Followers

Pages

Monday, August 30, 2010

Dari Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA
30 Ogos 2010

Jawatankuasa Disiplin Keadilan telah membentangkan laporan berhubung kes penubuhan Parti Cinta Sabah dan mendapati bahawa kesemua 12 orang yang terlibat adalah bersalah dalam membuat pendaftaran parti baru kepada ROS walaupun kemudiannya telah menarik balik pemohonan tersebut.

Islam kata tidak bolih. Umno kata takpe

Ajaran/Hukum Islam kata tidak bolih, malahan "Haram" hukumnya wanita mendedahkan auratnya tetapi Umno kata takpe..!!!



Islam tidak mengajar penganutnya untuk melakukan ini, tetapi Umno kata tidak apa..!!







Thursday, August 26, 2010

Jemaah iftar di Masjid Nabawi cecah 1juta sehari

Pemandangan dalam Masjid Nabawi di Madinah ~ Kerajaan Rakyat
MADINAH: Bilangan jemaah di Masjid Nabawi meningkat sehingga satu juta orang sehari pada bulan Ramadan menjadikan perbelanjaan bagi mengadakan majlis berbuka puasa semakin tinggi.

Sudah menjadi tradisi penduduk di Madinah menyediakan makanan bagi majlis berbuka puasa sejak sekian lama.

Walaupun Masjidil Haram di Makkah hanya membenarkan pemberian kurma dan kopi Saudi untuk berbuka puasa, pihak berkuasa di Madinah tidak menghalang tradisi pemberian makanan berbuka puasa oleh penduduk kepada jemaah Masjid Nabawi.

Ketua Perhubungan Awam dan Media di Masjid Nabawi, Encik Abdul Wahid Al-Hattab, berkata sejak 3 petang setiap hari pada bulan Ramadan, lebih 10,000 orang mula membawa makanan ke masjid.

NKRA: Najib Kerja, Rosmah Arah



(Reuters) Najib’s reform momentum appears to be stalled, with liberalisation being attacked by conservative Malay groups who fear their special economic, social and political privileges are under threat.

Malaysians and the global investment community are now waiting for another stir of the acronym soup when the final details of the NEM and 10MP are unveiled in September as well as a public consultation run by PEMANDU.

Worryingly for the prime minister and his reform drive, local wags have started to mock his acronyms, dubbing NKRA “Najib Kerja, Rosmah Arah” (Najib works, Rosmah directs) in a pointed reference to Najib’s highly visible wife Rosmah Mansor.



Wednesday, August 25, 2010

Penyedut Cipap, Kaki Judi mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat

Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Siapa pemimpin Islam ini?

MB Pahang, Adnan Yaacob ke?
~ Mamat ni sibuk melucah masa pilihan raya, cara Islam ke tu?

Raja Melaka ke?
~ Setan yang rompak balak masa jadi MB Pahang

Khir Toyo ke?
~ Laki bini yang rembat duit BALKIS gi enjoy kat Disneyland

Sultan Pahang kah pemimpin Islam?
~ Ni kena baca di sini

Sultan Perak kah pemimpin Islam yang adil? Gua keliru Beb !!!


Beliau berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini. kata Tun Dr Mahathir ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur, semalam.

Betul-betul..!! memang umat Islam di negara ini sedang dalam masalah. Nak tau apa masalah umat Islam kat negara ini

~ PM yang ada nipun gagal tarbiyahkan bini dia, so macamana dia nak tarbiyahkan Ziana Zain..?

~ Banyak mufti yang ada, perangai lebih kurang macam lembu..!!!



~ Bila anjing jadi pencegah rasuah, inilah masalah umat Islam

~ Raja dan Sultan yang selalu sibuk di padang golf.

Nota: Kalau hendak berdoa, berdoalah macam ini.





Monday, August 23, 2010

Skandal MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dan Hawa binti Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU - Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya?

Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS.

Walaupun begitu, bukan semua ahli dan penyokong Umno yang mungkin mengenali Mek Hawa ini, kerana Mek Hawa bukanlah dikalangan pemimpin Wanita Umno ataupun pemimpin Puteri Umno.

Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said.

Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta.

Sunday, August 22, 2010

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG

v
v

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.



Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu “Guan Eng gantikan Agong” yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.

10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-

1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Bila Duda Teringat Janda Lama. Air naik ke kepala

Umno/BN yang kehilangan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008 dahalu kini berperangai seolah orang gila talak. Berbagai perangai sundal yang dilakukan semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah mereka.

Tidak cukup dengan beli wakil rakyat, Umno ugut rakyat. Tidak cukup dengan fitnah Pakatan, Umno tekan dan tindak rakyat. Tidak cukup dengan apikan semangat perkauman, Umno gunakan agama Islam sebagai mainan politik songsang dan hamprak mereka.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," ~ Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin.

Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

"Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini, isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya.


Saturday, August 21, 2010

Racist: APCO - UMNO Top Secret Treaty Disclosed


Racist Israeli rabbi released.

JERUSALEM - AN ISRAELI court has ordered the release of a settler rabbi detained after he outlined in a book cases in which he said it is permissible to kill non-Jews, including babies, an ultra-nationalist legal watchdog group said on Friday. - APF


Malaysia - The continuing occurrence of racial hatred is incited, the latest being the statement made by the Johor school headmaster during a school assembly.

It is unacceptable to suggest, as stated by the Department of Education that it considers the matter closed and that the matter has been settled between the said principal and the students and/or their parents.



Friday, August 20, 2010

KENYATAAN MEDIA: KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA


20 OGOS 2010

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA


Dihantarkan kepada melalui
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Wednesday, August 18, 2010

Once In A Life Time Opportunity

Two moons on 27th August 2010



27th Aug the Whole World is waiting for.

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.



Minda YB Teresa Kok, EXCO K'jaan Pakatan Rakyat Selangor.

Kenyataan Akhbar

Teresa Kok,
EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (120 projek) di Malaysia bagi Januari – Mei 2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Mei 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.47 billion bagi tempoh tersebut.




Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor. Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 merupakan projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.


Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi

Tambahan lagi, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan.


 
Pelaburan tempatan yang terbesar

RM 942 juta atau 38% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala
RM 1.52 billion or 62% terdiri daripada pelaburan tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.


Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM366 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 121 juta, dan Jerman dengan RM116 juta.


Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.



Teresa Kok
18 Ogos 2010
Shah Alam, Selangor.



Tuesday, August 17, 2010

KENYATAAN MEDIA: Presiden Keadilan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2010

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos 2010.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King’s College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Berdua Masuk Surga

SEORANG lelaki yang pendek dan buruk rupanya suatu hari duduk-duduk bersama istrinya yang sangat cantik. Si lelaki tak berkedip memandang wajah istrinya yang cantik jelita.

Agak tersipu-sipu, sang istri pun berkata, "Kau ini kenapa sih, kok dari tadi memandangiku saja?"

"Kulihat wajahmu," jawab si suami, "setiap hari kok semakin cantik saja. Maka setiap kali aku melihatmu, semakin bertambah syukurku."

"Ya," kata si istri, "dan kita berdua nanti akan masuk surga."

"Lho, darimana kau tahu?"

"Bukankah hamba yang bersyukur dan hamba yang bersabar akan masuk surga. Kau bersyukur karena mendapat anugerah istri seperti aku. Sedangkan aku bersabar mendapat cobaan berupa suami seperti kau."

Dikutip dari buku:
Canda Nabi dan Tawa Sufi, A Mustofa Bisri, Penerbit Hikmah, Jakarta, April 2004




Tahniah Abhisit Vejjajiva ~ Menyatukan PAS - BN

Penyatuan PAS - BN hanya berlaku di Bangkok.
Kah kah kah


Sunday, August 15, 2010

Makkah Clock Royal Tower, Riyadh


The giant clock of Makkah is all set to tick home a new time standard, as some scholars believe that it will be an ideal alternative to the Greenwich Mean Time (GMT).

Many scholars are of the opinion that Makkah Time can provide the world an alternative to the GMT. These people have scientific arguments to back their contention, as Makkah is situated in the center of the world.

At a conference in Doha in 2008, Muslim clerics and scholars presented “scientific” arguments that Makkah time is the true global meridian. They said that Makkah is the center of the world.

“Putting Makkah time in the face of Greenwich Mean Time, this is the goal,” said Mohammed Al-Arkubi, general manager of Royal Makkah Tower Hotel

The Royal Clock is sitting atop the central tower in the Abraj Al-Bait Project, 50 meters opposite the Grand Mosque in Makkah. The clock will be visible from 17 km away at night and 11 to 12 km away during the day. A German-owned company, Premiere Composite Technologies, has designed the clock.

Sources said that the world’s largest clock — six times larger than London’s Big Ben — will be launched in the first week of Ramadan but no date has yet been fixed. The trial run would be conducted on the clock facing Jeddah that is to be inaugurated first.

SIAPA MELINDUNGI PENJENAYAH MALAYSIA AIRLINE SISTEM (MAS) KERUGIAN SEBANYAK RM8 BILLION.


YB. Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS akan mengetuai satu sidang media yang akan mendedahkan siapa yang melindungi penjenayah sehingga Malaysia Airline Sistem (MAS) kerugian sebanyak RM8 billion.

Esok, 16 Ogos 2010 / 6 Ramadhan 1431 pada jam 11.30 pagi pendedahan ini akan dibuat di pejabat Pejabat Agung PAS, 318-A, Jalan Raja Laut, KUALA LUMPUR.


Friday, August 13, 2010

Apek ini Pak Sedara Mahathir atau sepupu Taib Mahmud?

Ting Pek Khing

Fakta kes:

1 ~ Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), mulai tahun 2011.
2 ~ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini.

3 ~ SHSB terpaksa menanggung faedah setinggi RM10 juta setiap bulan mulai tahun depan.

4 ~ Projek Empangan Bakun adalah projek penjana hidroelektrik mega yang diketengahkan oleh kerajaan Mahathir Mohamad pada tahun 1980-an. Projek Empangan Bakun diserah kepada Ekran Bhd, yang dikuasai kroni Taib Mahmud, Ting Pek Khing pada tahun 1994. Namun demikian, projek mega ini terpaksa diketepikan berikutan kemelut ekonomi pada tahun 1997. (Skandal Taib Mahmud)

5 ~ Apabila projek ini mengalami kerugian mega, SHSB mengambil alih semula projek ini pada tahun 2000, dan kemudian projek ini ditenderkan. Malaysia China Hydro Joint Venture (MCHJV) yang ditunjangi Sime Darby Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan harga tender RM1.8 bilion pada Oktober 2002.

6 ~ Sime Darby menuntut kos lebihan lantaran penundaan projek sebanyak RM780 juta daripada kerajaan. Namun demikian, beberapa faktor menyebabkan angka kos ini terus melonjak, menjurus kepada anggaran kerugian Sime Darby setinggi RM450 juta pada tahun kewangan 2010.

7 ~ Lebihan kos ini telah melonjakkan kos pembinaan empangan dari RM1.8 bilion pada asalnya kepada RM3.2 bilion, yang belum merangkumi kos projek elektrik dan mekanik.

8 ~ Seandainya dihitung secara terperinci, maka kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby lantaran daripada Empangan Bakun boleh mencecah RM1 bilion.



Thursday, August 12, 2010

IKTIRAF MILF: SYABAS MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
02 Ramadhan 1431
12 Ogos ’10




IKTIRAF MILF: SYABAS MALAYSIA

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam menjelaskan kekeliruan yang timbul terhadap Gerakan Islam MILF (Moro Islamic Liberation Front/Barisan Pembebasan Islam Moro) Mindanao oleh masyarakat dunia terutamanya kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tohmahan dan andaian yang diberikan oleh mereka terhadap kumpulan-kumpulan Islam seperti MILF, Hamas, Ikhwan dan beberapa kumpulan Islam yang lain adalah dilihat seolah-olah mempunyai agenda jahat yang tersirat dan tersurat.

Lawatan Menteri Pertahanan Malaysia ke Mindanao baru-baru ini dilihat boleh memberi sedikit pengharapan terhadap proses damai antara Kerajaan baru Filipina dibawah Presiden barunya, Aquino dan MILF dibawah kepimpinan Haji Murad Ebrahim. Umat Islam Mindanao sememangnya bersedia untuk berunding dengan kerajaan Filipina sejak tercetusnya persengketaan di Wilayah tersebut. Pelbagai gejatan senjata dan rundingan telah diadakan sebelum ini namun segalanya menemui jalan buntu setelah pihak kerajaan Filipina dan pihak tentera mencabulinya.

Rakyat Mindanao yang majoritinya beragama Islam dan berasal dari rumpun Melayu nusantara telah lama dinafikan hak mereka dalam pentadbiran. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mereka mendapatkan hak mereka dalam pemerintahan namun tidak diendahkan. Sikap ‘double standard’ kerajaan Filipina yang terdahulu terhadap Bangsa Moro Islam ini telah berlanjutan sejak sekian lama. Kewujudan pelbagai kumpulan Islam disana adalah satu perkembangan yang sihat. Walaupun mereka dilihat seolah tidak bersatu dalam method dan strategi namun misi dan visi rakyat Moro Mindanao adalah sama iaitu untuk mendapatkan hak kesaksamaan dan keadilan terutamanya dalam pemerintahan dan ekonomi. Setelah tidak mendapat tempat dibumi sendiri, rakyatnya bangkit dengan senjata bagi mendapat keadilan. Lantas Barat dan kebanyakan Negara melabelkan pejuang-pejuang ini sebagai ‘pengganas’. Kerajaan Malaysia juga dulu menganggap kumpulan-kumpulan Islam seperti MILF sebagai kumpulan ekstrim yang menolak rundingan dan sebaliknya mengiktiraf MNLF (Moro National Liberation Front/ Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) yang akhirnya meletak senjata dan berkerjasama dengan kerajaan Filipina. Namun akhirnya mereka tertipu apabila hanya memegang jawatan ‘boneka’ dari Kerjaaan Filipina. MILF meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan hak dan keadilan. Barat terus menekan mereka sebagai puak pengganas. Malangnya Negara-negara Islam juga seperti dicucuk hidung oleh Amerika Syarikat yang melabel MILF sebagai kumpulan pengganas.

Di Malaysia, hanya PAS yang kekal dengan pendirian sejak dulu yang mengiktiraf MILF sebagai pejuang bagi umat Islam Mindanao. Namun perkembangan terkini hari, dengan lawatan dan pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia akan peranan MILF. Adalah diharapkan dunia Islam yang juga akan memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap perjuangan MILF sebagai tanda kepada Kerajaan Filipina bahawa rundingan perlu dijalankan dengan telus dan adil.


Di Sediakan Oleh

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan Pemuda PAS Pusat






Tuesday, August 10, 2010

DARI PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

“SEMINAR PERSPEKTIF MUDA”:

MENGANGKAT PERSPEKTIF MUDA KE ARUS PERDANA

Jumlah penduduk Malaysia di dalam kategori umur 15 hingga 39 tahun adalah seramai 11.65 juta dan pada peratusan 40.5% daripada keseluruhan penduduk, merupakan kumpulan terbesar di negara ini. Mereka sering dirujuk sebagai golongan belia/muda dan semestinya perspektif mereka mengenai isu-isu nasional akan mempunyai kesan yang mendalam kepada halatuju negara.

Oleh sebab itu, golongan muda mempunyai hak yang besar dalam menentukan perkembangan isu-isu yang mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara.

Mereka juga adalah golongan yang paling terkesan dengan kelembapan ekonomi negara. Contohnya, perubahan harga rumah atau kenaikan harga bahan api dan barangan asas baru-baru ini meninggalkan kesan yang lebih besar kepada golongan ini kerana mereka membentuk golongan buruh dan pekerja bawahan yang terbesar di dalam masyarakat ini.

Pandangan mereka mengenai isu urus tadbir, kecekapan pentadbiran awam dan perpaduan nasional akan mencorakkan bentuk negara Malaysia di dekad akan datang.

Maka, pandangan golongan belia/muda perlu dipupuk, didengar dan diambil kira secara berterusan dan jujur dengan mengangkatnya ke arus perdana.

Menghayati semangat ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan menganjurkan Seminar Perspektif Muda pada 14 Ogos 2010 ini, sebagai sebahagian dari usaha berterusan kerajaan Selangor menambahbaik dasar dan pelaksanaannya dengan mengambil kira suara orang muda.

Seminar ini dijangka akan mengumpulkan lebih 200 professional muda dan aktivis dari pelbagai latar belakang yang akan berpeluang untuk mengenengahkan pandangan, cadangan dan kritikan mereka terhadap pelbagai isu. Mereka juga akan turut disertai oleh wakil rakyat muda yang berada di dalam lingkungan umur mereka yang diberi amanah untuk berbincang dan memahami pandangan-pandangan ini; yang seterusnya akan diangkat dan dijaguhi oleh wakil-wakil rakyat muda di arus perdana serta di bawa ke perhatian YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Peserta seminar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan memberikan fokus kepada bidang yang khusus iaitu ekonomi, pendidikan dan pendemokrasian pentadbiran. Pada setiap sesi, peserta akan diberi peluang untuk bertukar kumpulan supaya pandangan yang luas dari semua peserta dapat digarabkan bersama.

Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang bekas perenang kebangsaan dan aktivis sosial/hak asasi manusia yang terkenal sebelum menceburkan diri di dalam politik.

Sepanjang seminar ini, peserta akan berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan wakil-wakil rakyat dari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara bersantai.

Seminar Perspektif Muda akan ditutup secara rasmi dengan ucaptama dan dialog bersama-sama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor.

Kami menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk menyertai seminar ini bagi memastikan pandangan-pandangan yang bakal diangkat mewakili pandangan terbanyak rakyat Malaysia.

Pendaftaran masih lagi dibuka dan mereka yang berminat diminta mendaftar di laman web beralamat http://bit.ly/osea14.


 
PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
10 Ogos 2010



Maaf dipohon


Sempena menjelang Ramadhan, saya mohon kemaafan kepada semua pembaca dan pengunjung Kerajaan Rakyat di atas kesilapan, kekasaran titipan dan keterlajuran bicara yang pernah saya lakukan.

Harapan dan doa saya semoga kita semua sentiasa berada dalam dakapan kasih dan peliharaan Allah swt.

Salaam persaudaraan
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat



Friday, August 6, 2010

PRU-13: Arahan Najib kepada Muhyiddin Yassin

Lumrah bagi setiap perdana menteri sebelum ini bila ingin mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya, mereka akan bercuti ke luar negara. Resam yang sama diikuti olih Dato' Seri Najib. Setelah berjumpa bomoh Mr. Ji dan mendapat isyarat, maka Najib terpaksa mengarahkan Timbalannya untuk menyediakan projek di bawah. Adalah dijangkakan selesai pru-13, semua Menteri UMNO, Ketua UMNO Bahagian dan Cawangan akan memenuhi ruang di projek ini. Diantara nama teratas dalam senarai pencacai UMNO untuk ditempatkan di  projek tersebut En. Nazri, Pak Leman, dan Tuan Apai.




34% pekerja Malaysia tahap miskin

Hasil Slogan Barisan Nasional
:: ~ :: RAKYAT DIUTAMAKAN :: ~ :: 

Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.

Merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.

Garis kemiskinan dalam negara ketika ini ditetapkan pada tahap pendapatan bawah RM720 sebulan.

Nota: Berapa pendapatan rakyat TIDAK PENTING. Apa yang mustahak dan utama ialah kesenangan para pemimpin UMNO. Rakyat TIDAK MAKAN tidak apa. Apa yang lebih utama, Perdana Menteri dapat bercuti dan melancung ke luar negara.





Strategi Tawan Selangor: UMNO Ubah Perlembagaan Parti

Dalam usaha UMNO untuk menawan negeri Selangor sebelum pru-13, beberapa pemimpin UMNO peringkat negeri yang mengadakan perbincangan disebuah pusat peranginan tanah tinggi berhampiran Janda Baik telah mencadangkan agar FASAL 4 (Keahlian) dalam perlembagaan parti itu diubahsuai seperti di bawah.




FASAL 4.1 Ahli-ahli UMNO ada dua jenis:

4.1.1 ~ Pemimpin UMNO
4.1.2 ~ Ahli Biasa


4.2 Syarat Sah Jadi Pemimpin UMNO.

4.2.1 ~ Kategori pemimpin UMNO ada syarat Wajib, Sunat dan Harus.

4.2.1.a ~ Rasuah: hukumnya Wajib.
4.2.1.b ~ Kronisma: hukumnya Sunat.
4.2.1.c ~ Menyeleweng: hukumnya Harus.



4.2.2. ~ Kategori Ahli Biasa hanya ada dua syarat:  Wajib dan Haram

4.2.2.a ~ Ikut apa saja cakap pemimpin: hukumnya Wajib
4.2.2.b ~ Bodek pemimpin: hukumnya Wajib
4.2.2.c ~ Kritik pemimpin: hukumnya Haram



:~: Semua wajib hafal dan akur syarat ini baru sah jadi ahli UMNO.



Tuesday, August 3, 2010

Pasir dari Johor diseludup ke Singapura

JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor bersama Jabatan Laut Wilayah Selatan menahan sebuah bot tunda bersama pontun membawa 3,000 tan pasir sungai, dipercayai cuba diseludup keluar dari negara itu di perairan Pontian, Khamis lalu.

Turut ditahan, enam lelaki warga Indonesia, terdiri daripada seorang tekong bot dan lima anak kapal.

Penolong Kanan Pengarah Kastam I (Bahagian Siasatan) KDRM Johor, Encik Harun Ishak, berkata pada pagi itu Jabatan Laut menahan sebuah bot tunda bersama pontun yang kelihatan mencurigakan di perairan Pontian.

'Hasil siasatan mendapati bot tersebut tidak mempunyai kelulusan atau dokumen sah pengangkutan laut, selain tidak melaporkan sebarang perjalanan laut mengikut Akta Jabatan Laut,' kata beliau.

Pemeriksaan awal KDRM mendapati muatan pasir sungai juga tidak mendapat pelepasan pelabuhan, serta muatan tidak diikrar kepada kastam negeri.

Hasil siasatan awal, Encik Harun berkata, pihaknya mendapati bot serta pontun itu berdaftar di Singapura dan dipercayai mendapatkan pasir sungai dari Sungai Johor.

'Pasir sungai ini dipercayai digunakan untuk penambakan laut.

'Sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti nilai pasir ini.

'Kami sedang menyiasat dalang perbuatan itu serta ke mana pasir ini cuba diseludup keluar,' katanya.


Pakatan Rakyat Mula Mencari dan Memberi Alasan


Saya menyokong penuh kenyataan ini:

"Rakyat Selangor berhak untuk mengetahui cerita sebenar dan bagaimana Dr Khir seharusnya dihalang dari segi moral untuk memberi pandangan terutama dalam hal tatacara mentadbir negeri ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar".
Apa yang saya tidak faham dan mohon penjelasan daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, daripada Tan Sri Menteri Besar khasnya ialah kenyataan ini:

"Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika Kerajaan Negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat".
Persoalan saya, apakah sebelum Pakatan Rakyat membuat manifesto pilihan rayanya menjelang pru-12 lalu mereka tidak mengetahui hal ini. Amat mustahil bila segala kebobrokan dan rasuah pemimpin UMNO mereka ketahui tetapi isi perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor semasa zaman Khair Toyo mereka tidak mengatahuinya.

Rakyat amat faham pemerintahan zalim UMNO/BN penuh dengan persundalan kuasa tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak harus menjadikan bekas lendir dan najis UMNO/BN sebagai alasan mohon simpati rakyat terhadap kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Rakyat mengangkat kalian sebagai pemimpin dan menobatkan kalian sebagai Wakil Rakyat bukan untuk mendengar alasan atau kritikan. Kalian yang telah menabur seribu janji dan rakyat yakin janji kalian tidak akan dimungkiri.

Andai kalian terlepas pandang hal ini, kewibaan kalian sebagai ahli politik bolih pertikaikan!! Kalian berpolitik demi rakyat atau kalian juga sama seperti UMNO keparat...!!!!

Andai kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mengatasi kemelut isu air ini dengan tangkas dan pantas, maka tiadalah kurangnya kebebalan Wakil Rakyat Pakatan jika dibandingkan dengan wakil rakyat UMNO/BN.

Justeru, tidak salah anggapan rakyat; pemimpin politik baik dari parti mana sekalipun menggunakan meraih simpati rakyat hanya untuk memenangi demi kepentingan tembolok mereka sendiri. Mereka bersandiwara dengan seribu janji tetapi entah bila janji akan ditepati.

Kalian baca alasan oleh
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

Monday, August 2, 2010

One Malaysia: Rakyat ~ anything you say will be taken down..!!

So.. just say it



Assalammualaikum YAB Perdana Menteri

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI


Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.


Nota:
Seloka di atas dikirim kepada saya oleh:
SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.





Sunday, August 1, 2010

Bersatu Untuk Menipu, Rasuah dan Menyeleweng

LAGU UMNO

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Menipu UMNO Menipu
Rakyat Susah UMNO Buat Tak Tahu

Lambang UMNO Yang Gagah
DiPandang Hina Dan Haramjadah


~ Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menggesa kerajaan persekutuan supaya menghormati kuasa yang ada pada kerajaan negeri masing-masing.

"Apabila penghormatan ini tidak wujud maka berlakulah konflik sebagaimana yang terjadi kini di Pulau Pinang apabila kerajaan persekutuan mencampuri hal-ehwal Kerajaan Negeri secara terang-terangan," kata Yusmadi Yusoff

"Dalam isu pasir di Pulau Pinang, sudah ketara bagaimana kerajaan persekutuan cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu kecurian pasir di atas tapak Politeknik Balik Pulau."

"Walaupun mereka sedar ini adalah projek mereka dan berada di atas tanah milik kerajaan persekutuan, tetapi mereka cuba memainkan isu dengan menuding jari ke arah kerajaan negeri semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dan mencelarukan pemikiran mereka," ulas Yusmadi


Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyifatkan BN sudah berada dalam keadaan tenat dan nazak apabila pelbagai masalah sedang melanda parti pemerintah tersebut.

Beliau juga berkata, pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik tidak membawa apa-apa makna kepada PR.

"SPRM boleh menangkap siapa sahaja yang mereka mahu dan dibawa ke mahkamah, namun begitu belum pasti keadilan akan tercapai berdasarkan sejarah lampau yang pernah terjadi kepada mendiang Eric Chia."

"Selain daripada itu kebebasan yang tidak ada pada kebanyakan sistem perundangan dalam negara yang dikuasai oleh BN dan pemerintah menjadikan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan dalam setiap tindakan yang mereka ambil," kata Firdaus Jaafar.

"BN sudah muflis apabila mereka terpaksa mengenakan pelbagai jenis cukai terhadap rakyat. Kenaikan harga barangan semakin lama semakin membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah," tambahnya lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Husam Musa melontarkan cabaran, agar penyatuan puak dalam UMNO dilakukan terlebih dahulu sebelum penyatuan PAS dan UMNO dilaksanakan.

"Dalam UMNO Terengganu sendiri kita dapat lihat bagaimana ada puak Menteri Besar, Ahmad Said dan puak bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Ini semua adalah krisis dalaman yang serius melibatkan orang Melayu dan parti UMNO."

"Oleh kerana itu perjuangan yang hanya berlabelkan bangsa ini tidak akan membawa penyatuan. Sebaliknya membawa kepada kemusnahan yang tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada sistem pemerintahan negara. Oleh kerana itu sebelum UMNO melaksanakan pelan penyatuan dengan PAS maka adalah terlebih baik bagi mereka membetulkan saf dalam UMNO terlebih dahulu," katanya lagi.

"Di bawah pemerintahan kerajaan BN yang ada sekarang skandal yang merugikan wang rakyat seperti PKFZ, Sime Darby, Pos Malaysia, FELDA dan pelbagai lagi memberi imej buruk kepada sistem pemerintahan yang ada pada BN. Mereka sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan pemerintahan yang terbaik kerana jangka masa 50 tahun yang diberikan kepada mereka hampir lupus menjelangnya pilihan raya umum yang akan datang," tambahnya lagi.