Followers

Pages

Saturday, July 31, 2010

For Farah Azlina Latiff & Saiful Bukhairi Azlan





Deposit for Saiful. Withdrawal for Farah Azlina

Late on Tuesday, news broke that Farah Azlina Latiff, a deputy public prosecutor, was dropped from the sodomy trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim because of an alleged sexual affair with the complainant in the case – Saiful Bukhairi Azlan.


Alamak ~
 ~ Saiful can use both la ... menyodol dia bolih, disondol pun dia ok ...!!!



Friday, July 30, 2010

Salam 1Malaysia ~ Op silap. ~~~ Salaam Persaudaraan



Salaam Persaudaraan Buat Semua 


SUDAH 6 PERDANA MENTERI UMNO DI MALAYSIA
TETAPI YANG KE-6 INI ADA PERBEZAAN.

1~ PM Pertama Tunku Abdul Rahman, ramai juga yg menentang Tungku namun kita tidak memusuhi isteri beliau Toh Pn Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

2~ PM kedua Tun Abdul Razak pun sama ada penentangan tapi tiada masaalah dengan isterinya, Rahah Mohamad Noah yang juga ibu PM sekarang.

3~ PM ketiga Tun Hussein bin Dato' Onn penentang juga ada tetapi pihak pembangkang tiada masaalah dengan isteri beliau Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Haji Mohd Noah.

4~ PM ke-empat semua kenal dan terkenal Tun Dr. Mahathir bin Mohamad penentangan terhadap beliau amat singgit & hebat namun dengan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali rakyat tiada masaalah malah Tun Dr. Siti Hasmah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana dikatakan wanita terpandai pada zamanya kerana itu beliau wanita pertama negara mendapat gelaran Dr.

5~  PM kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menyaksikan penentang ke atas dasar beliau juga hebat dan terpendek jangka hayat kuasanya dan tercatit sejarah baru BN Umno kehilangan beberapa negeri semasa PRU-12, namun dengan isteri-isteri beliau Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood tiada masaalah timbul, begitu juga dengan isteri keduanya Jeanne Abdullah yang tidak mencampuri urusan pentadbiran negara. Cuma silap Tun Abdullah sendiri kerana lembab dan kuat tidur. 


6~  PM ke-enam Inilah ceritanya ~~ Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ada yang mengatakan beliau adalah isteri kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana tindak-tanduknya amat berlainan dengan isteri-isteri PM yang terdahulu. Malah seolah-olah Dato' Sri Mohd Najib hanyalah PM pada nama sahaja tapi yang menentukan pentadbiran negara adalah Datin Seri Rosmah Mansor.



Sindrom DBS Umno - Dah Bodoh, Sombong

Kenyataan Media (29 Julai 2010)

FDI: MUSTAPA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, HINA RAKYAT

Jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kejatuhan pelaburan langsung luar (FDI) ke negara ini adalah tidak bertanggungjawab dan menghina pemikiran rakyat. Mustapa mendakwa, FDI ke negara ini merudum begitu teruk ke tahap terburuk sehingga 81 peratus kerana Malaysia berada pada tahap pembangunan yang berbeza dengan jiran-jirannya. Mustapa enggan mengakui kegagalan kerajaan khususnya Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencipta peluang-peluang pelaburan di negara ini dengan berdalihkan ketiadaan pembangunan infrastruktur di negara ini seolah-olah negara ini maju sangat berbanding India atau Vietnam.

Kalau Malaysia hebat sangat dari segi infrastruktur dan berada pada tahap pembangunan berbeza berbanding jiran-jirannya seperti Vietnam dan Indonesia, mengapa pembinaan kemudahan asas seperti jalan, bekalan elektrik dan air, serta jaringan komunikasi kepada kawasan luar bandar menjadi fokus Rancangan Malaysia Ke-10? Saya menolak dakwaan Mustapa yang cuba mengaitkan kejatuhan terburuk FDI itu kerana kerajaan tidak berminat menarik pelaburan kategori rendah seperti pemprosesan dan pemasangan. Kerajaan yang tak berminat atau pelabur yang sebenarnya tidak berminat untuk melabur di negara ini yang terkenal dengan budaya rasuah parti pemerintahnya?

Thursday, July 29, 2010

Munajat Untuk Kesejahteraan Malaysia

Saya telah titipkan munajat ini pada 30 Jun 2008 dan saya mohon kepada kalian pencinta keadilan sejagat untuk terus bermunajat.



Kepada ALLAH Kami Berserah

Saya mohon kepada rakyat Malaysia, Islam untuk terus berusaha menyuburkan keadilan di bumi Malaysia ini kemudian pasrah dan bermunajat kepada Zat yang Maha Esa.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami, Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini yang telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah mereka, wahai ALLAH.

Dan, sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Anwar bin Ibrahim telah dikhianati dan difitnah melakukan liwat, maka kami mohon pertolongan MU ya ALLAH, selamatkanlah dia dan laknatilah mereka yang menzalimi, mengkhianati dan menfitnah hamba MU, Anwar bin Ibrahim.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki MU yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Amin Ya Rabb.
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat



Khir Toyo terbabit melombong pasir secara haram?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.



Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya. - MalaysiaKini


Wednesday, July 28, 2010

United States dijangka serang dua negara di Timur Tengah

Reuters

TEHERAN: Iran menjangkakan Amerika Syarikat menyerang 'sekurang-kurangnya dua negara' di Timur Tengah dalam masa dua hingga tiga bulan ini, kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad kepada stesen televisyen milik pemerintah, Press TV.

Dalam satu wawancara kelmarin, Encik Ahmadinejad tidak menyatakan dengan jelas adakah beliau menjangka Iran salah satu daripada negara itu mahupun sumber maklumatnya.


Tuesday, July 27, 2010

Angkara Mufti Menyundal. Persundalan Meningkat


Terdapat berberapa mufti yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap mengangkat dan memelihara kesucian agama Islam disamping menjadi penasihat agama kepada sultan tetapi mereka telah menyundalkan nafsu mereka ke arah yang bolih merosakkan nama baik institusi agama Islam negara.

Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria sebagai contoh telah menyundalkan kedudukannya sebagai mufti dengan mencampuri urusan politik yang tiada bersangkutan dengan bidang tugas resmi beliau.

Pelacur di jalan Liong Siew Nam, Ipoh menyundal kerana wang. Pelacur menjual lendir untuk wang. Apakah ada kemungkinan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria juga menjual air liurnya untuk merakus wang dari UMNO? Rakyat tahu, UMNO punya banyak harta dan wang rompakan, mungkin ini yang terliur olih Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria...!!!

Saya ingin sarankan kepada Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria agar memberi perhatian terhadap kes di bawah, sementelahan pula kita sudah tidak bolih harapkan ustadzah UMNO  kerana mereka juga sunggup melacurkan wajah mereka.

Monday, July 26, 2010

HARUSSANI MUFTI PECACAI UMNO YANG MEMALUKAN

Kenyataan Media (26 Julai 2010)
Pengakuan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mendedahkan kedudukkan dan peranan Tan Sri Harussani sebagai alat dan pencacai Umno. Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hasan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno. Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk berbincang dengan Tan Sri Harussani isu kerjasama PAS dan Umno.

Kenyataan Datuk Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang Mufti seperti Tan Sri Harussani. Pembohongan Tan Sri Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulamak khususnya para Mufti yang ada di Malaysia. Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai seorang Mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Datuk Hasan jelas pembohongan Tan Sri Harussani.

Saya menuntut Tan Sri Harussani memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam atas pembohongan yang memalukan. Saya juga minta beliau tidak membiarkan diri beliau dari terus menjadi pencacai Umno yang sedang tenat dan nazak.


DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.



Status makanan halal di semua kopitiam diragui

Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di Malaysia diragui status halalnya setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.

Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.

Pengarah Hab Halal Jakim, Cik Saimah Mukhtar, berkata siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit, apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.

Menurut beliau, syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon.

Saturday, July 24, 2010

Belum ke Putrajaya, tapi muntah dan lendir PKR sudah berbau...!!!

Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan

PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidakpun kat London atau Paris....!!!

Thursday, July 22, 2010

BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau

Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009

Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang. Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang. Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang. Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!

Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir. Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.

Off Politik. Panduan Rumahtangga. Teknik 69

Thurday, July 22, 20l0.

Rosmah : "Abang Li ... Jom la datang rumah... I rindu la.. lagipun suami I pergi oversea tadi.."

Rosli : "Ok malam esok I pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Rosmah : "Oh ya.. sebelum datang esok.. U cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan I suka lelaki yg baby-face."

Rosli : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Rosmah : "Alaaa... abang ni nak jumpa I ke tak nie?"

Rosli : "Oklah.. oklah.. Ros punya pasal.. apa saja abang sanggup"

Kroni rapat Umno didakwa terima komisyen RM134 juta

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah,” kata laporan itu.

"Orang tengah (rakyat Malaysia, kroni rapat Umno) dibayar wang komisyen RM134 juta bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...”.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.



Wednesday, July 21, 2010

Latest today: Malaysia's Home Minister caught LYING again

By storm62
Latest today - 20th July 2010.

He also warned reporters, journalist and the media from reporting false news early this month. Reporters too are told not to publish the photos of Bigmama's fall in KK and also warn not to publish "price hike" or "harga naik" in their newspaper a few days ago too. they were told to use Price change of Subsidy reduced to blind the public.

Conflicting statement

Last month, Home Minister Hishammuddin Hussein said in a June 10 parliamentary reply to Puchong MP Gobind Singh Deo that the group’s purpose was not to ambush the sulltan but to ensure maximum security for the sultan during his journey to the hospital.

However, Gobind said the video proved otherwise.

Tuesday, July 20, 2010

TIADA KERJASAMA DENGAN SEKUTU YAHUDI / ZIONIS

Kenyataan Media
(20 Julai 2010)

PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi / Zionis. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN).

Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno / BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel. Ini dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno / BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

Monday, July 19, 2010

Siapa Raja Pencuri Pasir?

Orang yang menyampaikan protes di bangunan SUK adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali (gambar). Kenapakah dia yang memberikan protesnya?

Suhaimi bukan ada buat kerja dan lakukan apa-apa untuk UMNO Selangor. Pergerakan Pemuda UMNO Selangor lembab dan tidak bermaya bawah kepimpinannya.

Kalau siapa-siapa mahu tahu Suhaimi adalah juga "Raja Pasir" yang pernah terlibat curi pasir waktu malam di kawasan Sepang. Kontraktor yang jalankan untuk Suhaimi begitu teruk sekali hingga sebuah jambatan kampung di Sepang hampir runtuh dari hakisan.

Zahrain Pernah Minta Kontrak Pasir Dari Selangor Sebelum Melompat

Zahrain, Ahli Parlimen Bayan Baru, menjual obat di Parlimen kononnya Anwar mahu memecat Elizabeth Wong. Namun, tahukah anda, Zahrain yang sama pernah berjumpa Tan Sri Khalid untuk meminta kontrak pasir dari KSSB?

Sunday, July 18, 2010

Acara Menarik Bagi Program Isteri Wakil Rakyat BN

KOTA KINABALU: Badan Amal Negeri yang dipilih menjadi tuan rumah kepada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) disaran supaya mencari pendekatan kreatif dalam menganjurkan program berkenaan.


Yang Dipertua Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan PTIWRBNM sentiasa menarik dan menggalakkan penyertaan semua badan amal ke arah memupuk semangat setiakawan yang erat.

Antara program menarik yang akan dianjurkan termasuk:










-



Friday, July 16, 2010

Luahan Perasaan Dato' Seri Anwar Ibrahim

KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010

KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia. Dato’ Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Thursday, July 15, 2010

Jangan Terkejut. Dia Tak Pancut

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. - MalaysiaKini



Mari Belajar: Bagaimana kapal selam beroperasi?

Bergerak di bawah permukaan air, kenderaan yang dikenali sebagai kapal selam biasanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau kajian yang melibatkan aktiviti sains laut.

Boleh dkatakan banyak negara yang mempunyai angkatan tentera laut pasti akan menggunakan perkhidmatan kapal selam dalam operasi ketenteraan mereka.

Rekaan kapal selam yang berbentuk cerut mengambil idea daripada badan ikan paus. Ia berfungsi mengurangkan geseran air dan badan kapal selam untuk membenarkannya bergerak dengan lebih pantas.

Kapal selam moden yang mempunyai sokongan kuasa reaktor nuklear membolehkannya kekal berada di bawah permukaan air hampir sepenuh masa dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada bahagian atas kapal selam dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periskop dan layar elektronik termasuk radio, radar dan pelbagai sistem sokongan lain.

Kapal selam moden menggunakan teknologi pemanduan terbantu menerusi sokongan alat sistem penentu kedudukan global

Pengendalian kenderaan tersebut biasanya mengaplikasikan sistem radio secara senyap untuk mengelakkannya daripada dikesan ketika bergerak.

Sudah faham semua?

Sekarang tiba masa menjawab soalan.

Tuesday, July 13, 2010

Respon DSAI Terhadap Fitnah Utusan

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis



Maaf ini post 18sx. I tunjuk bulu, tapi sikit je tau..!!

You all tengok I.
I makin cute kan... !!!



You all tengok bulu mata I. Makin lentik ... kan..!
You all nampak tak anak rambut I..? cantik tak?
Sekarang I malas nak pakai tudung laboh... rimas la I
Lagipun pakai camni... nampak sexy sikit.. bestkan..!
Nasib baik I ikut Islam Hadhari... Boleh I possing 1 Malaysia
You all jangan dengki tau.... I tiru Rosmah.



Monday, July 12, 2010

Utusan Biadap, UMNO Terdesak

Kenyataan Media Ketua AMK
12 Julai 2010

Dakwa Anwar Alat CIA: Utusan Biadap, UMNO Terdesak

Tuduhan dangkal dan biadap ini datang selepas kenyataan tegas Dato' Seri Anwar yang menyelar tindakan Amerika dan regim Zionis secara konsisten mutakhir ini. Malah, tambah menjengkelkan, kemunculan Dato' Seri Anwar di dalam temuramah CNN yang beroperasi di Amerika Syarikat juga dijadikan sebagai satu 'pembuktian longgar' Umno bahawa Anwar adalah alat CIA.

Serangan terbaru ini sekaligus menzahirkan Utusan telah menjadi akhbar nyamuk yang mengkhianati perjuangan tokoh-tokoh seperti Allahyarham Usman Awang, Keris Mas dan A.Samad Said. Utusan kini jelas bukan lagi satu institusi, tetapi media yang telah terlacur sepenuhnya.

Tuduhan alat CIA nyata berat dan biadap dalam keadaan segalanya bermula apabila beberapa isu yang dibangkitkan oleh Dato' Seri Anwar secara umumnya dan KEADILAN khususnya mendapat perhatian rakyat dan gagal dijawab secara berfakta oleh Umno-BN. Ini termasuklah isu APCO yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft di dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan.

Jawapan Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussien bahawa tindakan akan diambil sekiranya ada bukti menunjukkan Umno begitu terdesak untuk membunuh karakter Anwar. Jawapan itu juga menunjukkan bahawa institusi polis sekaligus telah hilang kredibiliti apabila setelah 12 tahun isu alat CIA dimainkan, Dato' Seri Anwar masih gagal disabitkan dengan sebarang bukti konkrit dan sahih.

Strategi membunuh karakter Dato' Seri Anwar ini mudah dibaca: untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas Dato' Seri Anwar di kalangan masyarakat Melayu. Melihat kepada potensi Pilihanraya Umum diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur meskipun longgar. Kesinambungan pemberitaan negatif ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Apatah lagi, kes konspirasi liwat yang dicatur ke atas Dato' Seri Anwar juga semakin menemui jalan buntu.

AMK percaya bahawa semua ini dicatur berpaksikan kepada kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat mutakhir ini, termasuklah pembaharuan kontrak APCO di dalam urusan pengurusan komunikasi kerajaan Umno-BN.

Malah AMK tidak menolak bahawa inilah hasil yang membanggakan hasil konsultansi APCO kepada Umno. Imej Dato' Seri Anwar 'dibunuh' sehabisnya, pimpinan Pakatan dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar-akhbar Pakatan seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket juga sedang berhadapan masalah pembaharuan permit.

AMK mendesak Utusan Malaysia menarik balik tuduhan biadap ke atas Dato' Seri Anwar tanpa sebarang kompromi, atau AMK akan bertindak untuk memimpin rakyat melakukan protes ke atas Utusan Malaysia.

Boikot Utusan Malaysia!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Sunday, July 11, 2010

Betulkah Lelaki Melayu gagal memenuhi cita rasa Wanita Melayu

CIK LULU MARLYA: Tinjau cita rasa siswazah wanita Melayu tentang pilihan pasangan hidup.


Kenapa wanita Melayu pilih pasangan asing


ADAKAH lelaki Melayu tidak boleh diharap dan gagal memenuhi cita rasa wanita Melayu berpelajaran tinggi sehingga mereka terpaksa mencari pasangan berbangsa asing?

Apakah kurangnya mereka berbanding jejaka Cina atau 'mat salih' yang bagaikan semberani menarik perhatian wanita Melayu?

Persoalan yang agak peka ini dikaji secara ilmiah oleh Cik Lulu Marlya Abdul Rahim, 23 tahun.

Tesis beliau yang menyelongkar isi hati 12 siswazah Melayu berusia antara 23 dengan 55 tahun, yang berumah tangga dengan lelaki bukan Melayu bertajuk 'Masuk Melayu', membantu beliau meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Kepujian Kelas Dua (Atas), dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Hasil kajian itu, beliau dapati beberapa kelemahan yang terserlah di kalangan lelaki Melayu yang menyebabkan ramai siswazah wanita 'mencari cinta' daripada lelaki kaum lain.

Antaranya ialah kurangnya lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi, ego yang tinggi seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita dan kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita.

Friday, July 9, 2010

Penipuan dan Propaganda UMNO Selangor

KENYATAAN MEDIA
untuk edaran segera

Tarikh: 9 Julai 2010


Konsensus Bebas merujuk kepada laporan akhbar internet The Malaysian Insider bertarikh 8 Julai 2010 bertajuk “Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow" dan akhbar cetak The Star bertarikh 9 Julai 2010, berhubung dakwaan UMNO Selangor bahawa YB Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim dan YB Zulkifli Noordin, ahli Parlimen Konsensus Bebas akan menyertai “roadshow” anjuran UMNO Selangor.

Laporan tersebut memetik Ketua Penerangan UMNO Selangor sebagai berkata bahawa dua anggota Konsensus Bebas akan menyertai program jelajah UMNO Selangor untuk mendedahkan “sandiwara” Pakatan Rakyat. Laporan tersebut juga menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Konsensus Bebas adalah pro-BN.

Bagi mengelakkan spekulasi, fitnah dan kekeruhan politik, Konsensus Bebas ingin membuat pembetulan mengenai laporan tersebut.

Konsensus Bebas menafikan sama sekali penglibatan ahli-ahli Parlimen Konsensus Bebas dalam program jelajah yang dianjurkan oleh UMNO Selangor.

Konsensus Bebas adalah satu wadah politik bebas yang dianggotai oleh lima ahli Parlimen bebas untuk membentuk satu blok suara parlimen yang efektif, relevan, bebas serta pro-rakyat. Konsensus Bebas tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, baik parti kerajaan mahupun parti pembangkang.

Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasaskan kepada aspirasi rakyat dan negara. Jika dirujuk kepada perbahasan atau pendirian-pendirian kami di Parlimen, adalah sangat jelas bahawa Ahli-Ahli Parlimen Konsensus Bebas bukan hanya mengkritik pembangkang malahan juga mengkritik dasar-dasar kerajaan yang salah dan tidak menguntungkan rakyat.

Oleh yang demikian, Konsensus Bebas meminta semua pihak untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen Konsensus Bebas untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Terima kasih.


YB DATO' SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Ahli Parlimen Bayan Baru

YB WEE CHOO KEONG
Ahli Parlimen Wangsa Maju

YB TAN TEE BENG
Ahli Parlimen Nibong Tebal

YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

YB MOHSIN FADZLI SAMSURI
Ahli Parlimen Bagan Serai


Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan Special Convention

Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan is holding a special convention to award nine of our very active and long serving Wanita members. They have been with the reformist movement of the party since 1998 and they are the heroines without names prior to the convention. They stood fast in solidarity with the party President and DSAI without fail. You see them on demonstrations, at prayers, at the court hearings, in every by-election as campaign volunteers etc. and they have asked nothing in return.

In recognition of their contributions and their families' sacrifices, Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan decided, for the first time, to document these heroines aged more than 55 years old. Without them, gender mainstreaming in the party will not be realised. Without their contributions and efforts as a team, we will not realise the amendment to the constitutions of Party Keadilan Rakyat that brought about the inception of clause 18.17*.

On that auspicious occasion, Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan shall declare its commitment to support the party's effort to implement substantive measures to realise the intents and purpose of clause 18.17 of the party constitution in this coming party election and the next GE.


*Peraturan Perlembagaan 18.17:

Melaksanakan dasar penglibatan sekurang-kurangnya tiga puluh peratus (30%) dari kedudukan kepemimpinan di peringkat Cabang, Negeri dan Pusat adalah terdiri dari wanita.


Details of the Convention:


Date: 10th July 2010

Venue: 11th Floor, Dewan 1Grand Continental Hotel,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Time: 9.00 am till 1.00pm

Guests: Chief Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan, Felicia Ling, MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah,VIPs from the Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan, leaders and members of the Cabang-Cabang Wilayah Persekutuan




Thursday, July 8, 2010

Pawagam Pertama Khas Buat Wakil Rakyat

Parlimen Malaysia selayaknya menjadi pawagam untuk para Menteri dan Speaker Dewan Rakyat melakonkan agenda sundal yang mencela dan menghina kedaulatan undang-undang negara. Lebih malang lagi apabila para raja dan sultan termasuk Yang Dipertuan Agong langsung tidak dapat menegur segala kesialan yang diamalkan olih pemimpin UMNO/BN.

Saya telah mengulasnya semalam:
Persoalannya sekarang beranikah Speaker Dewan Rakyat menerima usul tersebut untuk dibahaskan?... Speaker akan tanya Najib... Najib akan tanya Rosmah dan Rosmah kata .... Tidak!!!..... Speaker... lu kena pilih .... nak luluskan usul atau nak C4..??
Hari ini ternyata ianya benar apabila usul ahli parlimen DAP dari Bakri, Er Teck Hwa untuk membahaskan kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - ditolak.

Bila rakyat luahkan kemarahan, nantinya.... rakyat akan di ISA kan dengan seribu satu alasan haprak yang bakal direkacipta olih harami UMNO yang telah hamis pemikiran mereka lantaran menegok dan menelan air kencing iblis zionist. Lebih dahsyat lagi apabila iblis-iblis ini disokong dan dijunjung olih kepla malaun Musa Hasan dan sedara kembangnya Gani Petail...
Peringatan buat para harami iblis berbangsa UMNO....
Walau kaki rakyat dirantai .... Tangan akan tetap berlari..!!!
Sekali tekad kami untuk melawan... Kami tetap akan LAWAN..!!!





Wednesday, July 7, 2010

Rosmah Mansor beri impak negatif kepada imej negara

Anggota Parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya.

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Er.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

Persoalannya sekarang beranikah Speaker Dewan Rakyat menerima usul tersebut untuk dibahaskan?... Speaker akan tanya Najib... Najib akan tanya Rosmah dan Rosmah kata .... Tidak!!!..... Speaker... lu kena pilih .... nak luluskan usul atau nak C4..?? 



Monday, July 5, 2010

Gaji bulanan dapat, rasuahpun rembat. Jasa taik kucing!!!

Pihak polis sering menjadi mangsa kritikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang bermotifkan peribadi dan politik sempit, yang mana menuntut ketahanan dan kesabaran warga institusi itu.

"Sikap sebegini hanya akan menghakis jati diri dan negara...jika serangan terhadap pihak polis berleluasa, bagaimana kita mahu menyuntik semangat kenegaraan kepada generasi baru," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan di majlis makan malam mengenang jasa pejuang negara anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)

Hello... jasa Polis?? ada jasa ke? itu gaji bulan-bulan ada dapat, itu rasuah lagi ada rembat...!! Lagi mau cerita jasa..?? Bukan itu polis pembunuh ke? ... Bukan itu Ketua Polis Negara, bapak segala baruah ka??



Semua lepas, siapa salah?

Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pemilik bengkel yang dituduh memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan Proton Perdana V6 Eksekutif milik kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Hakim M.Bakri Abd Majid berkata Tor Kok Siong, 54, dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya tanpa perlu dipanggil membela diri.

Tor, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di Kuala Terengganu menghadapi empat pertuduhan membuat tuntutan palsu yang kesemuanya bernilai RM72,230.73.

Mengikut fakta kes, Tor dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'PC Auto Transmission V6' berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.

Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No.78528 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A.Rahim Jusoh pada Jun 2008.

Bagi pertuduhan ketiga, Tor dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah 'Auto Transmission V6' NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai yang sama pada November 2006.

Pelik bin ajaib... tuan punya bengkel disiasat dan dibuat pertuduhan... kakitangan SUK Terengganu, semua lepas bebas..!!

Ceritanya senang... Bengkel ikut arahan... Lu repair ini... tukar itu... tapi mau ingat.... cover gua 50 persen...!! itu yang bill 10 ribu jadi 15....




Sunday, July 4, 2010

Apa pasal lu potong stim??


Potong stim betul....
Member dah siap menunggu ....
SPRM tak berani datang la pulak...
Agaknya tiada transparency punya orang bagi arahan..

P. Balasubramaniam, Datuk Zaid Ibrahim, Amarjit Singh Sidhu dan Raja Petra Kamarudin di London


Taip post muka depan di sini

Taip post selebihnya di sini

Saturday, July 3, 2010

Kajian Jumlah Bilangan Bulu Cipap

Kajian olih Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati bulu2 cipap puteri telah semakin kurang. Hal ini disebabkan terlalu ramai putera yang mengerjakannya.


Nisbah pengundi baru: 1 Melayu, 40 bukan Melayu

KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini ialah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Pengerusinya, Encik Hishamudin Yahya, berkata kajian biro itu merangkumi keseluruhan aspek, termasuk umur serta jantina dan membabitkan golongan muda dan tua. -- BHM

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Friday, July 2, 2010

Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
2 Julai 2010

Pendirian Anwar dan KEADILAN tentang sikap agresif 'Zionis' jelas

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia.

JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


DARI PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

PROGRAM SEMPENA KUNJUNGAN TOKOH USAHAWAN IT DUNIA KE NEGERI SELANGOR
MAKLUMAN MEDIA


Kelesuan pembabitan pihak swasta dalam penjanaan ekonomi negara menyebabkan Malaysia masih terperangkap dengan ekonomi bernilai rendah dan sederhana rendah sejak tempoh sedekad yang lalu. Dalam usaha memecah kebuntuan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor mengambil initiatif melalui pendekatan inovasi dalam merintis jalan melalui program-program kebijakan ekonomi bagi memacu pertumbuhan mampan.

Dengan iltizam mencentuskan ledakan inovasi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah menjemput Mitchell Kapor, seorang tokoh inovasi dan keusahawanan Teknologi Maklumat (IT) yang terkenal di persada dunia untuk hadir ke Selangor pada 2 Julai 2010.

Mitchell atau Mitch Kapor merupakan pengasas Lotus Development Corporation dan juga pereka cipta perisian Lotus 1-2-3, satu aplikasi perisian komputer yang telah merevolusikan penggunaan komputer peribadi di era 80-an dan 90-an. Beliau yang diletakkan setanding dengan tokoh-tokoh lain seperti Steve Job, Larry Page dan Bill Gates, juga adalah merupakan Pengerusi Pengasas Mozilla Foundation, pencipta web browser Mozilla Firefox.

Mengambil peluang tersebut, Kerajaan Negeri melalui YB Rodziah Ismail, Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Persatuan Teknopreneur Malaysia (TeAM) telah menyusun program satu hari di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, Selangor.

Satu sesi dialog di antara Mitch Kapor dan Dato Seri’ Anwar Ibrahim bersama pemimpin industri, usahawan, dan kerajaan pada sebelah pagi. Perbincangan akan mengkhususkan kepada pendekatan berbeza yang boleh diambil bagi mengalakkan inovasi dan keusahawanan melalui pemikiran baru sebagai teras dalam penjanaan ekonomi Selangor.

Manakala pada pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Jubli Perak, Mitch Kapor akan menyampaikan seminar umum berkisarkan kepada pengajaran yang boleh diteladani daripada kejayaan Silicon Valley sebagai pusat keusahawanan dan inovasi global. Dijangkakan seramai 1,000 orang akan hadir untuk mengambil manfaat dari seminar tersebut dalam usaha mewujudkan suasana perniagaan yang kondusif bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing.

Selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan turut mengadakan sesi perbincangan tertutup dengan Mitch Kapor bagi mengenalpasti usahasama yang dapat dijalinkan diantara komuniti usahawan IT dunia dan Kerajaan Negeri bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi Selangor.


PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR



Thursday, July 1, 2010

TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP TIMBALAN KETUA CABANG KEADILAN KUALA SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR
30 JUN 2010

TINDAKAN DISIPLIN: TIMBALAN KETUA CABANG KEADILAN KUALA SELANGOR, ARSHAD ABU BAKAR DIGANTUNG


Parti Keadilan Rakyat dengan ini memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Aduan adalah mengenai kenyataan ahkbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari displin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Displin.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

-----------

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya