Followers

Pages

Sunday, January 31, 2010

Arkib 2008: Penipuan Kecundang

Kerajaan Umno/BN yang diterajui olih Datuk Seri Najib Razak dan PM2 Datin Seri Rosmah dengan bantuan serta sokongan taat setia ibarat anjing belaan..... si Gani Patail dan Musa Hasan telah berusaha dengan segala kepakaran tipu muslihat mereka untuk menafikan pendedahan ini tetapi mereka kecundang.



Balasubramanian timbul setelah cuba disorokkan olih kerabat Najib.

Hingga sekarang pendedahan ini tidak disiasat oleh polis. Daripada tayangkan video wrestling, lebih baik ditayangkan video ini di kedai-kedai makan kat Felda agar dapat beri kesedaran. Itupun kalau mereka nak sedarlah... dan kalau ada kedai yang berani tayangkan....!!!




Janda

Janda itu dibaringkan atas sejadah sebelum pusat hingga pangkal ari-arinya diurut Wak, kononnya bagi 'menarik' nombor enam angka,'

'Urutan dilakukan dengan menggunakan abu kertas rokok yang dibakar dan dilumur pada pusat dan perut janda itu sambil bomoh membaca mantera khas,' tambah Encik Shahrom.

Janda yang hanya dikenali sebagai Salina, 40 tahun, datang bersama tiga rakan, termasuk dua lelaki berusia 44 dan 72 tahun, untuk menyertai upacara pemujaan mendapatkan nombor ekor. Baca seterusnya


Dirogol lapan lelaki di Arab Saudi

JEDDAH: Lapan hari selepas tiba di Qatif, wilayah timur Arab Saudi, untuk bekerja sebagai pembantu rumah, seorang wanita Indonesia berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Leni berkata beliau dirogol beramai-ramai oleh lapan lelaki bertopeng.

Polis Saudi kini mencari suspek selepas amah tersebut ditendang keluar dari sebuah kenderaan di depan sebuah hospital.

'Mereka membawa saya dengan sebuah kereta ke satu tempat yang tidak diketahui,' kata Leni kepada akhbar Al-Yaum dalam laporan yang disiarkan Jumaat lalu.

Menurut Leni, dua lelaki menyeret beliau ke dalam sebuah kereta bercermin gelap, yang di dalamnya ada tiga lelaki lain.

Leni berkata lelaki-lelaki itu membawanya ke satu tempat, kirakira 10 minit perjalanan dengan kereta, dari rumah majikan tempat beliau bekerja.

Beliau dipaksa masuk ke sebuah bangunan, tempat beliau berdepan dengan tiga lelaki lain.

'Mereka bawa saya ke sebuah bilik dan memukul saya. Mereka juga mengugut saya dengan pisau dan berkata mereka akan membunuh saya jika saya melawan,' kata Leni sebagaimana ditukil oleh laman berita Arab News semalam.

'Mereka kemudian merogol saya, seorang lepas seorang, dan mereka tidak pedulikan jeritan saya yang meminta tolong,' kata Leni.

Penjenayah turut merakam gambar beliau dalam keadaan bogel. Selepas itu beliau dihumban di depan sebuah hospital.

Leni berkata dia didekati dua wanita Saudi, dan beliau memberitahu mereka apa yang berlaku.

Kedua-dua wanita itu menghubungi polis yang kemudian membawa Leni ke hospital. -- Agensi.




Tak wajar guna dering azan di telefon bimbit

KAHIRAH: Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, berkata seruan azan yang digunakan sebagai nada dering telefon bimbit tidak seharusnya dijawab.

Menurut fatwa yang dikeluarkan beliau pada Rabu lalu, penganut Islam juga digesa agar tidak menjadikan seruan azan atau mana-mana ayat Al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit.

Beliau berkata nada dering serupa itu tidak sesuai dan merendahkan kesucian ayat-ayat Al-Quran.

'Ayat-ayat Tuhan adalah suci... Tuhan memerintahkan kita menghormati serta mengagungkan ayat-ayat-Nya,' kata Sheikh Gomaa.

Mengenai nada dering azan, Sheikh Gomaa berkata:

'Seruan azan ialah untuk menandakan waktu solat...untuk menggunakannya sebagai nada dering menimbulkan kekeliruan.'

Fatwa itu disiarkan di laman web rasmi Dar al-Iftah, salah satu institusi terawal pengajian Islam.

Nada dering Islam semakin digunakan secara meluas di Mesir yang mempunyai sekitar 80 juta penduduk.

Nada dering serupa itu turut digunakan oleh pengguna telefon bimbit di Baghdad, Arab Saudi, Tebing Barat dan juga Lebanon.

Para ulama Arab Saudi baru-baru ini telah turut mengeluarkan fatwa yang melarang penggunaan ayat-ayat Al-Quran sebagai nada dering.

Di Mesir, nada dering ayat-ayat Al-Quran dan laungan azan boleh dimuat turun daripada Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan melalui talian yang disiarkan di saluran televisyen setempat.

Di Mesir, hampir 50 juta penduduknya menggunakan telefon bimbit. -- AP.


Saturday, January 30, 2010

Jangan Percaya Polis. Polis Penipu..!!!

"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis,"

Enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009.

Kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini. Dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka. Baca seterusnya di sini




PAS & PKR Ibarat Gagak Makan Bangkai

Berpuluh tahun PAS berjuang dengan slogan gahnya untuk menegak dan memartabatkan kesucian dan keagongan Islam. Malahan PAS pada satu ketika menyuarakan matlamatnya menegakkan negara Islam. PAS menghukum sesiapa sahaja yang menentang perjuangan 'Islamik'nya dengan kupasan nas dan hadith yang dijaja melalui siri ceramah, risalah dan kaset.

PAS menghukum Umno sebagai parti yang tidak demokratik dan tidak Islamik apabila media arus perdana dijadikan sebagai alat propaganda kerajaan. PAS mengkritik dan membidas Umno apabila hak rakyat untuk bersuara dan menegur pemimpin dinafikan oleh parti itu.

Saya selalu mendengar ceramah PAS. Saya juga kerap mendengar ceramah Umno Antara PAS dan Umno tiada bezanya dalam membudayakan ceramah maki hamun. Mungkin ini ilmu yang dapat dikutip oleh Aduka Taruna. Syabas PAS. Tahniah Umno..!!

Kebelakangan ini PAS semakin matang, malahan semakin terserlah keberaniannya. PAS telah banyak belajar melalui pengalaman. PAS memerhati dan mula faham bagaimana Umnodapat terus berkuasa sekalipun rakyat tercengkam, budaya bangsa dikhianati, perlembagaan dinodai malahan agama dikuis ke tepi.

PAS mulai sedar, rakyat dan ahlinya 'bolih' dibahalolkan demi menghalalkan perjuangan pemimpinnya.

Andainya Umno adalah bangkai yang semakin membusuk, maka PAS tiada bezanya dengan PKR - ibarat gagak yang memakan bangkai.
Budaya wala' terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. - Khalid Samad
Tahniah kepada YB Khalid Samad...!!! Saya yakin rakyat lebih faham perjuangan ikhlas saudara yang sedar akan kehadiran gagak pemakan bangkai.




Friday, January 29, 2010

Biar PAS & PKR Simpan Pekong. Mari Kita Menari

Tahniah PAS dan PKR, masing-masing masih sayang untuk pecahkan bisul mereka. PKR ada kurap. PAS menyimpan pekong yang diberi amaran cuma.

Aboriginal dancers perform a peacock dance in Sydney during Australia Day celebrations. -- PHOTO: AP



Members of indigenous groups take part in the Rising Sun ceremony at Mayan ruins in Palenque, Chiapas, Mexico.


Aboriginal men in Australia mark manhood by going on a long distance trek.


Memorandum kepada SUHAKAM

Hari ini 29 Januari 2010, bertempat di Tingkat 29, Menara Tun Razak, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhubung kejadian serangan provokasi ke atas rumah-rumah ibadat di Malaysia.

Berikut adalah salinan memorandum yang telah diserahkan itu.

MEMORANDUM
BERHUBUNG PENINGKATAN KEJADIAN YANG MENYUBURKAN KETEGANGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT.

KEJADIAN SERANGAN PROVOKASI TERHADAP RUMAH IBADAT DI MALAYSIA ADALAH PENCABULAN HAK ASASI YANG SERIUS!

MENYERU SUHAKAM MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA UNTUK MENANGANI ISU TERSEBUT!

English Version

Keputusan mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah oleh suratkhabar Herald Tribune telah mencetuskan pelbagai reaksi dari masyarakat. Kesan yang paling membimbangkan rentetan daripada keputusan mahkamah tersebut adalah berlakunya beberapa kejadian yang tidak diingini yang melibatkan rumah-rumah ibadat di Malaysia. Tindakan ini disyaki dilakukan oleh ejen-ejen provokator dengan tujuan menggugat keamanan serta keharmonian rakyat Malaysia. Senarai kejadian yang berlaku adalah seperti yang berikut:

1. Gereja Metro Tabernacle (Assemblies of God) di Desa Melawati – molotov cocktail merosakkan sebahagian daripada gereja. (8 Jan)
2. Gereja Assumption (Catholic) di Jalan Templar – molotov cocktail dicampak ke perkarangan gereja dan gagal meletup. (8 Jan)
3. Life Chapel (evangelical Brethren) di Section 17, PJ – molotov cocktail merosakkan bahagian anjung gereja. (8 Jan)
4. Gereja Good Shepherd (Lutheran) di PJ – bom api nyaris terkena tingkap, dan membakar tingkap. (8 Jan)
5. Surau di Taman Menara Maju in Jalan Kampung Jawa, Klang – pintu berkecai. (laporan polis dibuat pada 9 Jan)
6. Gereja All Saints (Anglican) di Taiping –Dua molotov cocktails membakar tangga menghala ke pintu masuk dan anjung tepi. (9 Jan)
7. Sekolah Convent (Catholic) di Taiping – molotov cocktail, pecah masuk rumah pengawal keselamatan. (9 Jan)
8. Gereja Baptist Melaka (Baptist) di Durian Daun – dikotori oleh cat hitam. (9 Jan)
9. Gereja Good Shepherd (Anglican) di Lutong, Miri – batu dibaling dan menyebabkan kaca tingkap berkecai. (9 Jan)
10. Gereja Sidang Injil Borneo (Borneo Evangelical Mission) in Seremban – pintu hadapan terbakar. (10 Jan)
11. Gurdwara Sahib (Sikh) di Sentul – batu dibaling, cermin di pintu masuk retak dan dinding dipecahkan. (12 Jan)
12. Gereja St Elizabeth (Katolik) di Kota Kecil, Johor – cat merah dibaling, mengotorkan pagar utama, dinding dan patung. (14 Jan)
13. Gereja Grace Global Prayer di Rasah, Seremban – dua tingkap kasa dijumpai pecah. (15 Jan)
14. Masjid di Kota Samarahan, Sarawak – serpihan kaca dijumpai di dinding luar. (16 Jan)
15. Surau Sirratulrahim di Kampung Sabak Awor, Muar – api memusnahkan langsir, tingkap pecah. (21 Jan)
16. Surau di Parit Beting, Muar – api memusnahkan bahagian solat untuk wanita. (21 Jan)

Kejadian terbaru yang berlaku di Masjid Jumhuriyah di Taman Dato’ Haron dan Masjid Al Imam At Tirmizi di Taman Seri Sentosa di mana dua kepala babi hutan telah ditemui berdekatan dengan pagar premis tersebut menunjukkan pihak yang bertanggungjawab masih bebas dan boleh meneruskan serangan provokasi terhadap masyarakat pada masa hadapan. Jikalau serangan mencetus provokasi sebegini tidak ditangani, adalah dibimbangi ianya akan menyebabkan kejadian yang jauh lebih serius termasuklah kehilangan jiwa mana-mana rakyat jelata.

Menyedari bahawa ancaman sebegini akan mendatangkan masalah kepada masyarakat demokratik kita yang rapuh, serta menyedari kesannya yang menganggu gugat dan mencabul hak asasi rakyat Malaysia, memorandum ini dihantar atas dasar-dasar yang berikut:

1. Serangan terhadap rumah ibadat merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Malaysia kerana ianya menghalang rakyat dari mengamalkan kepercayaan masing-masing secara bebas, tanpa sebarang ancaman dari ejen provokator yang berkepentingan peribadi. Kebebasan beragama tidak hanya tertumpu pada kebebasan untuk menganuti dan mengamalkan kepercayaan masing-masing malahan ia merangkumi jaminan bahawa tempat ibadat turut dihormati dan dilindungi.

2. Walaupun kita menghormati dan mengiktiraf kebebasan bersuara rakyat Malaysia, serangan provokasi yang berlaku adalah satu bentuk penyalahgunaan kebebasan bersuara yang boleh mengorbankan hak orang lain. Ini dilarang sama sekali oleh Perkara 29 Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948 iaitu:

“…In the exercise of his rights and freedoms, everyone shall be subject only to such limitations as are determined by law solely for the purpose of securing due recognition and respect for the rights and freedoms of others and of meeting the just requirements of morality, public order and the general welfare in a democratic society.”

3. Penggunaan keganasan dengan tidak menghormati agama atau kepercayaan rakyat adalah antitesis kepada prinsip hak asasi manusia yang menentang unsur-unsur yang tidak toleran seperti perkauman dan komunalisme. Serangan provokasi yang berlaku akan mengancam dan melemahkan institusi demokratik negara dan meracuni budaya hormat kepada hak asasi manusia.

Justeru, kami menyeru SUHAKAM agar memandang serius perkara ini memandangkan SUHAKAM diberi mandat untuk menangani isu hak asasi manusia di Malaysia menerusi Seksyen 4(i) Akta SUHAKAM 1999. Adalah mengecewakan kerana SUHAKAM tidak lantang dan ke hadapan dalam menangani isu serangan terhadap toleransi keagamaan, komunalisme dan perkauman dan menganggap ianya sebagai satu bentuk isu hak asasi manusia yang penting kepada rakyat Malaysia.

Keputusan International Coordinating Committee untuk mengekalkan gred “A” SUHAKAM harus meningkatkan komitmen SUHAKAM untuk menangani pencabulan hak asasi yang serius di Malaysia dan ini termasuklah isu berkaitan perkauman dan keagamaan. Atas dasar inilah kami mengusulkan agar SUHAKAM mengambil tindakan yang berikut :

1. SUHAKAM wajar mengadakan satu Siasatan Awam ke atas serangan provokasi terhadap tempat ibadat bagi menyiasat punca masalah dan mencari penyelesaian serta mekanisme untuk mengatasi masalah ini dari sudut hak asasi manusia.

2. SUHAKAM wajar menyeru kerajaan agar memperkenalkan suatu undang-undang yang dapat mengekang sebarang cubaan untuk membuat provokasi berbentuk perkauman dan keagamaan. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kami mengenai penggunaan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat oleh kerajaan, yang menghalalkan tangkapan sewenang-wenangnya serta penahanan tanpa bicara, adalah disyorkan agar undang-undang tersebut diselaraskan dengan prinsip keadilan asasi dan kedaulatan undang-undang.

3. SUHAKAM, bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan lain di Negara ini haru memantau cubaan di peringkat akar umbi untuk menyebarkan semangat perkauman dan ketiadaan toleransi agama oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bagi memelihara keharmonian antara kaum dan agama dalam masyarakat. Selain itu, penilaian impak harus dijalankan oleh SUHAKAM bagi menilai sejauhmana isu ini menggugat hak asasi, kesejahteraan masyarakat serta integriti dan perpaduan nasional.

4. SUHAKAM seharusnya menggesa kerajaan untuk meratifikasi International Covenant on Civil Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR), Convention on Elimination of Racial Discrimination (CERD) dan memenuhi obligasi serta komitmennya kepada standard hak asasi manusia antarabangsa. Kejadian yang berlaku harus menjadi ingatan kepada SUHAKAM dan kerajaan tentang betapa perlunya kerajaan menghormati hak asasi manusia sebagai satu langkah untuk memulihkan keyakinan awam bahawa mereka tidak akan diancam dan dimangsai oleh pencetus kekecohan pada masa hadapan.

Kami berpendapat tindakan SUHAKAM berdiam diri dalam isu hak asasi yang berkaitan dengan masalah berbentuk keagamaan dan perkauman adalah tidak wajar. Adalah amat memalukan bilamana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di negara lain lebih kehadapan dalam menangani isu keganasan dan diskriminasi yang berlaku kerana tiadanya toleransi agama dan kaum. Kami benar-benar percaya masanya telah tiba untuk SUHAKAM mengotakan apa yang dikata dan memainkan peranannya dengan berkesan. Kejadian yang berlaku haruslah menjadi pemangkin untuk SUHAKAM turun ke akar umbi bagi mengatasi masalah ini dari sudut pandangan hak asasi manusia.

MEMORANDUM DIKEMUKAKAN OLEH:


YB NURUL IZZAH ANWAR
YB USTAZ MUJAHID YUSUF RAWA
YB TIAN CHUA
YB JANICE LEE
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
YB HANNAH YEOH
YB AMIRUDDIN SHAARI
YB LIM LIP ENG



UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 29 Januari 2010


ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

English Version

BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT



Isu Babi: Bahan Rujukan Bantu Siasatan Polis

Kekadang saya kesian juga dengan polis Malas-sia. Bila nak siasat sesuatu yang terkait dengan salah laku Umno, polis jadi serba salah. Nak sergah pemimpin Umno takut kerja terjejas. Tak serkup penjenayah Umno, rakyat sumpah seranah...!!

Saya harap Musa Hasan bolih arahkan pegawainya gunakan titipan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya, Abdullah C.D sebagai bahan rujukan dalam siasatan terhadap beberapa kes berat yang bolih mencetus rusuhan kaum sejak kebelakangan ini.

Mungkin apa yang dilakukan olih British inilah yang ditiru parti melayu terkini:

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.


Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain. (gambar: Abdullah C.D., Komisaris Politik Rejimen Ke-10 dan Pengerusi PKM)

Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.


Satu soal penting yang saya titik beratkan dan ingin mencari jawapannya ialah mengapakah timbulnya peristiwa pembunuhan di Batu Kikir yang seolah-olah merupakan satu gerakan orang Melayu menentang PKM dan TAJRM, sedangkan mereka aktif menyokong Perang Anti-Jepun bahkan menjadi sandaran penting Perang Anti-Jepun. Untuk mendapatkan jawapan yang pasti berkenaan masalah ini, saya pergi mencari organisasi PKM dan menemui orang ramai di kawasan berkenaan. Zahid dan beberapa orang kader Melayu di situ memberi bantuan besar dalam usaha ini. Zahid sendiri pernah ambil bahagian dalam gerakan mendamaikan hubungan antara orang Melayu dan orang Tionghua di situ dan memulihkan perasaan muhibah mereka.

Ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku, penanggungjawab bahagian stet PKM Negeri Sembilan ialah seorang kawan seperjuangan saya, Ah Chen namanya atau di kalangan kawan-kawan Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Kawan Jasa. Kemudiannya saya bersama-sama beliau bertugas dalam JKP PKM. Selain daripada Zahid, Jasa juga banyak menceritakan berkenaan peristiwa pembunuhan kaum tersebut. Beliau pernah menulis kenang-kenangannya dalam buku Siri Perjuangan Anti-Jepun dan diterbitkan oleh Pejabat Suara Demokrasi pada 1 Februari 1982.

Daripada penyiasatan itu, saya membuat kesimpulan bahawa peristiwa itu berlaku kerana hasutan penjajah British yang mahu bertapak semula di Malaya dan mahu melemahkan kekuatan progresif yang diwakili PKM; manakala peristiwa itu pula dilakukan oleh segelintir orang Melayu yang terpedaya oleh hasutan penjajah. Menghasut sentimen permusuhan antara kaum adalah strategi penting dan senjata paling berkesan penjajah British untuk melemahkan kekuatan rakyat.

Kerana perkembangan perjuangan anti-Jepun yang menggelora baik di hutan, di kampung-kampung dan di bandar-bandar yang telah disebutkan di atas, kaum penjajah iaitu Jepun dan British amat tidak senang hati. Mengikut maklumat yang diberikan orang ramai, pada bulan Mac 1942 fasis Jepun telah mencetuskan tragedi Jeludung. Dalam tragedi tersebut, Jepun membuat dalih meminta orang ramai pergi mengambil kad pendaftaran di Titi kemudian askar Jepun telah mengatur kepungan dari empat jurusan. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Kira-kira seribu orang massa rakyat telah dibunuh dan seratus orang lebih cedera. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa fasis Jepun cuba menundukkan orang ramai daripada menyokong gerakan anti-Jepun dengan cara pembunuhan beramai-ramai. Akan tetapi, di sebalik tindakannya itu orang ramai lebih teguh lagi menyokong gerakan anti-Jepun.

Sehingga penghujung tahun 1945, gerakan anti-Jepun berkembang di Negeri Sembilan. Ketika itu penjajah British pula yang ingin berkuasa semula di Malaya telah menimbulkan pembunuhan kaum di Batu Kikir. Kawasan Batu Kikir adalah basis anti-Jepun yang kukuh. Rakyat berbagai-bagai kaum di situ saling bekerja sama menyokong Perang Anti-Jepun. Di kampung-kampung di kawasan tersebut didirikan berbagai-bagai organisasi anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain.

Mengikut maklumat dari organisasi anti-Jepun dan orang ramai, pada akhir bulan Jun 1945, pegawai-pegawai penghubung tentera berikat iaitu Pasukan Gerila 136 British telah menggugurkan sejumlah senjata kepada pasukan-pasukan TAJRM. Seorang pegawai penghubung British untuk kawasan Negeri Sembilan bernama Lt. Kol. C.H. Fenner telah dihantar ke dalam pasukan TAJRM untuk bekerjasama menentang fasis Jepun.

Akan tetapi, penjajah British mempunyai niat yang terselindung. Selain cuba mengontrol pasukan gerila TAJRM, C.H. Fenner didapati selalu pergi ke Jempul, Tanjung Ipoh dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk menemui anasir-anasir yang boleh dipengaruhinya untuk menjalankan propaganda anti-komunis dan mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum khasnya antara Melayu dengan Tionghua.

Apabila Jepun menyerah kalah, pasukan-pasukan TAJRM segera beredar ke pekan-pekan dan bandar-bandar untuk mengawal keselamatan orang ramai. Pada masa ini jugalah penjajah British menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan. Mereka masuk ke kampung-kampung Melayu untuk menjalankan hasutan anti-komunis dan anti-Tionghua.

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.

Setelah peristiwa itu, berbagai-bagai organisasi politik seperti pejabat PKM Wilayah Negeri Sembilan, kesatuan buruh, kesatuan tani, liga pemuda, persatuan wanita dan lain-lain pertubuhan kebudayaan telah mengadakan sidang tergempar bersama mengutuk komplot penjajah British yang sengaja melaga-lagakan antara kaum itu dan membiarkan dua orang perajurit TAJRM dan orang ramai yang tercedera itu di cincang hidup-hidup.

Pak Sutan Djenain dan Zahid segera datang ke pejabat PKM menemui penanggungjawab Jawatankuasa Parti Wilayah Negeri Sembilan menuntut pihak PKM supaya segera membuat bantahan ke atas tindakan British itu. Kemudian berbagai-bagai pertubuhan yang disebut di atas mengadakan sidang secara berasingan, mengadakan perhimpunan massa mendedahkan tipu muslihat British dan menyeru orang ramai berbilang kaum supaya jangan termakan tipu helah penjajah dan mesti terus mempereratkan perpaduan antara kaum.

Dalam satu rapat umum di Kuala Pilah, veteran revolusi Indonesia Pak Sutan Djenain telah membuat ucapan berapi-api dan mendedahkan komplot keji penjajah British tersebut. Beliau menyeru orang ramai bersatu padu melawan polisi pemecah-belahan kaum oleh penjajah British. Selain daripada itu, wakil Melayu dari Liga Anti-Jepun juga membuat ucapan menyeru orang ramai bersatu dan sekali-kali jangan termakan hasutan penjajah. Pidato para wakil itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum khasnya orang Melayu dan Tionghua.

Selain daripada itu, pihak TAJRM juga menyatakan sikapnya yang tegas kepada penjajah British bahawa kalau peristiwa sedemikian berlaku lagi, maka pihak British haruslah memikul segala akibat dan tanggungjawabnya.

Terdorong oleh suasana muhibah sama-sama menentang komplot melaga-lagakan antara kaum itu, banyak kampung Tionghua dan Melayu yang berjiran menandatangani perjanjian kerukunan bersama. Komplotan jahat penjajah British itu berjaya dihentikan berkat usaha bersama pertubuhan dan rakyat pelbagai kaum.

---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005

Kredit: Sosialis Hijau

Antara Johor dan Kelantan

Johor negeri yang paling ramai penyokong parti perasuah, adalah negeri yang paling banyak berhutang.

Kelantan negeri yang diterajui olih PAS/Pakatan dengan pentadbiran landasan Islam yang ditindas dengan berbagai penipuan olih kerajaan pusat (UMNO/BN) sepatutnya menjadi negeri terkaya dengan royalti minyaknya sebanyak RM2 bilion, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.




Thursday, January 28, 2010

Pesta Pilihan Raya DUN Perak


Andainya benar cerita ini, rakyat Perak akan disajikan lagi dengan ratusan janji kosong olih Umno/BN dalam pesta pilihan raya DUN Perak.



tiu nia seng

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali kata dia mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan gereja pada 8 Jan lalu.

Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis tidak perlu mendapatkan keterangan Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," katanya kepada pemberita.

Ini apa punya cerita ni? Polis minta tolong, ada orang hendak tolong, harami pula tak kasi tolong...!!

Kalau Azmin orang politik dan bercakap atas kepentingan politik, harami tu bercakap atas kepentingan apa?? Dia bukan orang ke??




Tol dijangka naik lagi

Menurut laporan kajian Maybank investment bank, terdapat 10 lebuh raya dalam negara yang akan dikaji semula harga tol-nya pada Januari tahun ini. Menurut kontrak konsesi lebuh raya, lapan lebuh raya sepatutnya menaikkan harga pada tahun 2009, tetapi ditangguhkan selama setahun.

Menurut jadual waktu, kadar tol lapan lebuh raya berikut akan dikaji semula pada Januari tahun ini, iaitu NKVE, Federal Highway R2, Kajang Ring Road, SPRINT, NPE, Besraya, Penang Bridge dan Ampang Elevated.

Selain itu, dua lebuh raya yang ditangguhkan kenaikan tolnya pada tahun 2008 dan 2009, dengan pampasan oleh kerajaan, iaitu PLUS’ North South Expressway dan East Coast Expressway 1, juga dijangka akan dikaji semula kadar tolnya pada tahun ini.

Antaranya, PLUS’ North South Expressway yang dijangka menaikkan kadar tol sebanyak 10% pada tahun 2008, telah ditangguhkan selama dua tahun, dengan pampasan daripada kerajaan sebanyak RM375juta (telah dibayar RM278juta). Di samping itu, East Coast Expressway 1 juga dibenarkan menaikkan tol pada kadar 10% tahun 2009 menurut perjanjian, tetapi ditangguhkan buat setahun.

Menurut laporan kajian bank pelaburan tersebut, hasil kaji semula kadar tol sepatutnya dihabiskan pada Disember tahun lalu, dan dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet seterusnya. Oleh kerana kadar tol isu yang "sensitif", yang perlu dikendalikan kerajaan secara berhati-hati, maka hasilnya diramalkan akan diumumkan pada akhir Januari atau awal Februari, tahun ini.

Seandainya kerajaan menyerap "penambahan" kadar tol tersebut, maka kerajaan perlu mencari keseimbangan, antara kesan kenaikan tol kepada ekonomi secara keseluruhannya, dengan mengurangkan subsidi untuk meringankan tekanan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan).

Kenaikan tol ringankan beban kerajaan

Kerajaan persekutuan terpaksa mengemukakan pakej ransangan ekonomi sebanyak RM67 bilion untuk berdepan dengan krisis ekonomi global. Lantaran itu, defisit belanjawan negara kita melonjak ke 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun kebelakangan.

Kerajaan Najib telah menyatakan niatnya untuk menurunkan paras defisit kepada 5.6% dalam Belanjawan 2010, dengan keutamaannya untuk mengurangkan kos operasi dan subsidi. Penganalisis OSK Research meramalkan bahawa kerajaan akan memilih untuk menaikkan kadar tol, sebagai langkah mengurangkan defisit, berasaskan keputusan mengurangkan subsidi gula baru-baru ini.

Seorang lagi penganalisis menyetujui pandangan ini, menganggap kerajaan mungkin memilih "biar sakit sekaligus"-iaitu mengangguk kepada kenaikan harga tol, agar meringankan beban subsidi kerajaan dalam isu tol sewenang-wenangnya.

Sememangnya, kenaikan tol adalah satu dasar yang tidak popular dalam politik, terutamanya untuk parti pemerintah, Barisan Nasional. Kerajaan Persekutuan mungkin memilih untuk melanjutkan tempoh kontrak, sebagai syarat tidak menaikkan harga tol, atau membayar subsidi kepada syarikat konsesi, sebagai syarat mengekalkan keadaan asal, malah menurunkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi akan terlindung di bawah perjanjian yang berat sebelah, walau apa pun keputusan. Syarikat konsesi kekal sebagai pihak yang mengaut untung bersih. Kerajaan persekutuan pula perlu berdepan dengan dilema, antara mengorbankan rakyat atau mengorbankan dirinya.

Seandainya kerajaan memilih untuk mengekalkan kadar tol dengan bayaran pampasan (daripada kerajaan), maka kerajaan perlu menanggung beban subsidi yang berat. Sekiranya diambil contoh PLUS’ North South Expressway, kerajaan telah membayar pampasan sejumlah RM2.8370 bilion, bersamaan puratanya RM1.4185 bilion setiap tiga tahun. Seandainya dikira berdasarkan skala ini, dari tahun 2010 hingga 2038 (tamatnya tempoh kontrak konsesi), kerajaan perlu membayar pampasan sekurang-kurangnya RM13.71217 bilion kepada PLUS.

Namun, seandainya kerajaan memilih untuk mengorbankan rakyat, memberi lampu hijau kepada kenaikan tol, maka akan menjurus kepada peningkatan kadar inflasi dan menghakis daya beli pengguna, dan mengurangkan pendapatan boleh guna rakyat.

Perlu diingatkan, punca utama kenaikan kadar tol bukannya berasal dari peningkatan kos atau tekanan inflasi, sebaliknya berasaskan haknya untuk menaikkan kadar tol setiap tiga tahun, sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat konsesi tetap untung walaupun tidak dikira pampasan yang dibayar. Misalnya, untung selepas cukai syarikat PLUS pada tahun 2008 ialah RM1 bilion, setelah ditolak wang pampasan, masih meraih untung bersih sejumlah RM270 juta.

Pada hakikatnya, kewujudan perjanjian syarikat konsesi adalah salah satu punca inflasi. Kadar tol lebuh raya hanya mencakupi 0.86% dalam CPI (Consumer Price Index), yang menjadi kayu ukur inflasi. Seandainya dilihat dari angka, jelas kesan tol terhadap inflasi adalah lebih rendah berbanding makanan dan bahan api.

Namun, kenaikan kadar tol akan memberi kesan kepada kos pengangkutan, yang sememangnya akan membawa kesan rantaian. Peningkatan kos akan menimpa perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan awam. Secara umumnya, pengusaha pengangkutan akan memindah kos tersebut kepada pengguna. Jadi, kita tetap gagal mengelakkan diri daripada kesannya walaupun bukan pengguna lebuh raya.

Rakyat yang baru melalui kenaikan harga gula dan roti kini berkemungkinan besar berdepan dengan kenaikan harga minyak dan kadar tol, malah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST, Goods and Services Tax) yang bakal diperkenalkan. Tekanan inflasi semakin memberat. Seandainya tiada jaring pengaman sosial atau pendapatan gagal mengejar rentak inflasi, maka rakyat mungkin terjerat dalam bingkai "working poor", meskipun survive dalam zaman inflasi tinggi ini. - merdekareview

Penyelewengan BN sejak 50 tahun lalu. Tak tau atau pura-pura tak tau?

Antara kesalahan yang dilakukan adalah wang peruntukan kerajaan negeri digunakan untuk membiaya jentera parti politik, bahkan wang dimasukkan terus ke akaun bank milik Adun kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Langat Asmawi Kasbi dalam sesi hari ini berkata amalan ini telah menjadi kebiasaan pentadbiran Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu.

Mengulas perkara ini, Panel Selcat Azmin Ali berkata amalan ini secara langsung menghakis keupayaan kerajaan negeri untuk berfungsi sebagai sebuah badan yang berintegriti.

Azmin memberi amaran bahawa amalan ini juga secara langsung membudayakan rasuah dalam operasi kerajaan negeri, lantas ia perlu dihentikan serta-merta. (Baca di sini)

KR - Sudah memang jelas cara itu salah dan memberi ruang kepada Wakil Rakyat menyelewengkan wang peruntukan. Saya tidak hairan perkara ini berlaku sebab sebelum 2008 Selangor ditadbir olih parti lanun. Apa yang memalukan bila ada Penal Selcat yang dulunya pemimpin dan Wakil Rakyat umno buat-buat tak tahu dan terkejut beruk! Lebih pelik jika bekas Setiausaha bekas TPM tidak tahu...!! Kong kali kong Anak beruk buka pekong



Wednesday, January 27, 2010

Parti Keadilan Rakyat Di Pintu Neraka

Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu YB Zulkifli Noordin kerana kenyataannya tidak akan tunduk kepada arahan tutup mulut. Malahan dia juga tidak akan tarik balik laporan polisnya. Bagus YB Zul, saudara memang pandai berpolitik dengan ketayap putih opportunist tahap tertinggi.

Saya juga mengucapkan takziah (in advance) kepada PKR, zaman-zaman kehancuran PKR semakin hampir!! Mungkin itu yang mereka hajatkan. Meniti ke pintu Neraka.

Bebal tak sudah rupanya PKR ni. Bila Umno kawal akhbar dia melalak, bila ada ahli parti lain yang kena kontrol suara, dia pun melalak jugak. Sekarang YB sendiri dia suruh tutup mulut.

Wei, belum berkuasa di Putrajaya dah nak sekat kebebasan bersuara, kalau PKR berkuasa nanti - lagi jahanam!! Habis semua rakyat dibisukan. Arahan taik kucing!!!

Apalah yang susah-susah sangat nak beri arahan itu ini, simpan ajelah semua anai-anai dan pepijat. Lagi banyak anai-anai, pepijat ditambah dengan musang dalam PKR kan lagi meriah. Sabar ajelah beeb, tak payah tunjuk garang!!



Isu Babi: Maklumat Untuk KPN Tan Sri Musa Hasan

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
Walaupun saya takut jadi macam ini tetapi saya yakin kalau saya sebagai rakyat tengah susah, orang ini akan membantu saya.

Tan Sri Musa Hassan hendak maklumat. Betulkan Tan Sri? Maka itu saya cadangkan Tan Sri arahkan anggota PDRM untuk dapatkan maklumat terperinci daripada individu dan pertubuhan di bawah ini.



Saya percaya sangat mereka tahu. Mereka mungkin juga bolih beritahu Tan Sri siapa yang jadi mastermind dalam kes ini. Oh ya! Tan Sri jangan lupa gunakan kepakaran Encik Wan . Tan Sri jangan ambil maklumat daripada orang yang pandai belit kenyataan.

Selamat menyiasat Tan Sri. Ingatlah Tan Sri berkhidmat dengan jujur seperti insan ini. Saya percaya Tan Sri bukan seorang penfitnah seperti dia ini.

Oh ya! satu lagi harapan saya kepada Tan Sri yang saya percaya jujur dalam berkhidmat, kalau siasatan sudah selesai, tolonglah Tan Sri.... saya minta tolong sangat-sangat janganlah umumkan hasil siasatan... kalau Tan Sri umumkan, saya bimbang jawatan Tan Sri sebagai Ketua Polis Negara akan terjejas. Hati-hati Tan Sri, orang ini bahaya...!!!




Dipegang, diramas kemudian lakukan sex

'Memang kami ada menerima laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan terbabit yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

'Pusat hiburan terbabit menawarkan GRO tua yang 'berpengalaman' bagi melayan kehendak seks kebanyakan pelanggan tua dan muda yang dipercayai menghadapi masalah,' katanya.

Siasatan awal mendapati GRO terbabit bukan saja rela menyajikan minum keras kepada pelanggan Islam malah sanggup membiarkan tubuh mereka dipegang dan diramas pelanggan tua dan muda.

'Walaupun sudah tua, penampilan GRO tua itu yang seksi dan sanggup tubuh mereka dipegang menjadi kegilaan pelanggan untuk mengunjungi pusat hiburan terbabit.

'Malah, berdasarkan siasatan awal, pelanggan juga boleh melakukan seks secara terbuka tanpa perlu mencari tempat lain untuk melampiaskan nafsu.

'Keadaan lampu yang sengaja disamar-samarkan pengusaha pusat hiburan dipercayai bagi membuka ruang kepada pelanggan untuk 'menikmati' pelayan terbabit,' katanya.

Sumber: myMetro



Cuba teka:
Apa kaitan Jamaludin Jarjis dengan bontot?




Kenyataan Akhbar Nurul Izzah Anwar

JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR!
KUTUKAN SEKERAS-KERASNYA TERHADAP SERANGAN KE ATAS MASJID-MASJID

Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.

Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Saya menyambut baik kehadiran hampir keseluruhan pimpinan PDRM pagi tadi yang hadir bersama saya, dan menggesa agar pemantauan dilakukan bukan sahaja di sekitar Masjid At-Tirmizi tetapi juga semua masjid-masjid serta rumah ibadat lain yang berdekatan. Siasatan terperinci wajib dilakukan oleh PDRM, dan menjadi harapan saya agar tumpuan dirubah daripada memantau ahli politik pembangkang kepada provokator-provokator jahat sebenar yang bertanggungjawab dalam serangan-serangan sebegini.

Saya juga menggesa Kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesemua serangan jahat terhadap rumah ibadat yang dilakukan untuk menggugat kesejahteraan dan keharmonian awam. Kita berhadapan dengan kemungkinan adanya dalang di sebalik serangan-serangan ini yang memaksa sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat dan meneliti sebarang kemungkinan siapa pelaku serta penyebabnya.

Saya ingin menyeru semua pihak terutamanya rakyat Lembah Pantai agar bertenang dan bersabar dengan apa yang berlaku. Kita harus sentiasa bersatu hati dan saling percaya mempercayai antara sama lain demi memelihara ukhwah antara kaum. Saya akan turut serta dalam majlis kuliah Marghrib malam ini bertempat di Masjid At-Tirmizi untuk bersama dalam usaha memelihara ketenangan sesama kita. Sama-samalah kita berdoa untuk perlindungan dari Yang Maha Esa.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
27 Januari 2010

EN Version:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




Kepala Babi Di Masjid

Pig heads left at M'sian mosque

KUALA LUMPUR - A CLERIC says two severed heads of pigs - considered unclean by devout Muslims - have been found at a mosque following a spate of firebomb attacks on churches.

The incident on Wednesday is the latest to hit a place of worship amid a worsening dispute in recent weeks over the use of the word 'Allah' by Christians.

Hazelaihi Abdullah, the top official at a suburb mosque in central Selangor state, says people who went to his mosque to perform morning prayers on Wednesday were shocked to find two pig heads in the mosque compound.

Mr Hazelaihi says he was informed that pig heads also were found at another mosque nearby. However, Selangor Police Chief Khalid Abu Bakar says he could only confirm the incident at Mr Hazelaihi's mosque. -- AP

Mungkin ini dilakukan olih dua kumpulan yang sama. Kumpulan pertama buat isu ini tetapi gagal dan bangkit pula ini Kumpulan ke dua



Tuesday, January 26, 2010

Ini Bukan Cerita Utusan Malaysia

Kalau baca Utusan tentu rasa loya tekak. Kalau baca BH tentu rasa hairan. Baca Kerajaan Rakyat pasti tidak loya sebab ianya fakta.

# # Angkatan Muda Keadilan mendesak Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi skandal penyelewengan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kerajaan negeri Selangor berbelanja sekurang-kurangnya RM1.6 juta untuk menampung lawatan bekas doktor gigi itu dan seisi keluarga ke Disneyland.

Namun sehingga ke hari ini, tiada pendakwaan dibuat terhadap pemimpin Umno itu.

“Pada pagi ini, kita menghantar memo peringatan kepada SPRM Selangor berkenaan dengan lawatan ke Disneyland pada tahun 2004 dan 2007 oleh bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang mana kedua-dua lawatan ini dipanggil lawatan teknikal menelan belanja hampir RM1.6 juta,” katanya. KR - Ini bukti SPRM balaci Umno

# # Biro Politik PKR bersidang hari ini bagi membincangkan tindakan Zulkifli yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti berhubung polemik kalimah Allah.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin berkata kes ini akan dirujuk ke Jawatankuasa Displin PKR yang akan bersidang dalam masa terdekat.

Pihak jawatankuasa akan meneliti kes ini dan akan mengusulkan hukuman sewajarnya termasuk amaran, penggantungan atau pelucutan keahlian ke Jawatankuasa Kerja Pusat PKR. KR - Dah beri amaran dulu, tak payah gantung, lucutkan aje. PKR ni suka sangat menyimpan musang! Banyak keladak.

# # Polis dilihat sebagai cuba mengenakan tekanan terhadap keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menyoal siasat isterinya hari ini,lebih dua tahun selepas siasatan ke atas tuduhan liwat dijalankan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Keadilan terpaksa memberi keterangan sebagai saksi kepada Penolong Penguasa Polis Lily Choo atas arahan pihak atasan polis.

Tindakan polis itu mengejutkan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana perbicaraan Anwar dijangka bermula pada minggu depan manakala siasatan telah siap dijalankan lama sebelum ini.

"Saya terkejut dan hairan kerana perbicaraan akan bermula seminggu lagi dan saya hanya dipanggil semula sekarang, dua tahun selepas siasatan diadakan," Azizah memberitahu pemberita.

Anwar berkata tindakan polis itu jelas untuk memberi tekanan kepada keluarganya menjelang perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 1 Febuari. KR - Biasalah anjing ikut arahan tuan beb!!!




PENGUNDIAN AWAL : SATU LAGI HELAH SPR

KENYATAAN MEDIA
Tarikh : 26 Januari 2010

Wanita KEADILAN memandang serius kenyataan Timbalan Pengerusi SPR bahawa SPR sedang mengkaji untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) bukan sahaja kepada anggota keselamatan tetapi juga meliputi doktor, jururawat, pemberita, juruterbang dan kakitangan penerbangan (stewards). Adakah ini jawapan SPR kepada kontroversi Undi Pos yang mengalami krisis kewibawaan akibat Daftar Pemilih yang tidak diyakini bersih, proses pengundian yang tidak telus dan undi yang tidak rahsia?

Bila pula terdapat laporan bahawa golongan pekerja ini menghadapi kesulitan untuk membuang undi sebelum ini sehingga SPR mengambil langkah yang sebegitu penting ini sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Umum Ke-13? Atau tindakan ini diambil berdasarkan ’khabar angin’ semata-mata sama seperti keputusan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lepas?

Sehingga kini, SPR masih membisu apabila Menteri Dalam Negeri mengesahkan bahawa SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas dengan hanya bersandarkan ’khabar angin’ dan bukan atas sebab-sebab keselamatan.

SPR sepatutnya berusaha untuk meningkatkan kewibawaan kepada proses pengundian pilihan raya yang dijalankannya dengan belajar dari pengalaman negara-negara lain tentang proses pilihan raya yang lebih telus dan cekap. Wanita KEADILAN menggesa agar SPR menumpukan usaha ke arah pembersihan Daftar Pemilih dan penguatkuasakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang untuk meningkatkan keyakinan orangramai terhadap SPR sebagai badan bebas yang menjalankan pilihan raya.


RODZIAH ISMAIL
Pengarah Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN
Merangkap ADUN Batu Tiga

###

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT




RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pimpinan kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat termasuk hasil royalti berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan kerajaan Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamed, yang mendakwa Kerajaan Pusat enggan menyerahkan royalti kerana dibimbangi kerajaan negeri tidak pandai mengurus.

Menurut Nik Abdul Aziz, beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu dan Perak didapati runtuh, sama ada jambatan, masjid dan sebagainya akibat tidak pandai mengurus di samping berlakunya amalan rasuah.

“Alhamdulillah, setakat ini pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk jambatan tidak pernah runtuh, malah jambatan berdekatan rumah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar jauh lebih rendah berbanding harga asal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” ujarnya lagi.

Sambungnya, sebaliknya jambatan yang terletak di Kampung Beris Jambu yang dilaksanakan oleh kerajaan BN hanya panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Tambah Tuan Guru lagi, pemimpin kerajaan Pusat jangan ‘perasan’ mendakwa hanya mereka pandai mengurus wang rakyat sehingga berasa bimbang hasil royalti digunakan untuk tujuan politik.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah mempolitikkan soal royalti, sebaliknya pemimpin kerajaan Pusat yang bertindak sedemikian hingga menafikan hak kerajaan negeri.

“Kalau minyak keluar dari pantai Terengganu, tak payah undang-undang untuk menyekat daripada minyak mari (datang) ke Kelantan, tetapi bila minyak keluar daripada perut Kelantan, kenapa pula perlu membuat undang-undang?

“Jawabnya tiada lain hanya untuk menyekat kuasa politik kerajaan Kelantan bagi mendapatkan hak royaltinya, namun apabila hasil minyak keluar dari negeri ini, nak buat undang-undang, tidakkah itu membuktikan kerajaan Pusat telah bermain politik?”soalnya lagi.



Persamaan Regim UMNO dan Zionist

Isteri PM Israel disaman lagi

BATIULMAKDIS: Cik Sara Netanyahu, isteri Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berdepan satu lagi saman oleh pembantu rumahnya, Cik Lillian Peretz, 44 tahun.

Menurut akhbar Yediot Aharonot semalam, kes itu difailkan dua bulan dulu, tetapi tidak disiarkan kerana mahkamah mengenakan larangan berita. Cik Peretz mendakwa beliau dibayar kurang daripada gaji minimum, tidak dibayar manfaat sosial semasa bekerja di rumah hujung minggu keluarga Netanyahu di bandar Caesarea antara 2004 dan 2009. -- AFP.

Budaya Menipu Amalan Akhbar Arus Perdana



Blog caci Sultan siasat. Caci ALLAH... biar!

Blogger ini, tak kiralah dia Melayu ke Cina ke India ke. Dia UMNO ke PKR ke PAS ke DAP ke, kalau saya jumpa confirm aku ludah dia.... Ini yang patut pencacai Umno buat laporan. Blogger ini lebih bahaya dari Aduka Taranu.

Kalian baca si harami ni tulis... With all the violence he conducted before, he deserves to join Allah, the master of all violence.

yanawala:
That's because Allah is lousy in Maths!? Baca blog harami ni

Kerajaan Rakyat: "Ya ALLAH Ya RABB, dengan segala kebesaran, keagongan dan kekuasaan Mu ke atas kami, kami mohon kepada Mu Ya RABB, turutkanlah bala Mu kepada mana-mana anggota polis yang lebih mengutamakan darjat manusia daripada keagongan dan kesucian Mu. Semoga itu menjadi pengajaran kepada yang lain. Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui akan zat Mu. Ameen Ya RABB."




Monday, January 25, 2010

Ini bukan beromen. Ni kes sedut berahi

Yang ini laki dia. Macam durian... luar keras berduri.... dalam lembut dan lembik.

Yang ini siapa?.... Giat abis beb.... Ini bukan romen... ini kes sedut... Gua tahu siapa mentor dia. Lu orang tengok sini.

Cubalah bergambar macam ini atau macam ini... sedap mata memandang....!!!

Gua nak tanya sikitlah pada En. Nazri.....
En. Nazri, kalau isteri lu menyedut lelaki lain macam ni, lu mesti biar je kan!! kan... kan...

Lu sudah declared cium mulut takpe.... ini baru sedut pipi..... kira ok la tu....

Bung.... Lu bestlah.... ada barang kasi kongsi. Lu sekali.... gua sekali... Lu dua kali.... Gua ampat kali.... sedut.........


ISU ALLAH DARI PERSPEKTIF LAIN

Oleh Dr Syed Husin Ali

Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim masih berlarutan dan hangat lagi. Sebahagian rakyat marah, Kerajaan sudah kehilangan arah serta prinsip dan para pemimpin utama Umno pula ternyata kelamkabut (confused).

Seperti yang kita ketahui, kontroversi yang berlaku berpunca dari syarat yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Herald, yang dikendalikan oleh sekumpulan Katolik. Dalam permit yang dikeluarkannya, KDN melarang akhbar itu menggunakan perkataan Allah.

Pihak Herald membawa larangan ini ke mahkamah dan berjaya mendapat kemenangan. Keputusan mahkamah menimbulkan rasa bimbang dan marah di kalangan ramai Muslim. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sikap dan pendirian sebahagian mereka ikhlas, berhemah dan tulen.

Mengambil Kesempatan

Masalahnya, kemarahan dan kebimbangan orang ramai ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pemimpin-pemimpin besar Umno. Mereka melihat isu ini boleh diperalatkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan mendapatkan bagi mereka sokongan dari orang (atau pengundi) Melayu.

Juga, para pemimpin Umno merasakan bahawa pelbagai matlamat lain boleh dicapai jika isu Allah ini mereka tangani dengan baik. Seorang menteri kanan Umno sungguh-sungguh yakin isu ini boleh meretakkan jikalau tidak memecahkan hubungan antara PAS dengan DAP dan menamatkan sejarah Pakatan Rakyat.

Selain itu, pimpinan tertinggi Umno melihat dengan memperalatkan isu ini mereka boleh menggerakkan sokongan golongan Melyu/Muslim dari semua peringkat. Mereka tahu isu ini dianggap dekat dengan hati orang Melayu/Muslim dan berharap akan tenggelamkan isu-isu seperti korupsi, salahguna kuasa, kehilangan enjen jet dan pembunuhan Altantuya.

Apabila Menteri membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan Perdana Menteri membenarkan demosnstrasi, isu ini menjadi lebih besar dari yang sepatutnya. Masyarakat Muslim semakin marah. Tindakan-tindakan extremis tidak dapat dikawal lagi.

Keputusan mahkamah hanya memberi kebenaran kepada Herald saja untuk menggunakan kalimah Allah. Malangnya ia dianggap boleh membuka jalan kepada seluruh masyarakat bukan Muslim – Kristian dan lain-lain – menggunakannya. Peluang untuk extremis memperalatkan isu ini semakin meluas.

Sikap dan tindakan Menteri mengambil keputusan untuk merayu di mahkamah dan membenarkan tunjuk perasaan sebenarnya bertentangan dengan Gazet Kerajaan sendiri, iaitu P.U. (A) 62 bertarikh 16 Februari 2009. Gazet ini menyatakan (1) Percetakan, penerbitan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubungan dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan “Allah”, “Kaabah”, “Baitullah” dan “solat” adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan ditulis perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan bercakap tentang perlunya menghormati undang-undang. Kenapakah mereka tidak menghormati gazet yang mereka sendiri keluarkan? Kenapakah sebaliknya mereka perlu mengambil sikap dan tindakan yang dapat digunakan oleh segelintir extremis – termasuk dari Umno dan media perkauman sempit yang dikuasainya – untuk mengapi-apikan sentiment perkauman dan agama di kalangan rakyat?

Sikap dan tindakan tidak bertanggungjawab Menteri dan Perdana Menteri ini berjaya, buat sementara ini, menenggelamkan isu-isu yang menghantui mereka selama ini dan membantu mereka meraih sedikit sokongan dari masyarakat Muslim. Namun mereka gagal melemahkan apatah lagi menghancurkan Pakatan Rakyat.

Pendirian PAS dan KEADILAN

PAS telah mengambil pendirian berprinsip yang sama dengan KEADILAN bahawa tidak ada larangan bagi golongan bukan Muslim menggunakan kalimah Allah. Pada masa yang sama mereka mengingatkan supaya golongan Kristian tidak menyalahgunakan kebebasan ini untuk kepentingan sendiri. Anwar Ibrahim, sewaktu menemui pemimpin-pemimpin gereja telah menegaskan lagi perkara ini juga.

Pendirian PAS dan KEADILAN diterima baik oleh DAP serta golongan Kristian dan bukan Muslim yang lain. Pakatan Rakyat tidak berpecah dan akhirnya hancur, seperti yang diharapkan oleh para pemimpin Umno, bahkan terus kuat dan mantap.

Perdirian berprinsip kedua-dua parti ini berdasarkan beberapa faktor, antaranya: (i) Tiada hukum dalam Quran atau Hadith yang mengharamkan bukan Muslim mengguna kalimah Allah, (ii) sejarah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim ini sudah lama berlaku, termasuk dalam zaman Nabi Muhammad (saw), dan (iii) kalimah ini luas digunakan oleh bukan Muslim di banyak kawasan termasuk di rantau ini, terutama Sabah dan Sarawak, dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Mereka yang tidak bersetuju mengemukakan hujah bahawa sungguhpun ada ayat-ayat yang tidak menegah tetapi ada juga nas-nas Quran yang dapat ditafsirkan sebagai melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah itu. Mereka berkata Quran hendaklah dilihat secara keseluruhan.

Sejarah memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa walaupun kalimah itu digunakan oleh tempat-tempat lain, ia tidak sesuai diguna oleh masyarakat di sini. Mereka berhujah rumpun Melayu mempunyai pandangan yang berbeza dan tersendiri disebabkan oleh faktor seperti bahasa dan budaya.

Apakah yang dimaksudkan dengan rumpun Melayu itu? Dari segi sosio-budaya, masyarakat Indonesia tergolong dalam rumpun Melayu. Juga masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak. Kenapakah di Sabah dan Sarawak, kerana pelbagai desakan, sekarang ini sudah diputuskan Kristian di sana boleh terus menggunakan kalimah Allah?

Kenapakah kebebasan ini diperluaskan lagi ke Wilayah persekutuan dan Pulau Pulau Pinang, kerana kononnya bukan Muslim lebih ramai? Mengapa dua peraturan dalam satu Malaysia? Bukankah ini pendirian politik yang sangat oportunis dan tidak berprinsip?

Hujjah Golongan Menentang

Ada beberapa hujah yang dikemukakan golongan yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim di negara ini. Antaranya: (a) Allah mempunyai makna yang khusus bagi ummat Melayu, (b) jika dibenarkan penggunaan kalimah ini dibimbangi lebih mudah orang Islam dapat dipengaruhi dan berubah ke agama Kristian, dan (c) ada anggapan bahawa wujud konspirasi atau sekurang-kurangnya strategi Kristian, khususnya Katolik, untuk menarik lebih ramai orang Melayu/Muslim dengan memperalatkan kalimah Allah.

Hujjah (a) dengan sendiri tidak bererti apa-apa apabila tiada keputusan yang sama bagi seluruh Malaysia. Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang diberi keistimewaan menggunakan kalimah Allah itu. Jadi tiada keseragaman atau sifat yang unik bagi seluruh Malaysia. Hujah ini menjadi lemah.

Mengenai hujah (b) pula, ini menunjukkan sesetengah orang Muslim tidak yakin kepada kekuatan iman sendiri. Memang benar ramai Muslim yang tidak kuat iman dan tidak dalam pemahaman serta pengetahuan mereka tentang Islam. Para ulamak dan pemimpin Ngo yang lantang mempertahankan penggunaan Allah untuk Muslim saja tidak aktif melakukan dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat Muslim untuk menanam iman dan mengukuhkan pengetahuan di kalangan ummah.

Mereka ini harus mempertingkatkan usaha dan jangan semata-mata menyalahkan pengembang agama lain yang lebih giat dan rajin. Jika mereka komited serta berusaha rajin, ada kemungkinan lebih ramai orang Kristian dan bukan Muslim lain akhirnya memeluk agama Islam pula.

Kita lihat di Sabah dan Sarawak, walaupun kalimah Allah sudah lama digunakan di geraja, namun boleh dikatakan hanya segelintir sangat kecil saja Muslim yang berubah agama. Salah satu sebabnya, walaupun kebanyakan Muslim tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam, namun iktikad yang mereka pegang secara tradisional tidak mudah diubah. Mengapakah begitu takut? Bukankah Muslim majoriti di negara ini dan kedudukan Islam dipertahan oleh Perlembagaan?

Sebaliknya, dalam suasana kalimah Allah bebas dan luas digunakah, di Sabah dan Sarawak bilangan orang Kadazandusun dan Iban yang masuk Islam besar juga. Ini dalam keadaan hampir tiada dakwah dan tarbiah yang dijalankan oleh badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan. Fikirkanlah apa boleh berlaku jika ada rancangan dakwah dan tarbiah yang tersusun

Tentang hujah (c) pula, memanglah menjadi tujuan mana-mana untuk mengembangkan pengaruhnya. Tetapi kita harus ingat di negara seperti Indonesia, yang selalu disebut-sebut, agama Kristian berkembang bukan kerana penggunaan kalimah Allah yang tidak terbatas di sana. Faktor paling penting ialah kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan dan kesediaan para mubaligh mereka untuk hidup bersama-sama masyarakat tempatan, terutama yang di pinggiran atau pedalaman.

Tindakan Sepatutnya

Kenapakah di negara ini tiada usaha yang serius untuk mengukuhkan iman dan meningkatkan pengetahuan agama di kalangan masyarakat Muslim. Mengapakah lemah sekali usaha pendakwah Islam di kalangan Orang Asal, misalnya? Apa sebab Kerajaan tidak memberi bantuan lebih kepada pendidikan agama bahkan ada pula usaha hendak menutup sekolah agama? Mengapa Kerajaan tidak memberi lebih bantuan, terutama dalam bentuk kewangan, kepada pendakwah yang hendak mengembangkan Islam?

Sikap mereka yang benar-benar prihatin terhadap ketahanan dan perkembangan Islam bukanlah dengan menyalahkan golongan agama lain atau menyekat usaha-usaha mereka. Yang seharusnya mereka lakukan ialah berusaha dengan lebih kuat untuk berdakwah serta bertarbiah.

Mereka harus lebih giat menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Mereka sepatutnya mendesak Kerajaan supaya memberi bantuan serta peruntukan lebih besar kepada pendakwah-pendakwah dan juga kepada pusat-pusat pendidikan Islam di semua peringkat. Umno yang mendakwa sebagai pejuang orang Melayu dan agama Islam jelas gagal melakukan semua ini.

Sebenarnya, walaupun sekiranya ada strategi dan agenda tertentu yang dirancangkan oleh pihak gerja atau kuil, misalnya, gerakan mereka pasti dibataskan oleh undang-undang. Sebabnya, Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan aktivis-aktivis dari agama lain dari Islam melakukan dakwah di kalangan penganut agama Islam dan menukar kepercayaan mereka.

Akhirnya, pihak gereja boleh melakukan sesuatu yang penting untuk mengendur bahkan menamatkan ketegangan kaum dan agama yang runcing sekarang ini. Alangkah baiknya jikalau pemimpin-pemimpin utamanya mengumumkan mereka tidak mempunyai sebarang niat atau strategi tersembunyi untuk menggunakan kalimah Allah bagi mengembangkan agama mereka.

22 Januari 2010

Kepala mana yang best?.. atas ke bawah?

Apa maksud jari tu?
... Ibu jari naik atas... maksud "best!!"
... Telunjuk tunjuk ke kepala... kepala best!!!

Soalannya... Kepala mana yang best?.. atas ke bawah?

Lu orang tengok sini, lu orang tafsirkan sendiri....

Foto ke tiga... Bolih kongsi2 rupanya.... ISA cakap dia orang solat tahajud.




Sunday, January 24, 2010

Lain kali pakai kepala otak, jangan guna kepla lutut

Kepada pengundi yang lazimnya mengundi BN, lain kali bila pilihan raya tolong guna kepala otak semasa nak mengundi, jangan guna kepala bana...!! Nanti dapat lagi hadiah macam ni...

Berpuluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Namun penantian kira-kira 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah atas rumah yang mereka duduki kini berakhir.

Mulai bulan ini, mereka diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat menandakan kerajaan negeri Pakatan rakyat memenuhi satu lagi janjinya dalam membela masyarakat.


Kalau masih tak paham jugak dan masih nak jadi macam biawak makan bangkai, tak ingat sejarah, teruskanlah jadi haramjadah.



Menunggu Komen Dato' Seri Anwar Ibrahim

Mangkok berayun ni buat hal lagi. Lepas satu- satu mangkok berayun ni buat laku. Saya nak tunggu apa komen DS Anwar berkenaan perangai mamat ni.

Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Khalid Abd Samad berkata, rakannya dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh terus menyalak bukit tanpa perlu beliau menghiraukannya. Beliau berkata, tindakan Zulkifli itu juga mencerminkan sikap semulajadinya sebagai seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa.

Khalid bolih tak hiraukan tindakan mangkok tu tetapi rakyat tetap nak tau. Ketua Umum tidak bolih buat tidak tau kerana jari hantu Umno akan terus memainkan isu seperti ini. Penat berpakat belum reda, macam-macam keladak keluar. Bukankah kita sudah keluarkan kenyataan ini, kenapa mamat Kulim Bandar Baru tu masih melalak? atau tindakannya dibayar olih Umno?

Dato' Seri, dulu kata jangan uji kesabaran ante, ante minta pengacau berundur. Kulim Bandar Baru ni ante nak letak dalam kategori apa? Ante juga cakap mesti berani menuntut perubahan...!! Tak kan dengan Mamat Kulim ni ante ketaq lutut...!!!

Sorry beb, ana kekadang rasa meluat dengan PKR ni...!!!




Saturday, January 23, 2010

Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 23 Januari 2010


PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN

Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 20hb Januari yang lalu telah membuat rombakan penting di dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan. YB Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi menggantikan YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.

Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh YB Puan Fuziah Salleh kini diamanahkan kepada Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang juga adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa. KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya.



WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

###

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT



Dialah Kerabat Segala Musibat

Di sini atau di sana.
Engkau tetap ditanam





Hidupnya hebat
Bersultan dimata
Bersyaitan dihati
Akhirnya dia pun mati

Hidupnya hebat
Memberi nasihat
Dialah kerabat
Segala musibat

Rakyat dihambat
Ada yang dirembat
Kerana dia kerabat
Tidak perlu bertaubat..!!

Mati atau mangkat
Hilang semua darjat
Tetap kena angkat
Pergi jumpa Malaikat

Kerusi atau tahta
Itu engkau yang kata
Rakyat dihina dinista
Kau lupa Syurga Neraka

Kubur atau makam
Jasad tetap ditanam
Ingatlah anak Adam
Sejarah tidak terpadam



Jews rule the world by proxy. Who're the proxy? Mangkok Berayun Team?

The 2003 meeting of the Organization of the Islamic Conference, a world-wide organization of 57 Muslim states, took place in Malaysia. The long-time Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad opened the conference with a speech in which he asserted, among other things, that "today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them." To help put this analysis in historical context, he added that the Jews "invented and successfully promoted Socialism, Communism, human rights and democracy so that persecuting them would appear to be wrong, so they may enjoy equal rights with others."

Who're the proxy?

1997: Mahathir overcame opposition from the Malaysian Parliament and Islamic groups to bring an Israeli cricket team to Malaysia in 1997. He also sponsors Israeli students on two-week study tours to Malaysia "because we believe there should be understanding between Muslims and Jews." (Los Angeles Times, April 24, 1999).

A SPECIAL MOMENT TOGETHER: Three VIP daughters (from left) Nori Abdullah, Datin Paduka Marina Mahathir and Hanis Tun Hussein, being at the International Consultation on Trends in Family Law Reform in Islamic Countries in Kuala Lumpur gave them the opportunity to share a common platform. And Sisters in Islam executive director Zainah Anwar, standing, could not be more pleased.

Muslim family laws that govern the relationships between men and women based on a framework of the superior husband and the subordinate wife are unsustainable in the twenty-first century. Malaysia must also institute legal reform if it is to fulfil its commitments to international human rights standards. Finally, our Islamic family laws must reflect the realities of modern life. - Sisters in Islam? or The Mangkok Berayun Team?