Followers

Pages

Sunday, October 31, 2010

Batu Sapi: Boss cakap kena letak bendera BN

Maka betullah ungkapan bidalan Melayu; "Sekali air bah, sekali pantai berubah".

Boss cakap kena letak bendera BN,
kalau tak lain kali susah dapat projek
 Bila ada pilihan raya, maka sibuklah jentera pencacai Barisan Nasional meneruskan agenda menipu rakyat dengan wayang pembangunannya.

Alhamdulillah saya berada di Sandakan antara 26 Oktober hingga semalam 30 Oktober, dan akan kembali ke sana petang ini sehinggalah hari membuang undi pada 4 November untuk membantu calon KEADILAN Hj. Ansari Abdullah.


Ada pelbagai kisah menarik sepanjang kempen tersebut (bukan hanya kisah jeti roboh!).

Pesawat bawa bungkusan bom dari Yaman

`

DIPAKSA MENDARAT UNTUK DIPERIKSA: Sebuah pesawat Emirates Airline (kanan) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, kelmarin. Pesawat yang berasal dari Yaman itu dipintas dua jet pejuang tentera sewaktu memasuki ruang udara Amerika Syarikat kerana disyaki membawa bungkusan bom. - Foto AFP

WASHINGTON: Para pegawai keselamatan Amerika Syarikat semalam mencari bungkusan yang mencurigakan dalam pesawat-pesawat awam selepas Presiden Barack Obama berkata dua bungkusan berasal dari Yaman mengandungi bahan letupan dan merupakan 'satu ancaman pengganas'.

Saturday, October 30, 2010

Penipuan dan Penyamaran PRK Galas Hanya Jika Terpaksa!

`
"Jika terpaksa buat untuk mendapatkan sokongan, Umno-BN akan tawarkan sogokan kepada pengundi-pengundi di sini.

"Malah saya percaya Umno-BN akan menghantar petugas-petugas mereka untuk menyamar sebagai pengundi ketika hari pengundian nanti (4 November).
"Ini memang amalan tradisi Umno-BN, bila terpaksa mereka akan beli undi untuk menang," tegasnya kepada pemberita.

Galas: Perjanjian Antara PAS dan Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh Hamzah

"Bukan semua orang PAS boleh cakap isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi, baru boleh cakap,"

Pemilihan KEADILAN 2010: KENYATAAN DARI Saifuddin Nasution

KENYATAAN MEDIA:
29 OKTOBER 2010

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini telah bermula pada hari ini dengan memperlihatkan 9 cabang-cabang KEADILAN di negeri Kedah dan Kelantan mengadakan pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN masing-masing.

9 cabang-cabang utama ini adalah Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Friday, October 29, 2010

Gantikan sahaja sistem PTPTN dengan biasiswa


AHLI PARLIMEN
KONSENSUS BEBAS

Merujuk kepada Laporan Audit Negara perihal kelemahan urus tadbir Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang amat ketara adalah sesuatu yang sangat dikesalkan.

Konsensus Bebas mengulangi pendirian mendesak kerajaan untuk mengkaji semula sistem pinjaman pembiayaan PTPTN dengan digantikan kepada biasiswa atau dermasiswa. Konsensus Bebas berpendirian bahawa adalah menjadi hak rakyat untuk mendapat pendidikan sempurna, dan pada masa yang sama adalah tanggungjawab utama kerajaan untuk menyediakan pendidikan terbaik untuk rakyat.

Thursday, October 28, 2010

PKR: betulkan jentera parti dulu baru berangan untuk ke Putrajaya

Sekebelakangan ini pekong, keladak dan najis Parti Keadilan Rakyat semakin terselah. Saya perhatikan, parti baru pertama kali mengadakan pemilihan dengan kaedah yang amat terbuka dan setelus mungkin (inilah gambaran luar yang cuba digarapkan oleh PKR).

Agenda perubahan, Agenda mengangkat martabat nusa bangsa. Agenda mengangkat ekonomi Melayu, ekonomi India, ekonomi Cina dan ekonomi seluruh rakyat marhaen! Hebat agenda Parti Keadilan Rakyat.

Opp!!! nanti dulu PKR.... sabar, sebelum lebih ramai rakyat menyampah kepada parti yang berangan tinggi melangit dengan seribu satu agenda, tolong betulkan parti sendiri. Setiap kali pilihan raya diadakan, PKR lah yang paling banyak bersungut, memperlekehkan SPR dengan berbagai cemuhan. Nah sekarang, nak uruskan pemilihan sendiripun .... dah macam bau najis babi...!!

Ingatlah PKR, kalau parti sendiripun berkeladak, jangan berangan untuk menawan Putrajaya...!!!

Wednesday, October 27, 2010

Batu Sapi: Sejauh manakah peluang PKR?

`
Oleh: Shaharul Shafie

Sesungguhnya seperti yang disangka, pilihanraya kecil Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Parti Bersatu Sabah (PBS) yang mewakili Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Maju Sabah (SAPP). Namun begitu, yang tidak disangkakan ialah pemilihan peguam terkenal, Ansari Abdullah sebagai calon PKR.

Penulis boleh berkata berdasarkan maklumat-maklumat yang boleh dipercayai, Ansari bukannya pilihan bagi ahli-ahli PKR di cabang Batu Sapi sendiri. Pemilihan Ansari yang dikatakan mengejutkan semua pihak terutamanya ahli-ahli PKR Batu Sapi sendiri pada hari pengumuman calon di sebuah program PAS didakwa mempunyai pengaruh dari DAP sendiri ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Wallahualam.

Kenyataan Setiausaha Agung Kepada Semua 400,000 Anggota KEADILAN

`
KENYATAAN MEDIA

27 OKTOBER 2010

Pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat akan bermula pada 29 Oktober hingga 21 November, selama sepuluh hari bagi semua cabang-cabang KEADILAN di seluruh Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Saya ingin menyeru semua 400,000 anggota KEADILAN yang layak mengundi dalam Pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti.

Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional.

Pada masa parti-parti Barisan Nasional masih lagi terbelenggu dengan budaya politik kolot dan ketinggalan zaman, KEADILAN sekali lagi mencipta pembaharuan dengan membudayakan semangat politik baru.


SAIFUDDIN NASUTION
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Kerugian RM1.45 Billion: Pengurusan KTMB Tidak Cekap

PENDIRIAN BERSAMA (COMMON STAND)

AHLI-AHLI PARLIMEN KONSENSUS BEBAS
Tarikh: 26 Oktober 2010

Kerugian RM1.45 billion mencerminkan ketidakcekapan pengurusan KTMB

Konsensus Bebas bermengkal hati apabila membaca kerugian berjumlah RM1.45 billion yang ditanggung oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Hakikatnya, kerugian ini ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibiayai oleh wang dan dana rakyat. Begitu teruk sekali situasi KTMB, sehinggakan Ketua Audit Negara melaporkan bahawa prestasi kewangan KTMB “mengecewakan”.

Secara ringkasnya, kerugian ini berpunca dari kos operasi yang naik mendadak, dan secara keseluruhannya, mencerminkan ketidakcekapan pengurusan KTMB.

Tuesday, October 26, 2010

Rutin sebagai Wakil Rakyat

`
Ramai yang bertanya kepada saya, sebagai wakil rakyat, apakah tugas saya? Apakah rutin seharian saya?

Sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor, tugas saya ialah menggubal undang-undang bagi negeri Selangor. Tetapi DUN hanya bersidang kira-kira tiga minggu dalam setahun. Bagaimana pula di luar Penggal DUN?

Monday, October 25, 2010

Baca Kisah Israel, Teringat Umno

`

Paderi Katolik gesa PBB bantu henti pendudukan Israel
Zionis + Umnoism = UmnoApco

BANDAR VATICAN: Sekumpulan paderi Katolik di Timur Tengah menggesa Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) supaya membantu menghentikan pendudukan Israel di tanah-tanah Arab pada akhir satu mesyuarat yang dipengerusikan Paus Benedict XVI, lewat kelmarin.

Dalam satu kenyataan di akhir mesyuarat selama dua minggu itu, para paderi dan pemimpin gereja Katolik di rantau itu berkata rakyat Timur Tengah 'menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya PBB, supaya berusaha dengan cermat ke arah satu penyelesaian secara aman, adil dan muktamad di rantau ini, melalui penggunaan resolusi Majlis Keselamatan dan mengambil langkah yang sah bagi mengakhiri pendudukan di beberapa wilayah Arab'.

Konsensus Bebas menyatakan rasa marah dan kesal

`
PENDIRIAN BERSAMA (COMMON STAND)
AHLI-AHLI PARLIMEN KONSENSUS BEBAS
Tarikh: 25 Oktober 2010

Skandal bekalan makanan sekolah, hospital dan kem tentera: satu perbuatan yang keji dan tidak bertanggungjawab

Konsensus Bebas menyatakan rasa marah dan kesal yang amat sangat apabila membaca Laporan Audit Negara 2009. Di dalam laporan tersebut, terdapat kes-kes melibatkan beberapa syarikat pembekal makanan swasta yang didapati membekalkan makanan dan bahan makanan yang tidak menepati piawaian dan spesifikasi kontrak. Kes-kes tersebut membabitkan pembekalan makanan kepada murid-murid sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), hospital dan kem tentera.

Its a deal... rite?

`
Here come our premier !!


Galas and Batu Sapi ~ be extra careful !!!



R. Gunasegaran’s death: Released by R.Sivarasa

`

R.Sivarasa

25 OKTOBER 2010

I view with extreme outrage and concern at the Cononer’s “open verdict” in R.Gunasegaran’s death in police custody inquest – the latest in the long list of inquests where the magistrates acting as coroners have failed to discharge their duties to impartially inquire into the cause of death and find the perpetrators involved.

Coroner Siti Shakirah Mohtarudin like so many other previous coroners, went out of her way to protect the policemen and the hospital personnel involved in covering up for the police – in order to cast doubt into the cause of death so that an “open verdict” can be found. This effectively meant that the police are not to be blamed as the cause of death was not determined.

Suruhanjaya Pembutuhan Rasuah Malaysia

`


Dia ni tiada kena mengena dengan cerita SPRM.
Donald Trump kata dia ni perempuan paling lawa 2010

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lalu.

Menurut satu kenyataan, setakat ini, tiga individu telah didakwa di mahkamah, empat laporan SPRM dikemukakan kepada ketua jabatan berkenaan dengan cadangan prosiding tata tertib terhadap pegawai terlibat, lima surat nasihat dikeluarkan kepada jabatan berkaitan serta lima kajian sistem dan prosedur bagi menutup sebarang ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan.

"Kes-kes siasatan yang ditutup tanpa sebarang tindakan pula adalah disebabkan sama ada tiada perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan jenayah atau kerana tiada keterangan bagi mencadangkan sebarang pertuduhan," katanya. - Bernama


Soalan ~ Siapa yang tiada perlakuan jenayah?




Pesanan 1st Lady Kepada Pengundi Galas & Batu Sapi

`

Umno's First Lady

Bersemangat mangkok berayun ni beri peringatan kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi.



Sunday, October 24, 2010

Pengumuman calon PR Batu Sapi


Pengumuman calon PR Batu Sapi akan dibuat hari ni Ahad 24hb Oktober jam 5 petang di Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan pimpinan PKR.


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

~ ~


Saturday, October 23, 2010

Galas: Sekali, Dua kali, Tiga kali

`
Fikirlah sampai 1000 kali pun.

Pengundi Galas Pilih PAS !!!
UMNO TERBUKTI PENGKHIANAT
Jangan biarkan diri anda terus ditipu oleh Umno.
Sikap dan perangai Umno hanya menyalahkan orang lain.
 
Semak status tempat mengundi anda di sini.

Emailkan post ini kepada semua yang ada dalam senarai email anda

Friday, October 22, 2010

KENYATAAN MEDIA: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat

`
KENYATAAN MEDIA:
22 OKTOBER 2010


Biro Politik Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Oktober 2010 telah memutuskan untuk mengenepikan keperluan anggota membayar yuran tahunan bagi turut serta dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN 2010.

Keputusan ini dibuat atas semangat meraikan demokrasi dalam reformasi satu anggota satu undi yang mula dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang-Cabang KEADILAN baru-baru ini.

Diharapkan dengan keputusan ini, anggota-anggota KEADILAN dapat turut sama dalam proses Pemilihan KEADILAN 2010.



SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Penangguhan Pemilihan KEADILAN di Sabah

KENYATAAN MEDIA
22 OKTOBER 2010

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat pada 20 Oktober 2010 telah bersetuju menangguhkan Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN di Sabah yang akan dijalankan pada 30 - 31 Oktober kepada 6 - 7 NOVEMBER memandangkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi berlangsung pada 4 November.

Ini untuk memastikan seluruh pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah dapat menumpukan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Semua Pemilihan di cabang-cabang yang lain akan berlangsung sebagaimana dijadualkan.


SAIFUDDIN NASUTION
SETIAUSAHA AGUNG

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya


Jilat Kencing dan Sedut Lendir

Banyak Mufti yang bersikap seperti hanjing... para mufti di Malaysia dilihat lebih takutkan pemimpin Umno daripada Allah swt. Segala kesialan dan perbuatan mempersendakan Islam yang dilakukan oleh pemimpin Umno dibiarkan berleluasa tanpa apa-apa bantahan resmi daripada Mufti. Mereka jadi bisu kerna banyak menjilat kencing dan menyedut lendir Umno!!!


RM1 Billion revenue!! SO VOTE FOR THE RIGHT PARTY!

`


YAB Saudara Lim Guan Eng
Congrats to all the people of Penang...

PENANG EXCEEDED RM1 Billion revenue in 2009 1st time in 52 years

I don't think this good news will appear in our local newspapers afraid that their license may be revoked if they do publish this news. Please email this news to all in your mailing list so that they know which party to vote for during the coming 13th General Election. You must take into account your children and/or grandchildren's future, SO VOTE FOR THE RIGHT PARTY!

Congratulations to Penang!!!
Congratulations to all the People of Penang for voting in a better govt.

While Pahang which is governed by Barisan Nasional for past 52 years is facing bankruptcy. Penang is praised by Global Anti-Corruption watchdog Transparency International for its anti corruptions efforts.

What makes Malaysia all of a sudden to be ranked on 47 out 180 countries ?

Thursday, October 21, 2010

Hi Najib!! yang hendak diubah bukan hak Melayu lah bangsat !!

`

Inilah mahligai bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh Umno.
Dasar Umno haramjadah. Hak Melayu, hak rakyat dirakus hangus
oleh pemimpin Umno yang bicaranya penuh dengan dusta!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima oleh semua kaum negara ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

Katanya, polemik berhubung isu kerakyatan selepas merdeka dan hak istimewa orang Melayu sudah menjadi perdebatan akademik kerana ia sudah terpateri kemas.
~ ~ Ini betul-betul haramjadah punya kenyataan dari seorang penipu tegar bernama Najib Razak

..... Hak Melayu terkunci kemas..? ~ ~ Mana perginya kampong-kampong tradisi Melayu seperti Kampung Puah Seberang, Kampung Puah, Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Sungai Mulia di sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan?

~ ~ Tanah Rezab Melayu telah di gazettekan dan dilindungi dibawah Artikel 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan tetapi Kerajaan haramjadah Umno/BN telah merampasnya dan menjualnya kepada tokey-tokey Cina yang menjadi kroni mereka.

1000 Kali Lebih Baik Umno Jika Dibandingkan Dengan PKR !!!

Samada dia akan berubah atau tidak itu bukan persoalannya tetapi sikap mengaku kesilapan yang dinyatakannya adalah sesuatu yang amat dihargai.

Terus terang, saya kurang yakin, sepertimana saya juga tidak yakin kepada sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat! Saya juga lebih tidak yakin Umno akan berubah ke arah kesempurnaan!

Saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyakini samada Pergerakan Pemudanya, Puterinya, Wanitanya, maupun badan induknya sendiri.

Beratus, mungkin juga beribu janji, ikrar dan sumpah yang telah dilafaskan oleh Umno sejak merdeka hingga kini, malangnya banyak sumpah yang menjadi sampah. Banyak janji yang akhirnya dikeji. Banyak ikrar yang mereka sendiri mungkiri.

Justeru, peringatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kepada partinya hanyanya retorik yang sememangnya menjadi amalan Umno sejak dulu, kini dan selamanya.

Walau bagaimanapun 10 sifat dan sikap yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin tidak juga banyak bedanya dengan yang bersarang di batang tubuh ramai penyokong, ahli malahan lebih senak sarangnya dikalangan pemimpin PKR sendiri!!!

Response to Zaid Ibrahim’s statement “Empowering Keadilan”

`

I view with incredulity Zaid Ibrahim’s latest unkind salvo against Parti Keadilan Rakyat (PKR), which I sometimes think he forgets is the party he currently belongs to and is in running for Deputy President. It is very irresponsible and even malicious for him to suggest that PKR seems to be a one issue party – keen only to champion Anwar Ibrahim and his ongoing trial.

This myth he knows is not true and is something that we normally only hear from UMNO-BN politicians. Over the last decade or so, PKR has grown tremendously and has played a major part in forging the Pakatan Rakyat alliance while espousing its true multi-racial brand of progressive politics, leading to the Pakatan Rakyat’s Common Policy Platform which we believe will pose a strong challenge to the BN in the next general election.

Wednesday, October 20, 2010

Menara Warisan ~ alasan “Pak Pandir”

`

Gambar - tapak cadangan pembinaan Menara Warisan

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan, beliau tidak mengarahkan membina Menara Warisan , sebaliknya ia dicadang oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ini adalah alasan “Pak Pandir” dan melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Kenyataan ini seolah-oleh hendak melepaskan bebanan ini kepada PNB, bukannya kepada beliau. Kerana ia mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom.

Al Farabi cendekiawan Islam pelbagai bidang

`

This is view of Rauza e Rasool (P.B.U.H),
which is not open for visitors/Zayeriens perhaps not even 0.1%
Muslims had the opprtunity to see this view.
May ALLAH bless all of us.( Ameen )

Abu Nasr Al Farabi juga dikenali di barat sebagai Alpharabius merupakan pakar dalam pelbagai bidang dan merupakan salah seorang saintis dan ahli falsafah agung di Iran dan dunia Islam pada zamannya.

Beliau yang lahir pada 872 Masehi juga merupakan seorang ahli kosmologi, logik, ahli muzik, psikologi dan sosiologi.

Asal usul dan susur galur Al Farabi tidak pernah direkodkan semasa hidupnya secara jelas tetapi berdasarkan kepada khabar angin atau tekaan semata-mata.

Tuesday, October 19, 2010

Kenyataan Media Jantan-Jantan Jalang


Kenyataan Media berikut diyakini telah dibuat setelah lima ekor katak yang menjalang di Parlimen rasa selesa setelah disogok dengan jutaan ringgit oleh presiden Bani Umno. Muka-muka haramjadah yang kerjanya menipu rakyat dan menjilat lendir rosma!!


KENYATAAN MEDIA
Untuk Edaran Segera
Tarikh: 19 Oktober 2010


Lima ekor katak haramjadah!!!
Bila maruah diri boleh dibeli...
Kenyataan haramjadah sunggup diberi...
Disogok dengan duit dan puki...
Kopiah jadi penghias diri...

Kegagalan membentangkan Belanjawan Alternatif mencetekkan 'Political Discource' dan merencatkan demokrasi
Konsensus Bebas mengambil maklum ucapan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa perbahasan Belanjawan 2011 di Parlimen pada 18 Oktober 2010. Kritikan beliau mengenai projek-projek mega sedikit sebanyak konsisten dengan Pendirian Bersama Konsensus Bebas yang telah disiarkan pada 16 Oktober 2010. Walaubagaimanapun, Konsensus Bebas berasa kesal Ketua Pembangkang tidak membuat penilaian menyeluruh bagi Belanjawan 2011, tetapi hanya sekadar mengupas beberapa perkara tertentu untuk menaikkan profil politiknya yang semakin tenggelam.

Kesepakatan Pakatan Rakyat

`

PAS, PKR, DAP = PAKATAN RAKYAT
“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan (pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November ini) dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.

“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” ~ Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu.


Pemimpin Pakatan Rakyat

Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Hiew King Cheu dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi.





A key veteran politician got fed up, quit Umno

`
KOTA KINABALU – A key veteran politician who brought Umno into Sabah, Datuk Karim Ghani, announced he quit the party today.

Datuk Karim Ghani ~ got fed up with Umno
Karim was among former United Sabah National Organisation (Usno) leaders, including the late Tun Datu Mustapha Datu Harun (who founded Usno), who played a part in bringing Umno into the state in the 1990s. Usno was disbanded to make way for Umno.

He said he had sent his resignation letter to the Umno headquarters in Kuala Lumpur and the party’s state office here, earlier today.

“I quit Umno with immediate effect today. I stick to my final decision and in the meantime, I will remain partyless until I find the right political party to join,” he told a news conference here.

Karim said he got fed up and was disillusioned with Umno’s failure to fight for Sabahans’ rights and welfare.

Monday, October 18, 2010

Unmasked! Taib The Godfather

`


Classic Car on Standby - Vintage Ferrari kept ready for
Chief Minister's occasional visits to 43 Presidio Avenue.
Son Rahman Taib, who shared his father's interest
requested a 4,000 square foot garage
to house his car collection in the States


Sarawak Report has uncovered devastating documents which prove that Abdul Taib Mahmud, Sarawak’s Chief Minister, is the real owner of millions of dollars of property assets held in the name of family members abroad.

The damning discovery lays bare a system of private deals, which enabled the Chief Minister to conceal his true ownership of the properties. This was presumably in order to hide the extent of his enormous wealth, for which he has yet to provide any legitimate explanation.


Held in trust by private agreement - 50% of the shares of Sakti International,
worth approximately US$ 40 million.


Under the system, whilst it is Taib’s relatives who are publicly registered as the official shareholders and directors of the companies owning the properties, a separate, private agreement ensures that the shares are actually held in trust for him.

Special Message From Parti Keadilan Rakyat

`


Latheefa Koya

Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)’s Special Message in Conjunction with World Food Day on 16 October 2010
18 October 2010

Keadilan in conjunction with World Food Day on 16 October 2010, wishes to remind the Government that it should prioritise the food security of all Malaysians and that no one including the poorest communities like farmers, fishermen and the indigenous people should have food insecurity.

The Government instead of planning unnecessary mega projects with no clear benefits to the people should instead invest and make long term plans to ensure the food security of everyone, and certainly not withdraw food subsidies for essential food items like sugar. The Government is not interested in committing into genuine efforts to ensure food security and adequate nutrition to its vulnerable communities but instead seems to be only keen to conduct promotional and superficial programs such as the 1Malaysia Milk Program.

Sunday, October 17, 2010

PERINGATAN Untuk Ahli PKR: Bangkitnya kerna dikhianati

`


Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden
yang paling wajar diberi sokongan padu. ~ Kerajaan Rakyat

Zaman gadisnya, dicelupari
Zaman remajanya, dikhianati

Semasa gadis sebaya bebas ke sana sini
Semasa remaja seusia ria bersama keluarga

Kebebasannya direntap oleh pendusta
Kebahagiaannya diragut oleh penguasa

Senyumnya manis, hatinya bergelora
Tuturnya sopan, semangatnya membara

Dia faham erti kesengsaraan
Kerna kesengsaraan adalah dia
Dia mengerti maksud penderitaan
Kerna penderitaan adalah dia

Dengan semangat membara
Dengan hati bergelora

Bangkitnya menghapus sengsara
Perjuangannya penebus derita
Bukan untuk dirinya
Bukan juga untuk Papanya

Perjuangannya untuk rakyat jelata
Perjuangannya untuk Nusa dan Bangsa
Perjuangannya untuk Agama tercinta

Tajam tintanya bukan untuk Anwar
Petah tuturnya bukan untuk Papa

Langkah juangnya demi Rakyat demi Nusa
Pantas tindaknya demi Agama demi Bangsa

Semangat juang disusurnya langsung
Perjuangannya kami turut menyongsong


Salaam Perjuangan
Kerajaan Rakyat


Nota: Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden yang paling wajar diberi sokongan padu.


Saturday, October 16, 2010

'Hand Picked' Anwar Ibrahim Berspesis Malaun..!!!

`

Sekalipun saya menghormati pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan Naib Ketua AMK, tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh sdra MOHD RAFIZI RAMLI (di bawah) membuatkan saya rasa meluat!!

Kenyataannya membawa maksud seolah-olah mereka yang meneruskan hasrat untuk bertanding mengutamakan kepentingan peribadi. Sekiranya sdra MOHD RAFIZI RAMLI benar-benar ikhlas memperjuangkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan peribadi, maka kenyataan hodoh dan berbau menghina calon lain tidak wajar dikeluarkan.

Sdra Rafizi, katakan saja bahawa sdra telah berbau akan tewas dan saudara takut malu kerna tewas dalam pertandingan setelah nama DSAI dijaja, maka lari daripada medan perjuangan adalah helah terbaik buat saudara!

Kononnya dengan memberi alasan ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 maka sdra mengambil tindakan menarik diri adalah satu helah yang amat memualkan!! Bukankah saudara dengan bantuan YB Nik Nazmi adalah orang yang terawal mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua AMK? Apakah semasa hasrat untuk bertanding malahan sepanjang kempen saudara yang begitu rakus untuk merebut jawatan Ketua AMK sehingga lupa semangat dan matlamat perjuangan parti? Atau saudara sememangnya tidak menghayati perjuangan parti?

Saudara kata: "Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda."

Hello!! .. apa yang sdra luahkan itu adalah bayangan perasaan irihati dan ego saudara! Rafizi, anda adalah manusia yang memakan daging rakan sendiri ...!!!   



Nota: Bersandar dan menempel pada nama Datuk Seri Anwar Ibrahim BUKAN lesen untuk dipandang sebagai perjuang!! Kepada Saudara Anwar Ibrahim, kepadakah banyak sangat 'hand picked' saudara yang berkeladak dan haprak berspesis malaun?



KENYATAAN HODOH MOHD RAFIZI RAMLI
(Tewas sebelum berjuang)

MOHD RAFIZI RAMLI
HAYATI PERJUANGAN DENGAN MELETAKKAN KEPENTINGAN PARTI DI ATAS KEPENTINGAN PERIBADI

Generasi Reformasi memulakan kempen dengan objektif utama untuk membawa isu-isu dan program utama yang perlu diangkat AMK untuk sampai ke Putrajaya. Ini termasuklah menjaguhi isu-isu yang dekat dengan anak muda, fokus kepada pembinaan organisasi dan menyiapkan barisan pimpinan muda yang baru.

Sepanjang kempen, kami telah tekankan bahawa matlamat akhir Generasi Reformasi bukanlah untuk merebut jawatan tetapi memastikan barisan kepimpinan baru AMK mengambil kira isu-isu dan program utama ini. Tanpa penglibatan Generasi Reformasi dalam pemilihan kali ini, besar kemungkinan kempen pemilihan berkisar sekitar individu dan bukannya isu-isu anak muda.

Ketua cawangan Umno didakwa buat tuntutan palsu

`

UMNO ~ Parti Yang MENIPU BANGSA MELAYU

KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK)menghadapi pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa. Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tertuduh, 56 hadir di Mahkamah diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha.

Terkejut Ditarik Gelaran, Ibrahim Ali Jalani Pembedahan Jantung


Raja Katak

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Liverpool sold

`


LONDON - NEW England Sports Ventures (NESV), owners of baseball's Boston Red Sox, completed their acrimonious 300 million pound (S$622 million) takeover of Liverpool Football Club on Friday.

John W Henry's NESV group were able to take control after previous co-owners Tom Hicks and George Gillett were defeated in their legal battle to stop the takeover, withdrawing their temporary restraining order to block the sale.

Friday, October 15, 2010

Ada menyamar jadi Sultan. Ada menyamar jadi beruk

'
Polis Siasat Perbuatan Hina Sultan Johor Dalam Facebook

JOHOR BAHARU: Polis telah memulakan siasatan terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook berhubung pengurniaan kenderaan milik baginda kepada Polis Diraja Malaysia pada Isnin lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan dibuat selepas polis menerima satu laporan mengenai laman Facebook itu pada 4.33 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Ditanya tentang kes seorang individu menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, juga menerusi Facebook, Mohd Mokhtar berkata kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya baru-baru ini. - BERNAMA

Kenapa tak siasat yang menyamar jadi beruk?

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.


Apa sebenarnya jawatan mangkok ayun ni?

Ini kerana menurut Zuraida, tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

“Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?

“Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang ‘adhoc’.


Bumbung Istana Runtuh ~ Raja Cedera Parah

`
Kuala Lumpur. 15 Oct. 2013 ~ Bumbung Istana Negara yang baru siap pembinaannya dua tahun lalu runtuh dan menghempap raja yang sedang lena beradu setelah penat bermain golf petang semalam.


Kos pembinaan Istana Negara ini meningkat kepada RM811.2 juta

Tidak mustahil berita ini akan menjadi tajuk utama akhbar jika kerajaan Umno/BN terus dibiarkan mentadbir negara. Ke manakah perginya pahlawan Melayu, kenapakah membisu atau dia turut bersekongkol dalam pengkhianatan ini

Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

Kenyataan Akhbar DSAI pada Khamis 14 Okt 2010

SKANDAL PROJEK PEMBINAAN ISTANA NEGARA

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30 Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26 Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29 November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.

Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

Gaji Minima: Perlu Keazaman Politik dan Perubahan Menyeluruh

Parti Keadilan Rakyat menyambut baik berita bahawa Kabinet akan membincangkan cadangan gaji minima untuk pekerja-pekerja di Malaysia hari ini.

KEADILAN juga mengalu-alukan sokongan Pemuda BN terhadap gaji minima.

Harapan KEADILAN adalah agar ini bukan satu lagi angan-angan Mat Jenin, tetapi wujud keazaman politik untuk Kerajaan melaksanakan dasar ini.

Sekian lama pekerja-pekerja terutamanya menerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah memperjuangkan dasar gaji minima bagi membela kebajikan pekerja.

KEADILAN telah menjadikan gaji minima sebagai antara 5 manifesto utama pada Pilihan Raya Umum 2008. Komitmen melaksanakan gaji minima juga telah dimeterai oleh Pakatan Rakyat menerusi Dasar Bersama yang diluluskan Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada tahun lepas.

Thursday, October 14, 2010

Kenyataan media ~ Membujur Lalu Melintang Patah

`
Kenyataan media
13 Oktober 2010


Badrul Hisham Shaharin + YB Lih Kang.

Saudara /saudari sekelian – selamat datang;

Kami menyokong pencalonan Azmin Ali
Kami menyokong pencalonan Khalid Ibrahim
Kami menyokong pencalonan Zaid Ibrahim
Kami menyokong pencalonan Mustapha Kamil Ayub

Mereka adalah induk puncuk pimpian KEADILAN. Ketrampilan mereka adalah ketrampilan KEADILAN. Kekuatan mereka adalah kekuatan KEADILAN.

Ketika ini KEADILAN sedang menganjurkan dan meluaskan ruang demokrasi. Semua anggota KEADILAN telah diperkasa dengan hak mereka memilih pimpinan dari yang paling rendah hingga tertinggi,dari cabang hingga ke pimpinan pusat.

Syabas ! Kerana KEADILAN lah parti pertama dalam negara ini yang mengotakan dan menterjemahkan konsep dan idea demokrasi sebenar.

Pemilihan ini adalah kami ibaratakan BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT .

Dedah Akaun Calon dan Cat Jari Demi Integriti Parti

`
Laksana Pembaharuan Institusi (Institutional Reform),
Dedah Akaun Calon dan Cat Jari Demi Integriti Parti




Assalamualaikum dan salam mesra,

Sempena proses pemilihan peringkat pusat dengan pengesahan calon-calon bertanding pada 16 Oktober ini, saya mencadangkan supaya semua calon yang bertanding mengisytiharkan harta serta belanjawan masing-masing.

Boleh dikatakan sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, oposisi mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin UMNO/BN mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun masing-masing dan belanjawan pilihan raya masing-masing sempena pilihan raya. Malah, kita juga mendesak pihak berwajib seperti SPR dan SPRM supaya menyiasat beberapa pemimpin UMNO/BN yang kita anggap tiada integriti.

Cabaran dan desakan ini semata-mata kerana kita mahu melihat proses pilihan raya dan demokrasi berlangsung secara bersih, bebas dan adil.

Apa yang kita cadangkan serta desakan ini, bagi saya adalah suatu pembaharuan institusi (institutional reform) - iaitu kita mereformasi sistem yang sedia ada supaya mengangkat pemimpin yang adil dan bersih.

Pengalaman menentang korupsi Tun Dr. Mahathir Mohammed pada era Reformasi tersebut akhirnya masih mengangkat seorang peribadi korup yang lain iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Penentangan massa ke atas Abdullah akhirnya tetap mengangkat seorang peribadi yang juga korup, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penentangan ini senantiasa tidak menyebelahi rakyat untuk mengangkat seseorang yang adil, bersih dan demokratik selagi kita tidak membawa suatu pembaharuan institusi dalam sistem pilihan raya negara.

Kita gagal membenamkan parti rejim jua sebenarnya ekoran kita gagal membawa pembaharuan institusi (institutional reform) terlebih dahulu ke dalam negara.

Sebab itu, rakyat perlu menganggap beberapa tuntutan BERSIH ke atas SPR menjelang PRU12 lalu sebagai suatu pembaharuan institusi.

Institusi yang direformasi menjadi bebas, adil dan demokratik pastinya akan mengangkat kepemimpinan yang integriti, adil dan demokratik.

Sekarang kita tidak mampu melakukan semua pembaharuan institusi ini di dalam kerajaan; khususnya SPR kerana kita masih tidak berpeluang mendapat mandat rakyat.

Tetapi, kita khususnya JPP mempunyai kuasa untuk membuktikan bahawa semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara, dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat.

Biar dunia melihat bahawa semua cadangan pembaharuan institusi (institutional reform) ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam Malaysia dengan melihat pelantar ujian kita.

Yang terjejas, mungkin pemimpin yang melakukan korupsi atau menyalahguna kuasa sahaja.

Rosmah's status: Fatty Lady Boom Boom

`
KUALA LUMPUR - Constitutional expert Dr Abdul Aziz Bari, responding to intense discussion about the country's 'First Lady' title, has pointed out that the Federal Constitution clearly named the Raja Permaisuri Agong as the country's rightful ‘First Lady’, and not the wife of the prime minister.


Fatty Lady Boom Boom

Quoting Article 32 (2) of the constitution, which states that “The Consort of the Yang di-Pertuan Agong (to be called the Raja Permaisuri Agong) shall take precedence next after the Yang di-Pertuan Agong over all other persons in the Federation,” Aziz suggested that the current usage of the term to refer to Rosmah Mansor, wife of Najib Razak, especially in the ongoing First Ladies Summit in Kuala Lumpur, could be constitutionally wrong.

"It seems the issue has been ignored although many parties namely constitutional experts, lawyers and others had conveyed their opinions," said Aziz.

Wednesday, October 13, 2010

SAIFUDDIN NASUTION: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) diancam dan diugut

`
KENYATAAN MEDIA
13 OKTOBER 2010

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010.

Setelah dibincangkan, berikut adalah keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat :

o Pemilihan Cabang Subang pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang 2010 dibatalkan berikutan ancaman dan ugutan yang diterima oleh pengawas-pengawas pemilihan dan petugas-petugas serta ahli JPP, Sdr Sabaruddin Mohd Yassin.

o JPP juga telah memutuskan dua individu iaitu Saudara Muhammad Najmi Samsudin (no ahli B160000934) dan Saudara Sivam a/l Veeramuthu (no ahli B160000800) telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat Ibu Pejabat Parti

o Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bilamana mereka akan dipanggil memberi keterangan. Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuatkuasa sertamerta.

SAIFUDDIN NASUTION
Setiausaha Agung

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Padan Muka Kau..!!

Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Dusta mereka masih beraksi

`


Setenang air di kali
Aku menyendiri
Melihat lahapnya api
Rakus memamah diri

Aku yang bernama lelaki
Menjerit tiada yang peduli
Merintih >.. diinjak dicaci
Meronta > .. diikat digari

Sungai mengalir dihati
Mengamati hati yang mati
Justeru harta yang mereka hajati
Darah sunggup mereka jilati

Bukan kerna nafsu lelaki
Silapnya tangan dan jejari
Justeru silap memberi undi
Nusa tergadai, agama diperjudi

53 tahun masa diberi
Terlahir sudah 3 generasi
Jutaan janji telahpun basi
Dusta mereka masih beraksi

Walau duri memagari diri
Aku masih tetap berlari
Mempertahan yang hakiki
Sebagai bekalan generasi
Agar mereka terus memiliki

~ Sofi
~ Kuala Lumpur
~ 12102010



PEMILIHAN 2010 ~ PEKONG PKR TERSERLAH

KENYATAAN MEDIA

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat adalah kemekaran demokrasi di Malaysia yang harus dicontohi di setiap peringkat.

Walau bagaimanapun saya merasai bahangan politik mengaburi setengah-tengah pihak dalam percubaan menegakan demokrasi sejati dalam pemilihan ini. Penetapan tarikh akhir Cabang untuk menghantar keputusan pencalonan secara rasmi iaitu 10bh Oktober 2010 kini menjadi spekulasi di peringkat akar umbi.

Demi menegakan Demokrasi sejati saya, mencadangkan agar Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat melanjutkan tarikh tersebut sehingga 16hb Oktober 2010 sebagaimana diumumkan secara lisan sebelum ini. Ini akan memberi peluang kepada Cabang- cabang untuk memperbaiki masalah-masalah salah faham yang mungkin telah terjadi sebelum ini.

Selain dari itu, cadangan akar umbi seperti pencalonan YB Nurul Izzah untuk jawatan Timbalan Presiden Parti dan pemimpin lagi akan mendapat pertimbangan saksama sambil kita menegakan Demokrasi Sejati.

Saya juga menghargai segala usaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat yang bertungkus lumus untuk mempastikan pemilihan parti yang julung-julung kali dalam dalam Sejarah Malaysia berjalan lancar.

Bersama-sama kita berjuang menegakan Demokrasi Sejati .

Sekian.


Manikavasagam Sundaram
Ahli Parlimen Kapar
Calon Naib Presiden,
Parti Keadilan Rakyat


CLARIFICATIONS NEEDED IN PKR PARTY ELECTION

Press Statement for Immediate Release
13 October 2010

The latest developments in the PKR party election, especially the alleged denial of Nurul Izzah Anwar’s right to contest for the Deputy President position, is cause for grave concern.

Any member who has joined for more than a year as at the cut-off date for qualifying members to vote and also to contest should be allowed to contest for any position as long as she or he has the necessary nominations

And the divisions’ nominations must not be thwarted by any administrative deadlines, which more often than not fall on deaf or apathetic ears. It is good to have administrative processes but they must be transparent and serve the objectives of the party.

The Central Election Committee (JPP), which is supposed to be in charge of the PKR election, unfortunately, does not appear to be on top of things. Who is calling the shots in the party election? The Secretary-General or the JPP?

The more pertinent questions begging to be asked are these: Is the JPP given the mandate to run the entire electoral process? Are they independent? Are there clear and approved electoral rules? Who makes the final decisions in cases where there are disputes in the electoral process?

If there is a communication breakdown between the JPP and the party secretariat, it is understandable. Indeed, even errors due to inexperience are acceptable. However, we must remember that not only must things be fair, they must also appear to be fair.

This statement is made to help clarify matters. Please help all members understand what is going on for the sake of the party’s unity. We must march as one towards Putrajaya.

JONSON CHONG
Candidate for Vice President
Parti Keadilan Rakyat Election 2010