Followers

Friday, January 21, 2011

Ijazah (PhD) Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman PALSU?

PETALING JAYA: Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.
Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari (foto kiri) yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.
“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.
Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.
Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

4 comments:

Yong said...

Nak tahu PhD dia betoi ke tipu sangat mudah maaa. Tengok skrip dia dan semak universiti. Kot universiti tu MQA terima, kita terima le dia ade PhD sama ade kita suka dia atau tidak. Kalau palsu kita dakwa dia menipu.

Sebenarnya Yong tahu ade orang dari parti itu cuba tipu PhD, tapi kantoi! heheheh.

nikman said...

Buka lagi jangan biar mereka terus menipu rakyat terutama yang telah memileh mereka sebagai wakil rakyat jangan biarkan mereka terus menipu seperti menantu ROSMAH UMNONGOK memang macan tu kalau tak menipu rakyat bukan UMNONGOK namanya.

liza said...

memang pun..ramai org serdang/upm dah tau cerita ni dr dulu lg..i penah jmpa org yg btnggjwb buat degree dan master utk satim..

Anonymous said...

Bodoh-bodoh pun boleh buat Phd...kah...kah