - Development
-Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - Administrative
-Raihan - Arts and Culture
-Dato’ Seri Najib Tun Razak - Political
-Dr Sheikh Muszaphar Shukor - Science, Technology, Medicine, Law

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Mana nama kak ros ko???

Kah kah kah...

jai said...

Nazrina Lembu Gay said...

ape nak jadi dgn PR ni, sebelum ni tak habis-habis bantah pasal konsert lepas itu timbul pulak isu Apco yg cuba dipolitikkan oleh PR dan selepas isu Apco timbul pulak isu kenaikan harga petrol dan skg ni muncul pulak isu agama islam dan bahasa melayu, nampak sgt PR ni teramat tertekan selepas isu yg diungkitkan oleh PR sebelum ni tidak berjaya mempengaruhi rakyat malaysia yg skg dah mula cerdik dan tidak mudah terpengaruh dgn isu bangang PR spt penyokong bangangnya juga.

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Ko bebel apa ni bahalol???

Dah macam lembu gila je aku tengok.

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Umno bila nak tukar nama kepada bahasa melayu???

TAKKAN SAMPAI MAMPUS NAK GUNA NAMA PENJAJAH???

Dah nak masuk 54 tahun negara merdeka la bodoh!!!

Kah kah kah...

Anonymous said...

Wahai Nazri lembu,
kau memang lembu tambatan.

AJAI- Admin said...

Martabatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.. Penggunaan singkatan program dan dasar perlulah dalam bahasa kebangsaan.. Ini peluang untuk kita beri contoh dan buktikan..