Followers

Pages

Thursday, September 30, 2010

Kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat

Kenyataan Media
Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan pemilihan parti
30 September 2010

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Nurul Izzah Anwar: THE 4 Es : WHAT THE NEM (ETP) NEEDS.

I wish to outline my big picture impression of how to make the NEM (ETP) a success for all Malaysians as part of my continuing constructive engagement initiative.

I had written two articles on ETP, the first ’15 Questions on ETP’ and the second ‘Fantasy or fallacy: ETP 6% annual growth rate calculations?’

It was said by some observers that the opposition only critiques without offering any alternative solutions to the ETP in particular.

However, all if not most of the ideas presented here have already been suggested, and I only wish to repeat them for the purpose of outlining the necessary steps to make NEM a reality.

I hope that this ‘big picture’ commentary with suggested actions will be considered seriously and explained by the government in the upcoming 2011 Budget announcement in Parliament.

As a footnote, the ETP Part 2 was conveniently announced publicly on 21 September, which is one day after the 20 September dateline for Parliamentary questions submissions.

The Critique

Returning to my articles on the ETP, the response received from the public in support or otherwise of the position I presented is most welcomed in the spirit of free speech in a democracy. This debate is a healthy development, albeit mostly through the alternative media.

The main points to my ETP articles and the various responses can be summed up as follows:

Pengumuman Biro politik Parti Keadilan Rakyat

30 September 2010

Biropolitik KEADILAN di dalam mesyuarat pada malam 29hb September, dipengerusikan oleh Presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail , telah membuat keputusan berikut:

a) meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat menyiasat dengan berdasarkan klip-klip video, tentang mana-mana anggota yang melakukan keganasan, kekecohan dan tindakan liar lain yang melanggari Kod Tatalaku Pemilihan parti bertujuan untuk menggagalkan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan pemilihan di beberapa buah Cabang KEADILAN dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

KENYATAAN MEDIA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR

KENYATAAN MEDIA:
29 SEPTEMBER 2010

PENGUMUMAN KEPUTUSAN RASMI
PEMILIHAN PIMPINAN CABANG KOTA RAJA 2010


Pada Ahad, 26 September 2010, proses pengundian Pemilihan Pimpinan Cabang Kota Raja bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) bagi Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja telah berlangsung di Dewan Bukit Naga, Shah Alam, Selangor mulai jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.

Setelah tamat pengundian, bagi tujuan menjamin kelancaran dan kesempurnaan pemilihan tersebut, pengawas pemilihan yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat (JPP) membuat keputusan bahawa proses pengiraan dan penjumlahan undi tidak dapat diteruskan di Dewan Bukit Naga, Shah Alam. Sebaliknya urusan-urusan tersebut diserahkan kepada tanggungjawab langsung JPP yang beribu pejabat di A-1-09 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, Selangor.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat, menurut Fasal 18.15 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat, adalah bertanggungjawab bagi mengawalselia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat Cabang dan Pusat. Di bawah kuasa menurut peruntukan Fasal tersebut, JPP memutuskan untuk menyempurnakan proses pengiraan dan penjumlahan undi bagi pemilihan Cabang Kota Raja itu di dalam bangunan Ibu Pejabat Parti dalam tempoh seberapa segera yang mungkin.

Wednesday, September 29, 2010

Konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Sir Richard Branson,usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Dato’ Seri Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

Dr. Molly Cheah: Chairperson Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)

Media Statement:
28 September 2010

The Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) has been given the task of supervising the conduct of the internal Keadilan elections at the division and national level.

This task includes dealing not just with complaints and objections raised prior to elections at the division level but also post election complaints.

The JPP will not hesitate to invalidate results at the division level if we are convinced that the election process was compromised or if there were acts of intimidation or violence that distorted the conduct of the elections.

We will also not hesitate to recommend disciplinary action including sacking against party members if we are presented with strong evidence that they had been involved in acts of violence or disrupted the smooth conduct of elections on the ground or engaged in any irregular conduct (e.g. vote-buying).

In coming to our decision we will consider reports from members as well as reports from secretariat staff and party volunteers who have conducted the elections under our supervision.

We urge any member who has concerns about the conduct of the elections at the division level to raise his/her concerns with the JPP in a formal manner so that these concerns can be given the attention they deserve. Individuals dissatisfied with the conduct of the elections should use this channel rather than making allegations in the media against either the JPP or the Keadilan secretariat.

166 divisions have held their annual meeting and elections over the past two weekends and the JPP is pleased to note that in the vast majority of cases division elections have proceeded in a smooth and orderly fashion.

Dr. Molly Cheah
Chairperson
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)

~~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya




Monday, September 27, 2010

Kakitangan kerajaan persekutuan juga mendapat gaji hasil judi dan arak

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.


Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidak kepada orang Islam.

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.
Umat Islam yang prihatin patut berdoa agar segala penipuan dan muslihat Umno ini dibalas dengan kekalahannya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Saturday, September 25, 2010

Rakyat 'sudah muak' mengenai krisis istana Kelantan

Oleh
Darwis Said

LEBIH satu tahun empat bulan sudah berlalu tetapi keadaan keluarga diraja Kelantan masih bergolak sejak ia mula tercetus pada Mei tahun lalu.


Kecelaruan dalaman Istana Kelantan umumnya berpunca daripada persengketaan antara pihak yang menyokong Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai pengganti raja dengan penyokong adiknya, Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, serta ibu mereka, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Namun, satu lagi krisis tercetus baru-baru ini berikutan istiadat pemasyhuran Tengku Muhammad Faris, yang berusia 41 tahun pada 6 Oktober ini, sebagai sultan baru Kelantan sekitar dua minggu lalu.

Nama rasmi beliau kini Sultan Muhammad V.

Kali ini tentangan terhadap pelantikan beliau sebagai sultan datang daripada ayahnya sendiri, Sultan Muhammad Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, 60 tahun.

Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!

Tiada satupun dokumen awam yang mengatakan Umno aka Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu adalah punca kepada tragedi berdarah yang mengorbankan ratusan rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969. Ironinya walau tanpa catatan resmi, yang tidak tersurat tetap kukuh tersirat!

Generasi pertama selepas 1969 sekarang berusia 41 tahun. Mereka tidak merasai hangatnya tragedi hitam itu tetapi babak demi babak dalam peristiwa itu telah menghangatkan darah yang mengalir dalam tubuh mereka.

Darah Melayu dipersekitaran akhir tahun 1960an itu dihangatkan olih perasaan marah, benci dan menyampah yang teramat terhadap bangsa asing, Cina khususnya!


Cina bangsa yang tidak sedar diri diuntung!
Cina bangsa yang menipu anak jati Tanah Melayu!
Cina mesti dinyahkan dari negara berdaulat ini!
Cina adalah puaka yang mencelakakan Melayu!

Friday, September 24, 2010

Melayu Hilang Kuasa under PR

Kenyataan Media
Nurul Izzah Anwar
24 September 2010

Semalam 23 September bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Katanya juga dia bukanlah bersikap perkauman.

Dr Mahathir juga menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara, kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana-mana kaum.

Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.

Thursday, September 23, 2010

BICARA MINDA DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL


DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Alhamdulillah, pemilihan KeADILan 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KeADILan menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KeADILan dan bukan sekadar slogan kosong.

Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.

Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

~~~~~~~~~~~~~~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Penawaran untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

23 September 2010

Atas semangat demokrasi dan reformasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya bersyukur dan terharu atas pencalonan yang diterima dari cabang-cabang dan saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Saya gembira sekali kerana Suara Ahli hari ini menjadi Suara Hati saya dengan kesediaan saya mengambil peluang untuk memikul tanggungjawab dalam parti.

Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka bebas untuk membuat pencalonan dan saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka.

Saya adalah antara mereka yang bertuah kerana dapat menjadi saksi dan terlibat dalam gerakan Reformasi 12 tahun lalu dan kini menyaksikan pencapaian Keadilan hari ini.

Saya percaya pemilihan parti tahun ini akan menjadi titik perubahan bagi memperkasakan parti dan mendekatkannya dengan nadi dan semangat rakyat demi mewujudkan Malaysia Yang Lebih Baik.

Saya juga menyedari bahawa pertandingan ini adalah persaingan adik-beradik dalam keluarga Keadilan.

Percayalah, ahli-ahli parti akan memilih pimpinan berdasarkan kepada wawasan calon, idea dan komitmen kepada nilai-nilai parti dan matlamat perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik dan bukannya setakat pertandingan personaliti.

183 Orang MATI Akibat Ditembak Polis. Adakah Polis Pembela Rakyat?

Banyak persoalan telah dibangkitkan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk kuasa ketiga dalam pasukan polis dan juga isu-isu yang pelanggaran dengan hak asasi manusia.



Polis menghayun cota terhadap orang awam

Pelanggaran hak asasi manusia yang serius boleh dilihat di dalam tindakan keras anggota polis terhadap peserta perhimpunan-perhimpunan aman, termasuk perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos 2009 di mana seramai 589 orang, termasuk kanak-kanak telah ditahan.

Polis menyebur air berasid terhadap orang awam
Di bawah pimpinan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan selama empat tahun sejak 2006, PDRM mempunyai rekod dan reputasi yang teruk di dalam isu hak asasi manusia. Statistik rasmi kerajaan menunjukkan bahawa seramai 183 orang telah mati akibat ditembak polis dari tahun 2007 hingga 2009. Antara kes yang paling serius adalah penembakan mati remaja Aminulrasyid dan Mohammad Afham oleh polis.

Selain itu, terdapat sebanyak 153 kes kematian dalam tahanan polis antara tahun 1999 hingga 2008. Pada tahun 2009, seramai tujuh orang telah meninggal dunia di dalam tahanan polis. Antara kes-kes yang diketahui umum termasuk kematian A. Kugan, R.Gunasegaran, Mohd Anuar Sharip.

Wednesday, September 22, 2010

Nurul Izzah for PKR VP


YB Nurul Izzah's will be officially announcing her candidacy as the VP for Party Keadilan tomorrow at 2.30 pm in her service center.

 
Lembah Pantai Service Center
No. 1-2, Jalan Pantai Murni 6,
Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur


“GENERASI REFORMASI” ~ MENYUBURKAN DEMOKRASI

“GENERASI REFORMASI” MENJEMPUT SEMUA CALON AMK BERSAMA-SAMA TURUN PADANG MENYUBURKAN DEMOKRASI


Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota Keadilan, pihak media dan orang ramai yang memberikan pelbagai reaksi positif sejak pengumuman kami menawarkan diri untuk jawatan-jawatan tertinggi Angkatan Muda Keadilan Pusat pada 1 September 2010.

Selepas mendapat isyarat yang jelas bahawa usaha menyuburkan demokrasi dan menguatkan parti ini diterima baik, Generasi Reformasi akan turun berjumpa ahli-ahli dan pimpinan AMK di peringkat akar umbi di setiap negeri melalui program Roadshow Generasi Reformasi.

Roadshow Generasi Reformasi yang pertama akan diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang pada hari Khamis 23 September 2010 bermula jam 830 malam. Selain bertemu anggota dan menjawab pertanyaan, barisan Generasi Reformasi juga akan membentangkan manifesto dan pelan rancangan menyuntik dinanisme AMK sepanjang program-program ini di seluruh Malaysia.

Tuesday, September 21, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Hamil

JASIN: Three days after the country’s first school for pregnant teens officially opened its doors, five young mothers-to-be bravely stepped into Sekolah Harapan here yesterday to register for classes.

The girls, aged 16 to 17, and accompanied by their parents, met school officials for a briefing at Rumah Harapan, the dormitory adjacent to the school, at about 9.15am.

Meanwhile, the school also received its first walk-in inquiries when two women from here, in their early 40s, met officials to check out the facilities “on behalf of a friend”.

The school is run by the Malacca Islamic Affairs Department.


Dato’ Zaid Ibrahim dan Katerina

Dato’ Zaid Ibrahim will be delivering a talk entitled “Membina Negara Bangsa Malaysia Dari Perspektif Perlembagaan – Masa Depan dan Harapan”. The other invited speakers are YB Ahmad Maslan, UMNO Information Chief, and an academician from Johore.


The event will be held as follows:

Venue: The Katerina Hotel (Main Ballroom Room, 2nd Floor)
8 Jalan Zabedah
83000 Batu pahat Johor

Time: 8:30 pm to 12:00 midnight
Date: 22 September 2010 (Wednesday)

The organisers expect the event to be attended by approximately 500 guests from all over Johore.

Dato' Zaid Ibrahim will also be holding a press conference after the event.


Thank you.

Regards,
Malaysian NewsMaker


Angkara ROSMAH dan RASUAH

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini yang akan dimajukan olih syarikat M-S Pte Ltd, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Lee kemudiannya, Najib berkata walaupun isu itu bukan merupakan masalah besar, tetapi ia penting kerana mereka mahu wujudnya suatu persetujuan (POA) yang mampu bertahan oleh ujian masa.



Najib berkata mereka mahu agar ia menjadi suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan betul daripada segi politik serta akan diterima oleh rakyat kedua-dua negara, termasuk generasi akan datang.

(NOTE: Perjanjian ini bukan Najib yang mahu TETAPI Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang memberi TEKANAN kepada Najib. Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa akur kerana ada kemungkinan BUKTI BERKAITAN HUBUNGAN NAJIB DENGAN ALTANTUYA yang didakwa terbunuh angkara ROSMAH dan RASUAH ada dalam simpanan agent risikan Singapura)

Bagaimanapun, Najib dan Lee Hsien Loong juga bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan tidak sepatutnya menjejaskan inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di sini pada 24 Mei lepas di mana Najib (Malaysia) bersetuju menyerahkan tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah milik KTMB kepada sebuah syarikat M-S Pte Ltd bagi melaksanakan pembangunan.

p/s:
Masih kah kau ingat? .. Pedra Branca !!!


Monday, September 20, 2010

Pemilihan PKR ~ Macam-Macam Gila Ada !

KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2010


Merujuk kepada kenyataan Sdr Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010.

Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung
~~~~~~~~~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Ini Apa Kes? .. Dolat Sotan Param!!!


Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra memfailkan petisyen ketiga di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendapatkan pengisytihan bahawa pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan adalah tidak sah.

Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail memohon keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap dua perkara berkaitan pelantikan Tuanku Muhammad Faris menduduki takhta ketika ketiadaan ayahandanya.

Param Cumaraswamy dari pasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail, berhujah bahawa Tuanku Muhammad Faris - ketika menjadi pemangku raja - tidak mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan negeri atau dalam kedudukan untuk melantik anggota Majlis Perajaan Kelantan. - Malaysiakini

Ini kes betul-betul memalukan..!! macam ni ke Ketua Agama? macam ini ke yang sibuk kata payung rakyat?

Nak payung camana kalau sendiripun bercakaran!! Kalau dah susah sangat, suruh aje Si Param tu jadi Sotan!! ... Dolat Sotan Param.

Nak sangat agaknya jadi bahan sejarah dok kat muzium.

Nasib Melaka masih ada Sotan > Sotan@ Setan Balak... dulu Sotan Melaka ni Memanda Pahang.


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat: Hantu Sudah Mari

Dear Sir/Madam,

I will be having a press conference today as follows:



Date: 20 September 2010
Time: 3:00 pm
Venue: Restoran Kari Kepala Ikan, Sentul

In light of the events over the weekend, I want to highlight the fraud and the use of underhanded tactics in the ongoing Parti Keadilan Rakyat election.
Your coverage of my press conference is much appreciated.


Thank you.

Yours faithfully,
Jenapala Perumal Subaan

Mr. Jena, My comment :~ Kah kah kah...!!  
~~~~

The True Story ~ Jenapala a bankrupt

PKR vice-president Sivarasa Ra­­siah claimed that Jenapala was not re-appointed to the post at the PKR national congress last month as he was a bankrupt and could not hold any position in a political party.

He did not quit as he had claim­ed, said Sivarasa when contacted.

“We found out he was a bankrupt and Jenapala did not deny this,” he said.



MELAWAT AHLI KELUARGA ALLAHYARHAMAH DATUK SOSILAWATI

Satu lawatan seperti di atas akan diadakan pada:


Tarikh: 20 September 2010/11 Syawal 1431 (ISNIN) hari ini


Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Lot 9933, Jalan Harmoni,
Taman Harmoni, Gombak,
KUALA LUMPUR.

Lawatan akan di ketuai oleh YAB. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat, Muryidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan di iringi oleh YB. Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian.



Sunday, September 19, 2010

NURUL IZZAH ANWAR

MY POSITION ON THE PARTY ELECTIONS


NURUL IZZAH ANWAR
MEMBER OF PARLIAMENT, LEMBAH PANTAI
17 SEPTEMBER 2010


I make this statement to indicate my official position on the Parti KEADILAN Rakyat elections.

I am happy that KEADILAN is going through direct elections, which is a true reflection of our national election process.

Our 400,000 members is a microcosm of the 11 million Malaysian registered voters whose aspirations are expressed in the mandate given to elected leaders through a fair and free election process.

The entire nation is watching on how we conduct our party's democratic process, as it would be an indicator of how we will govern the nation once given the opportunity.

Therefore, I call upon all candidates to demonstrate their leadership and responsibility in ensuring that party elections become an example for the nation.

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat: Jawatan Timbalan Presiden

Jawatan Timbalan presiden
Senarai cabang yang telah membuat pencalonan untuk jawatan berkenaan:

Azmin
Indera Mahkota, Raub, Tanah Merah Arau, Libaran, Silam, Kudat, Larut, Parit Buntar, Pasir Mas, Rantau Panjang, Langkawi dan Kubang Pasu.

Mustafa Kamil
Grik, Lenggong, Bagan Serai, Taiping, Sungai Siput dan Kuala Kedah.

Zaid
Jerantut, Padang Rengas, Kota Bharu, Tumpat dan Alor Setar.


Saturday, September 18, 2010

Bicara Minda DSAI Beralaskan Fakta Kukuh

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
18hb September 2010


Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Saya mohon dengan segala takzimnya DYMM Sultan Selangor keluarkan kenyataan dalam kes ini

Mana Harusanasani, ularmak yang menjadi wakil tetap Umno dalam majlis morti? Mana 40 ularmak muda yang ternoda mindanya kerana air kencing Umno? Mana Datuk Mashita yang tinggi ilmu Hadharinya?


Wahai pencacai-pencacai Umno, tolong beri fatwa baru kes yang dititipkan olih YB KHALID SAMAD.

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.




Rasa nak muntah melihatkan gelagat pemimpin PKR

Saya terima email ini (Press Statement) pada jam 3:09 AM (waktu komputer saya). Kasihan saya kepada Puan Latheefa Koya kerana sudah tidak tahu berbahasa Melayu/Malaysia! TAPI saya yakin sekejap lagi atau esok akan ada email susulan dalam Bahasa Malaysia. Nampaknya Bahasa Penjajah juga yang didahulukan olih Parti Keadilan Rakyat. Bila Umno guna singkatan 'UMNO' untuk " United Malays National Organisation" ramai pemimpin PKR, termasuk DSAI mencacaikannya termasuk dalam ceramah umum kerana kononnya Umno mengagongkan bahasa penjajah.  Alahai PKR, asyik sibuk nak bertanding jawatan sehingga terlupa dasar perjuangan!!! Sesekali terasa macam nak termuntah!!



Press Statement
17 September 2010

Parti Keadilan Rakyat is proud to announce (not an endorsement) that the party’s ongoing direct election has created opportunities for many young women to participate and be elected at various leadership positions at an unprecedented level.

The party’s constitution allows any women member to stand for election at any level including the youth wing, women’s wing and at the central level. This is a stark contrast with the limited opportunities for women at other parties as most would be limited to the women’s wing.

The election will also test the party’s commitment to providing at least 30% of women’s participation at all decision making level of the party.

This ongoing process to mainstream women’s participation within the party has also seen several young women heading divisions.

The following non exhaustive list of names are examples of young, upcoming women leaders who have taken this important decision to offer their candidacy for nomination in the election for various positions:-

Name - Age
Standing for
Background
Contact Number

Siti Aishah - 25 Central Committee (MPP).
Head of Serikandi, Women’s Wing
0175466574

Friday, September 17, 2010

Saya berikrar menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13

Kenyataan MEDIA
YB Mohamed Azmin Ali
Mengenai Pemilihan KEPIMPINAN Parti Keadilan Rakyat



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Jawatan Timbalan Presiden PKR: Saya akan bertanding

PRESS STATEMENT
17 September 2010

Candidacy for Post of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat



Some time back, I made the decision to resign from the post of Deputy Secretary General of PKR due to the personal financial difficulties I was experiencing.

I am a working class Malaysian and today I would like to announce my candidacy for the post of Deputy President of PKR in the upcoming party elections.

My decision to contest is based on four clear objectives as follow:

(1) Fair representation and respect for the Indian Community within PKR.

Our party membership data shows us that approximately 40% of PKR membership is made up of Indians. Yet we remain under-represented in this party. Some members have also questioned if Indians are even treated with dignity to begin with.

Some time back there emerged a story of an incident where a well-known senior PKR leader openly called an Indian leader “pariah”. If this is indeed true, this sort of disrespectful name-calling goes against all that the party stands for. I believe that as a party, PKR stands for respect for one another, regardless of who we are.


(2) Test the democratic process in PKR – does it truly exist?

In regards to my candidacy for the post of Deputy President of PKR, I want to know if this free and fair election is indeed for all or just a select few. I want to know if the rest of us who offer ourselves as leaders will be labelled saboteurs or enemies from within for choosing to take this path.


(3) Re-affirm PKR as a plural, multi-racial party.

In the beginning PKR was seen as the new frontier, or symbol if you like, for multi-racialism in Malaysia. Today it feels more like a party that promotes ‘ketuanan Melayu terpilih’ or in other words, a party for and of a few chosen Malays.


(4) PKR must return to the people, to the grassroots members.

PKR must return to being a party of the people. After all, it was the people who supported us during the country’s last general elections. Yet sadly today there is widespread frustration among party members at the way current party leaders are running PKR.

I have a deep respect for Datuk Seri Anwar Ibrahim but this is not Anwar Ibrahim’s personal party, nor of a few super MPs trying to be power barons. This is a party for all Malaysians. This is what the party promised us prior to March 2008 when Datuk Seri Anwar called on all Malaysians irrespective of race, colour or creed to join PKR in the fight for justice and a better Malaysia. To me, it seems that this promise has been left largely unfulfilled.

These are the four objectives upon which I shall base my campaign.

Having said that, I am prepared for the mud slinging and slander that will most surely follow this announcement. For the record my financial problems are almost all resolved. As such it is my sincere hope that the leaders of PKR respect the right of every individual party member to contest in the upcoming elections without resorting to smear campaigns.

Before I close, I would like to once again announce my candidacy for the post of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat. I thank you all for your presence here today.


Jenapala a/l Perumal Subaan
Former Deputy Secretary General
Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Tuesday, September 14, 2010

ANWAR IBRAHIM

He and the other leaders in Pakatan Rakyat are the leaders we now have to lead us to the next General Election and they give us our best hope for a new beginning – without an UMNO that has already abused the trust we Malays placed in them many times over, without a corrupt PDRM, a cowered MACC, without a Government that steals from its people, without a Judiciary that does the bidding of its Political masters, without many of the injustices and unfairness that we now have. Are these not reason enough for us to give them the opportunity to do so?


Maklumat Pemilihan KEADILAN 2010


Maklumat terikini Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 boleh diperoleh di laman web KEADILAN di http://www.keadilanrakyat.org

Maklumat Tatacara Pemilihan Parti: Di sini

Senarai Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Pemilihan Cabang dan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat: Di sini

Senarai Pencalonan Peringkat Cabang / AMK / Wanita bagi Pemilihan KEADILAN 2010: Di sini

Untuk makluman semua ahli. 

Mana-mana ahli yang mempunyai maklumat penyelewengan salah etika dalam pemilihan ini harap dalam berikan butiran tepat kepada blog kerajaanrakyat atau email kepada kerajaanrakyat@gmail.com untuk tindakan susulan.
~~~~~~~~~~~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya

KENYATAAN MEDIA
13 SEPTEMBER 2010

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya


Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.

Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin. Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.


YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia

---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya




Monday, September 13, 2010

Saya Cabar Ketua Polis Negara..!!

Saya tidak mahu bersangka buruk tetapi berdasarkan sejarah lalu, setiap KPN yang baru dilantik akan berbuih mulut melantunkan janji-janji manis untuk memberikan khidmat terbaik berpaksikan undang-undang.

Musa Hasan diawal perlantikannya juga menjanjikan langit dan bumi, tetapi hakikatnya hampas yang diberikan kepada rakyat!!

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar yang memulakan tugasnya hari ini berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat dan negara dengan berpaksikan undang-undang dan bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.

Saya mencabar Tan Sri Ismail Omar untuk membuka kertas siasatan semua kes rasuah dan penyelewengan kuasa yang telah didakwa rakyat terhadap bekas bosnya, Tan Sri Musa Hasan. Kes penyelewengan ini termasuk yang berkaitan pembunuhan Altantuya, kes pemenjaraan DSAI dan kes persengkongkolan Musa Hasan dengan tokey-tokey judi dan 'Along'.

Kepada Tan Sri Ismail Omar, ingatlah dan tolong jangan mendabik dada jika perangai lama PDRM diamalkan dengan hanya berani menangkap dan mendakwa rakyat marhaen, sedang kepala lanun dan perompak sundalan dibiar bebas melayan nafsu..!! Malah rasuah dan penyelewengan dikalangan anggota PDRM sendiri tidak kurang hebatnya!!!






Keyakinan Ibrahim Ali tidak berasas

Seperti yang saya pernah ramal sebelum ini, bagi yang mengetahui pencak silat politik Ibrahim Ali, sememangnya kita tahu Ibrahim Ali ini mempunyai cita-cita sendiri mempergunakan kedudukannya untuk terus relevan sebagai ahli politik di dalam negara ini.

Semalam, Ibrahim menyatakan kesediaan bagi membentuk pakatan politik baru setelah harapannya untuk bertanding sebagai calon Umno ditolak oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah, ramai pemimpin Umno juga menolak kembalinya Ibrahim yang juga Presiden Perkasa ke dalam Umno. Nyatalah Umno kali ini betul dan akur bahawa Ibrahim adalah liabiliti ke atas Umno seandainya diterima kelak.

Keberangan Ibrahim memuncak dan mendakwa dengan bangga bahawa ramai orang Melayu akan meninggalkan Umno jika beliau dan Perkasa tidak diterima oleh Umno. Beliau turut mendakwa sokongan Melayu terhadap Umno yang meningkat semasa pilihanraya-pilihanraya kecil sejak setahun lepas adalah disebabkan oleh Perkasa yang menyokong Umno.

Saturday, September 11, 2010

Salam Eidulfitri Dan Program Sambutan Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:
Sofi & anak-anak.
Kerajaan Rakyat

~ ~ ~ ~ 




 
Program Sambutan Hari Raya dan Hari Malaysia Anjuran Pakatan Rakyat di Sabah
Tarikh : 15hb September 2010 ( RABU)

Program I
I) 7.30 – 11.00 pm -   Jamuan makan malam bersama Pimpinan Pakatan Rakyat  
        Lokasi       -  Putera Theatre Ball Room, Bukit Padang, Kota Kinablalu
    Penceramah  -
1)       YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)       YB Lim Kit Siang
3)       YB Nasaruddin Mat Isa
4)       YB Dr Hew Keng Chieu
5)       YB Teonie Ching
6)       YB Lim Lip Eng

Program 2
II ) 7.30pm- 11.00 malam -  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Ceramah Pakatan Rakyat
                           Lokasi –    Idaman Villa Resort, Putatan, Sabah
Penceramah –  
1)       YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)       YB Lim Kit Siang
3)       YB Nasaruddin Mat Isa
4)       YB Mansur Othman
5)       YB Azmin Ali
6)       YBhg Ahmad Thamrin Haji Jaini.
7)       YBhg Mursalim Bin Tanjul


2) Program Sambutan Hari Malaysia
Tarikh : 16hb September 2010 (KHAMIS)
Tempat : Tambunan dan Keningau
1) 7.30 pagi – Program bermula di Tambunan dengan pelepasan Konvoi Hari Malayisa  2010
2) 9.00 – 11.00 pagi – Ketibaan Konvoi Hari Malaysia 2010 di Perkarangan Letak Kereta          
                                    Bangunan Urusetia, Keningau diikuti dengan:
                                    i) Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
                                   ii) Pembacaan Semula Pemasyuran Hari Malaysia
                                      oleh Pengerusi Borneo Heritage Fund - YBhg Datuk Dr Jeffrey G Kitingan
                                  iii) Doa khas cara Islam
                                  iv) Doa oleh Bishop Gereja Katholik Pendalaman
3)  1.00 – 4.00 ptg –  Acara memperingati Perjanjian Pembentukan Malaysia
                Tempat -    Restoran Pelancongan Pendalaman, Merarau, Keningau
                 Amanat Patriotik Oleh :
1)       YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2)       YB Lim Kit Siang
3)       YB Nasaruddin Mat Isa
4)       YBhg Datuk Kalaku Untol
5)       YBhg Datuk Jeffrey Kitingan


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Tuesday, September 7, 2010

Pandangan YB Nurul Izzah menyengat dan mengena tepat pada sasaran

KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan
Melayu' dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang
mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

DR SYED HUSIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Dihantarkan kepada anda melalui

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Friday, September 3, 2010

Fitnah Ciptaan Mahathir dan Juak UMNO Terbongkar Lagi

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin memberitahu bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau terpaksa menanggung kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham dalam Realmild (M) Sdn Bhd yang didakwa dibelinya adalah kepunyaan Umno.

Rahman berkata beliau dimaklumkan dan diarahkan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir 2001 untuk memindahkan semua saham atas namanya kepada nama Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail tanpa sebarang soalan.

-----------------

Realmild- 70% Atas Nama Dr Mahathir

Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di mahkamah tinggi KL, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya.

Hal sedemikian terbongkar semula dalam keterangan Abdul Rahman Maidin dan Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah dalam kes saman Datuk Khalid Ahmad terhadap Datuk Abdul Rahman Maidin. Saya bersyukur kehazrat Allah kerana fitnah terhadap saya yang sekian lama menjerat pemikiran sebahagian pendukung Umno kini terbongkar.

ANWAR IBRAHIM



Wednesday, September 1, 2010

Tim. KM Sabah letak semua jawatan parti termasuk jawatan naib presiden berkuat kuasa serta-merta

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut ADUN Karamunting itu, keputusan sukar berkenaan terpaksa dibuat berikutan tindakan LDP untuk menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.