Followers

Tuesday, February 22, 2011

73 % usahawan Bumiputera dapat kontrak lombong pasir di Selangor


SHAH ALAM: Sebanyak 73 peratus usahawan Bumiputera ditawar kontrak melombong pasir sungai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari .
Katanya, mereka dipilih melalui proses tender terbuka yang memenuhi garis panduan dan syarat ditetapkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan pelombongan pasir.
“Jumlah kontrak yang dikeluarkan bagi kegiatan melombong  pasir sungai pada 2011 ialah 41 dan penyertaan usahawan Bumiputera meningkat 30 kontraktor, Cina (enam), kontraktor India (tiga) dan orang Asal (dua).

“Usahawan Bumiputera meningkat dalam aktiviti pelombongan di tanah kerajaan Selangor. Seramai 43.75 peratus kontraktor Melayu dilantik manakala kontraktor Cina yang layak adalah 50 peratus,” katanya pada satu kenyataan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu berkata, kerajaan negeri berusaha untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam memperoleh kontrak kerajaan khususnya pelombongan pasir.
“Penubuhan KSSB menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat telus dan adil kepada semua pihak, berbeza dengan amalan Umno yang bersikap pilih kasih kerana menawarkan satu kontraktor untuk melombong seluruh pasir sungai,” katanya.