Terlalu malang andainya Sultan dan Raja-Raja Melayu bertindak sesuatu bersandarkan kepentingan sesuatu kaum atau golongan yang berkepentingan demi mengekalkan kuasa politik mereka. Sejarah telah banyak membuktikan betapa kealpaan, kerakusan dan ketidakadilan para Sultan terdahulu berakhir dengan malapetaka menimpa jajahan mereka.
Rangkaian peristiwa hitam yang menimpa rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun telah membuktikan betapa campurtangan institusi Raja-Raja Melayu dalam alunan politik negara lebih banyak membawa bahana daripada ceria.
~ Kerajaan Rakyat.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
~ YB. Nik Nazmi Nik Ahmad
Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.
Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.
Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:
“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”
Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.
Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan Pengarah JAIS Dato’ Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.
Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan.
Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media.
Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa Khusrin sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini.
Ramadan lepas, misalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin mengadakan program UMNO di Masjid al-Ihsan, Taman Medan. Hanya ketegasan nazir masjid yang mengikut titah DYMM Sultan yang tidak mahu masjid dipolitikkan berjaya mempertahankan kesucian masjid. Khusrin sendiri terlibat melobi agar program UMNO tersebut dibenarkan, sedangkan sebelum ini pelbagai sekatan dikenakan sekiranya pemimpin PAS atau KEADILAN ingin mengadakan program ilmiah di masjid.
Khusrin jugalah yang engkar dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan menimbulkan kontroversi berikutan lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang. Khusrin diam membisu pula apabila Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan menyampaikan cek di Masjid Sungai Tengi, Hulu Selangor.
Sebelum itu Khusrin ‘menempa nama’ dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.
Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri sudahpun menghantar tiga calon daripada pegawai-pegawai kanan di negeri Selangor untuk menjadi calon Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Ketiga-tiga nama dipilih selepas melalui mekanisme pemilihan Kerajaan Negeri yang sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajan Negeri yang ada hari ini.
Dari segi rekod Khusrin juga wajar dipertikai. Khusrin sendiri sekadar dalam gred Jusa C, justeru melangkah Jusa B untuk menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bergred Jusa A.
Khusrin sekadar menghabiskan 3 daripada 27 tahunnya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di peringkat Persekutuan, selebihnya beliau cuma berkhidmat di negeri Selangor.
Seolah-olah kelayakan Khusrin hanyalah sikapnya yang memang menentang Kerajaan Negeri yang diambilkira!
Kerajaan Persekutuan kelihatan begitu terdesak untuk mendapatkan semula Selangor dan sanggup mengheret istana semata-mata untuk kepentingan sempit politik mereka.
Di Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim sememangnya Setiausaha Kerajaan Negeri sejak sebelum PRU-12 lagi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Perak, beliau kekal di jawatannya.
Ketika Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dirampas pada Februari 2009, Dr Rahman memainkan peranan penting untuk memastikan agenda BN terlaksana. Perkembangan di Selangor menyaksikan seolah-olah Najib membuat rancangan yang sama, apatah lagi selepas rombakan pengerusi perhubungan UMNO menyaksikan Najib kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor!
Kerajaan Negeri Kelantan juga menghadapi masalah ketika Datuk Wan Hashim Wan Daud menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.
Jelas sekali peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, sebagai ketua perhidmatan awam di sesebuah negeri amat penting bagi memastikan perjalanan kerajaan. Mustahil Kerajaan Negeri dapat berfungsi dengan baik dengan Setiausaha Kerajaan yang sememangnya mempunyai agenda yang bertentangan dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.
Di sebalik sepak terajang politik sempit, kesan kemelut ini ialah semangat Federalisme yang diperjuangkan bapa-bapa kemerdekaan kita dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan semakin punah. Kesannya, jika tidak diubati, akan berpanjangan sehingga membelengu anak cucu kita.
Saya terhibur melihat ada pihak UMNO cuba menyebut tentang Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh dalam hal ini. Jelas sekali mereka tak faham semangat Perlembagaan tersebut. Apatah lagi, apabila menggantung ahli Parlimen, melantik JKKKP mahupun menafikan royalti negeri Kelantan, tak pernah pula UMNO merujuk Perlembagaan!
Sekali lagi saya ulang, jangan ada pula yang cuba mainkan kononnya sesiapa yang mempertikai perlantikan Khusrin sebagai anti-istana. Tindakan Datuk Seri Najib yang mengheret KSN dan Istana Selangorlah yang wajar dipertikai!
5 comments:
KEKUATAN UMNO ADALAH RAJA DAN BADAN KERAJAAN PDRM,SPR,BPR DAN SEBAGAINYA,KEKUATAN PAKATAN ADALAH RAKYAT DAN TUHAN JIKA PKR INGIN MENANG MEREKA TIDAK BOLER HARAP KAN PETI UNDI TAPI KEAJAIPAN SAHAJA.
Askm senang sahaja, andai kata kerajaan selangor jatuh ke BN salahkan sultan selangor. tak payah cerita banyak.aku tak akan hormat atau sanjung mana-mana sulotan yg berat sebelah termasuk satu sultan dari pantai timur yg letakan lambang 1 malaysia di kolar coat dia. salahkan sultan selangor jika selangor jatuh dgn cara kotor.
siapa aku
JAMILKUCING
Kah kah kah...
Untuk menawan negeri2 dibawah PR dengan cara mudah barisan najis yang diterajui oleh UMNgOk gunakan istana.
Macam tu punya bacul ada lembu kata sokongan rakyat dah beralih pada Barisan Najis???
Memang bodoh lembu tu!!!
BN = BACUL NEGARA @ BAPOK NAZRINA!!!
Kah kah kah...
Sebab itu kita patut sokong usaha mahathir hapuskan kekebalan raja2 dulu.Tapi nampaknya kekebalan raja ini masih wujud di malaysia.Jadikan republik Malaysia.Rakyat selamat.
Sebab itu Usaha Mahathir dulu hapuskan kekebalan raja-raja patut disokong.Tapi nampaknya kekebalan raja-raja ini masih wujud di Malaysia.Jadikan republik Malaysia.
Post a Comment