Followers

Monday, January 24, 2011

Rakyat Malaysia Patut Ikut Cara Ini. Singkirkan Sistem Lanun

Di Malaysia ni ramai sangat yang jadi ketua ikut keturunan.... bapak dia ketua... maka anaknya juga mesti diangkat jadi ketua.... pastu rakyat yang kerja susah payah.... kena tanggung dia anak beranak... Rakyat kena bayar gaji dia. Rakyat kena beri bini dia duit untuk berjoli. Gaji dia anak beranak, rakyat beri... lagi dia anak beranak merompak pulak duit rakyat.. !! Betul punya celaka punya keturunan.. !! Kalau perangai elok, takpe juga... ni perangai macam iblis setan.. !! 

Rakyat kena buatkan mahligai untuk dia tidur siang malam. Rakyat juga kena bayar hutang dia kalau dia kalah berjudi. Ini serupa pesin masa zaman Lanun dulu-dulu. Ini semua kes perabis duit rakyat, seduitpun takde pedahnya membela malaun-malaun ni... !!!

Baca ini untuk dijadikan panduan rakyat Malaysia. 

Rakyat Yaman pula tuntut presiden disingkir

Pemberontakan inspirasi dari bantahan di Tunisia


Rakyat Yaman bangkit memberontak dalam satu demonstrasi besar-besaran
di pekarangan kampus Universiti Sanaa, di Sanaa, Yaman, semalam.
 -- Foto REUTERS


ADEN (Yaman): Setelah mendapatkan inspirasi daripada pemberontakan di Tunisia, ribuan rakyat Yaman, yang kurang senang dengan pemerintahan presiden mereka selama 32 tahun, memberontak dan meminta agar pemimpin negara mereka itu disingkir.

Itulah bantahan besar-besaran yang pertama kali berlaku di Yaman yang mempunyai 23 juta penduduk.Rakyat Yaman mempunyai pelbagai sungutan, antaranya:


  • mereka merupakan rakyat paling miskin di dunia Arab;

  • pemerintahnya secara meluas dilihat mengamalkan rasuah dan dicerca kerana menjadi sekutu Amerika Syarikat dalam memerangi Al-Qaeda;

  • mereka juga tiada kebebasan berpolitik; dan

  • negara tersebut semakin kekurangan air.


  • Namun, usaha menggesa Presiden Ali Abdullah Saleh supaya meletakkan jawatannya masih sukar dilakukan.

    Sebagai satu cerminan kawalan ketat pentadbiran Presiden Saleh dan tenteranya di ibu kota negara itu, pemberontakan kelmarin tidak diadakan di jalan-jalan raya tetapi terbatas di pekarangan Universiti Sanaa.

    Kira-kira 2,500 pelajar, aktivis dan kumpulan-kumpulan pembangkang berhimpun di sana dan melaung-laungkan slogan-slogan terhadap Presiden Saleh, sambil membandingkan beliau dengan pemimpin Tunisia yang digulingkan, Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang turut mengundang kemarahan rakyatnya kerana amalan rasuah dan kelembapan ekonomi di negara itu.

    'Keluarlah, keluarlah Ali! Ikut kawan mu Ben Ali,' laung para pemberontak itu.

    Salah seorang penganjurnya, Encik Fouad Dahaba, berkata tunjuk perasaan itu hanya satu permulaan dan penunjuk-penunjuk perasaan itu tidak akan berhenti selagi permintaan mereka belum dipenuhi.

    'Kami akan berarak di jalan-jalan raya Sanaa, ke pusat utama Sanaa dan ke Istana Presiden. Beberapa hari mendatang akan menyaksikan satu keadaan yang lebih buruk,' kata Encik Dahaba, seorang ahli parlimen satu kumpulan politik Islam dan ketua kesatuan sekerja guru-guru.

    Dalam perkembangan berkaitan, polis Yaman menahan seorang aktivis kebebasan akhbar yang didakwa terlibat dalam pemberontakan pro-Tunisia itu, menurut golongan aktivis hak asasi, keluarganya dan seorang pegawai keselamatan, semalam.

    Cik Tawakel Karman, yang mengetuai kumpulan hak asasi Women Journalists Without Chains (WJWC), ditahan sekumpulan polis berpakaian preman di sebatang jalan raya utama sedang beliau dalam perjalanan ke rumahnya bersama suaminya, menurut para aktivis hak asasi yang enggan mendedahkan nama mereka.

    Sebab beliau ditahan masih belum jelas tetapi keluarganya berkata Cik Karman ditahan di penjara utama Sanaa.Seorang pegawai keselamatan berkata penahanan itu berpunca daripada waran tangkapan yang dikeluarkan pihak pendakwa, tanpa memberikan penjelasan.

    Cik Karman, yang juga anggota jawatankuasa pusat parti Islam, Al-Islah (Pembaharuan), terbabit dalam pemberontakan di Sanaa itu.

    Sementara itu, satu pergelutan juga berlaku pada hari yang sama di Algeria sedang para aktivis pembangkang cuba meniru taktik rakan-rakan mereka di negara jiran, Tunisia, yang menggulingkan bekas pemimpin mereka lebih seminggu lalu. -- AP, AFP.