Followers

Tuesday, December 21, 2010

WikiLeaks: 'Pengganas senang dapat bahan nuklear di Yaman'


LONDON: Seorang pegawai pemerintah Yaman telah memberi amaran kepada para diplomat Amerika Syarikat bahawa sekitaran keselamatan yang lemah bermakna tidak ada sesuatu yang dapat menghalang para pengganas daripada mendapatkan bahan-bahan nuklear di negara itu, menurut satu maklumat sulit kabel Amerika semalam.

Pada satu ketika, tidak ada sesuatu yang melindungi bahan-bahan di Suruhanjaya Tenaga Atom Kebangsaan (NAEC) Yaman, kata maklumat diplomatik bertarikh 9 Januari lalu itu.

Satu-satunya pengawal keselamatan di kemudahan tersebut telah dipecat dan satu-satunya sistem televisyen litar tertutup (CCTV) telah rosak enam bulan sebelum itu dan ia tidak pernah diperbaiki, kata maklumat kabel itu lagi.


'Hampir tidak ada apa-apa yang menghalang orang-orang jahat dengan bahan-bahan nuklear Yaman,' kata pegawai itu sambil memberi amaran kepada para diplomat Amerika tersebut, menurut maklumat kabel yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks dalam akhbar Britain, The Guardian.

Bagaimanapun, maklumat sulit itu mendedahkan bahawa pada harihari berikutan amaran pegawai berkenaan, bahan-bahan radioaktif telah dipindahkan ke sebuah kemudahan lebih selamat dan bakinya dijangka turut dipindahkan, kata The Guardian.

Pengiriman itu dibuat selepas satu rancangan mengebom sebuah pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Detroit pada Hari Natal tahun lalu, dan ia menunjukkan betapa terdesaknya pegawai berkenaan dalam mendapatkan bantuan Amerika untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Ia menunjukkan beliau meminta Amerika 'meyakinkan pemerintah Yaman agar segera memindahkan semua bahan itu dari negara tersebut sehingga ia berada di tempat lebih selamat, atau segera meningkatkan langkah keselamatan di kemudahan NAEC itu'. -- AFP.

1 comments:

puteri said...

tahu je diorang ye negara mana ada nuklear
mane ade bom
mane ade pengganas

tapi xjumpa pula ye dekat negara diorg