Followers

Sunday, January 30, 2011

Tenang 2.15pm: Hujan ....

Sila REFRESH untuk maklumat terkini. Sila REFRESH di sini untuk FOTO terkini
2.15 petang: Menurut satu laporan media PAS, di kotak pengundi di UPU Labis yang mempunyai majoriti penduduk Cina, hanya 23.6%  sudah keluar mengundi dengan 20% pengundi Cina yang keluar mengundi setakat jam 2 petang tadi.
Hujan semakin baik di beberapa kawasan di Tenang. Muhyiddin yakin keadaan hujan pada waktu pagi tadi tidak akan menggugat harapan BN untuk memperolehi undi majoriti sebanyak 5000 undi dan sasaran SPR jumlah pengundi keluar iaitu 80 peratus akan tercapai.
UPU Tenang Station – Banyak kenderaan terkandas 3 km dari Pekan Labis ke Tenang Station. Air banjir masih deras dengan satu haluan jalan saja yang dibuka.