Followers

Thursday, December 16, 2010

Sidang Media Pakatan Rakyat

SIDANG MEDIA BERHUBUNG PENGGANTUNGAN KETUA PEMBANGKANG DAN TIGA AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT SELAMA 6 BULAN DARIPADA PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT BERKENAAN ISU APCO
Pakatan Rakyat mengecam tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang telah menyalahgunakan kuasa Speaker seperti yang diperuntukan dalam Aturan Mesyuarat untuk menidakkan hak kebebasan bersuara di Dewan Rakyat ketika persidangan pagi tadi.
Usul penggantungan Ketua Pembangkang ke atas isu APCO diluluskan tanpa perbahasan dengan menafikan peluang beliau untuk memberi penjelasan, ternyata menggugat kedaulatan dan kebebasan Parlimen Malaysia. Sebelum itu, Laporan Minoriti yang dibawa oleh Ahli Parlimen Subang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut ditolak oleh Tan Sri Speaker yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Sehubungan dengan itu, saudara dan saudari dijemput ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada esok pagi bagi menjelaskan tindakan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat berikutan penggantungan Ketua Pembangkang dan tiga orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama 6 bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Butiran sidang media tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 17 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Tingkat 1, 
Ibu Pejabat Keadilan, A-1-09, Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya




Panel:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh
2. YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak
3. YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
4. YB Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena
5. YB R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya