Followers

Thursday, January 27, 2011

Anwar Ibrahim Sudah Melampau, Mempermainkan Ahli Parti Sendiri.. !!!

27 Januari 2011

Tindakan Anwar Merendah-Rendahkan Saifuddin Dikesali

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergolak lagi. Ketika PAS sedang berjuang dan berperang di kubu terkuat Umno, PKR menyajikan isu-isu negatif kepada kepada umum. Ketika DAP kelihatan berjaya membawa sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), PKR terus dilanda krisis buruk yang menjejaskan rentak kecemerlangan PR.

Banyak sekali teman-teman sudah mula menerbitkan kegusaran terhadap situasi PKR. Krisis demi krisis yang belum lagi berkesudahan sejak pemilihan Parti merakamkan sejarah insiden pergaduhan dan penipuan undi. Akibatnya, sungguh mahal harga yang perlu dibayar oleh semua anggota Parti dan pendokong Reformasi kesan dari sikap ambil mudah pemimpin parti dalam membuat keputusan dan menentukan halatuju terbaik perjuangan politik parti.

Saya terpanggil untuk memberi pandangan terhadap tindakan Setiausaha Agung parti, YB Saifuddin Nasution yang menghantar surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil Ayub atas dakwaan telah melakukan kesalahan yang melanggar disiplin parti. Amat di luar jangkaan cara dan kandungan surat tersebut yang datangnya dari Saifuddin Nasution. Surat tersebut ditulis dengan nada yang sangat keras, berbaur ugutan dan penuh dendam kesumat.  

Kita boleh memahami sebab YB Saifuddin dikritik hebat semasa pemilihan parti 3 bulan lalu. Imejnya sebagai tokoh politik muda yang dihormati rakan serta lawan kini tercalar teruk, malahan sekarang dituduh pula sebagai arkitek penting dalam projek memahkotakan Anwar dan Azmin menjadi dewa dan dewi baru PKR. Namun begitu kritikan yang beliau terima tidak boleh dijadikan alasan untuk beliau bertindak secara beremosi atas kuasa Setiausaha Agung.  Amat tidak wajar Saifuddin yang sebelum ini mencampuri keputusan-keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kini seolah-olah menggunakan Lembaga Disiplin parti untuk melunaskan dendam kesumat beliau terhadap mana-mana pihak yang mengkritik beliau sebagai Setiausaha Agung atas kelemahan JPP dan Ibu Pejabat PKR.

Kenyataan beliau seperti yang dilaporkan portal The Malaysian Insider bahawa beliau tidak ingat samada ada menandatangani surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil kerana beratus-ratus surat telah beliau tandatangani adalah jelas kenyataan yang mempersendakan Mustaffa Kamil Ayub. Adalah tidak masuk akal isu perlanggaran disiplin oleh Sdr. Mustaffa Kamil, calon jawatan Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden parti dan bekas Setiausaha Agung parti tidak berada dalam perhatian Setiausaha Agung PKR. Kalau benar memang beliau tidak ingat, ini jelas menunjukkan sikap ambil mudah atau sambil lewa beliau dalam menjalankan tugas Setiausaha Agung parti. Justeru, tidak peliklah kenyataan beliau dalam Kongres Tahunan Parti bahawa semua aduan pemilihan PKR akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu tetapi sehingga sekarang, selepas tiga bulan aduan-aduan tersebut masih belum lagi selesai.

Saya terpanggil untuk mengkritik Setiausaha Agung secara ikhlas kerana saya berpandangan banyak kenyataan serta tindakan sambil lewa YB Saifuddin Nasution membawa kepada kemarahan anggota parti dan memberi peluang kepada musuh untuk menyerang parti.

Untuk berlaku adil kepada YB Saifuddin, tindakan Ketua Umum yang mengeluarkan kenyataan bahawa surat tunjuk sebab terhadap Mustaffa Kamil Ayub yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung atas saranan Lembaga Disiplin itu tidak efektif dan akan dibincangkan semula oleh Biro Politik juga wajar diambil perhatian. Tindakan Ketua Umum mengubah keputusan sewenang-wenangnya berdasarkan gerak hati beliau adalah dua kali lebih melampau. Beliau bukan sahaja merendahkan keputusan Setiausaha Agung parti, malahan beliau juga mempersendakan semua orang dengan mengeluarkan kenyataan secara sesuka hati kepada umum untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.

Abdul Aziz Anon

4 comments:

Anonymous said...

saya nak tanya sket....sket sahaja

i) siapa yang mencadangkan PKR membuat pemilihan parti secara dari akar umbi seperti yang telah dijalankan itu. Siapa orang itu?

ii) dan kenapa cadangan ini terus diterima dan dijalankan ......TANPA MANA2 BANTAHAN?

Bro sofi....apa yang kita saksikan kini adalah HASIL dari i) dan ii) di atas......maka ramailah yang BERKOKOK!

The MIND!!!

Melayu jati said...

Apakah relevant tajuk besar terpampang DSAI diatas dgn posting berkenaan saifuddin jawab, dia tak ingat dia sign, sbb terlalu banyak show cause letter yg dia sign. Lebih dari itu, jawaban saifuddin nampak bernas yg melambangkan tiada ada spesial atau "blue eye on anybody so called Mustafa Kamil Ayub"!. "Everybody treated the same in" PKR "dgn izin". "Is this posting just another cheap shop of Tenang byelection"?

Anonymous said...

mungkin diorang ni tak pernah terfikir method yg lebih praktikal nak melaksanakan Pemilihan2010? ataupun mereka ni malas nak fikir? pd mereka, dgn menciplak idea sedia ada kononnya cuba mengajar SPR cara pelaksanaan pilihnraya yg betul, lalu diperkenalkan satu sistem yg lebih kurang sama, hanya ditambah sedikit manisan yg melecehkan, maka terealisasilah idea agung pemimpin ini dgn mempersembahkan rancangan lawak "one man one vote" yg nyata skali GAGAL! CEH!!!

Tak kiralah siapa yg mencadangkan idea tu, tp ia bukan saja gagal mendidik SPR cara pengendalian pilihanraya yg betul tp lebih memburukan lg keadaan PKR yg semakin tenat dan seolah2 hanya menanti masa utk hancur.

terlalu bnyk kepincangan dlm PKR yg terserlah dari hari ke hari sama ada dari segi kepimpinan mahupun pengurusan. kalau inilah "Harapan Baru" yg diteriakkan kepada rakyat masa PRU12 yg lalu, AKU KECEWA!!!

veteranPKR said...

kecian mus kamil..idola dia anwar..pidato pun ikut cara anwar..last, last anwar tendang aje dia