Saya merujuk kepada kenyataan melalui media dan laman Twitter oleh Ahli Parlimen Padang Serai, YB N. Gobalakrishnan yang telah dilapor media mutakhir ini. KEADILAN selaku parti yang demokratik dengan tegas
Kritikan ke atas pemilihan parti sebelum telahpun diperjelas dan diterangkan oleh KEADILAN melalui pelbagai majlis dan saluran. Memadai dikatakan bahawa Pemilihan Terus ini unik dan memperkasakan amalan demokratik tulen yang nyata menguntungkan ahli dan rakyat. Parti ini diasaskan berdasarkan kepelbagaian kaum dan Pemilihan dan pelantikan pimpinan baru jelas memperlihatkan prinsip tersebut. Dalam apa jua keadaan, pertimbangan utama haruslah berasaskan keupayaan mereka yang dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat.
YB Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan yang kabur serta tidak berasas kepada beberapa individu di dalam parti. Di saat KEADILAN mengalu-alukan sebarang diskusi yang konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertoleransi ke atas serangan tidak berasas kepada kepimpinan parti.
Saya menyeru kepada YB Gobalakrishnan untuk menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera. Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovok parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau berikutan matlamat beliau untuk
mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
