Followers

Friday, January 28, 2011

PEMBEKUAN/PENGHAPUSAN TOL BUKTI BUKU JINGGA BOLEH DILAKSANAKAN

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.


Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.


AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
28 JANUARI 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

3 comments:

Nazri said...

dgn kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini TELAH MEMBUKTIKAN kpd kita yg kerajaan BN pimpinan DSNTR adalah SEBUAH PARTI YG PRIHATIN TERHADAP MASALAH RAKYAT bertepatan dgn slogan RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIN DIUTAMAKAN.

ada-ada je perkara yg PR tak puas hati dgn kerajaan BN pimpinan DSNTR ni walaupun kerajaan BN telah berusaha meringankan beban rakyat.cuba kita tengok, apabila kerajaan BN bekukan kenaikan Tol pun PR tak puas hati dan kerajaan BN membatalkan Tol pun PR tak puas hati juga.PR ni mmg dah nak gila dah.

Anonymous said...

Kah..kah..kah...sekarang mereka telah mula masuk jerat dan teruslah buat lbih banyak jerat....
-setapa

jai said...

Nazrina Lembu Gay said...

dgn kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini TELAH MEMBUKTIKAN kpd kita yg kerajaan BN pimpinan DSNTR adalah SEBUAH PARTI YG PRIHATIN TERHADAP MASALAH RAKYAT bertepatan dgn slogan RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIN DIUTAMAKAN.

ada-ada je perkara yg PR tak puas hati dgn kerajaan BN pimpinan DSNTR ni walaupun kerajaan BN telah berusaha meringankan beban rakyat.cuba kita tengok, apabila kerajaan BN bekukan kenaikan Tol pun PR tak puas hati dan kerajaan BN membatalkan Tol pun PR tak puas hati juga.PR ni mmg dah nak gila dah.

Kah kah kah...

Manusia otak lembu buat provokasi bodoh kata PR gila, tapi dia tak sedar dia lagi gila babi!!!

Kah kah kah...

Woi lembu bahalol!!!

Kenaikan tol hanya dibekukan, bukan dihapuskan atau dikurangkan la bodoh!!!

Setakat hapus tol RM0.50 sen di Salak Selatan apa barang???

Kenapa tak hapuskan dua lagi tol sebab penduduk dari Batu 9 Cheras dan ke atas masih lagi terpaksa membayar tol RM1 dan RM0.90 sen untuk sampai ke KL???

MAMPUS KO TAK BERANI JAWAB SEBAB KO TAU KO MANUSIA BEROTAKKAN LEMBU!!!

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Ko ingat dengan hapuskan tol RM0.50 sen harga barang harian boleh turun ke bahalol???

TURUNKAN LA HARGA MINYAK KALAU BERANI!!!

Kah kah kah...