Saturday, February 19, 2011

Faekah kata Noh Omar harapkan nafsu je kuat, tenaga pooraah!!


Bila Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, “Ini jelas menunjukkan bahawa beliau (Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar) terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor,” maksudnya lebih kurang si Noh Omar ni cuma harapkan nafsu aje yang berkobar tapi tenaganya longlai... jadi ingatlah Noh, .... gi main kat tepi ajelah..


SHAH ALAM: Banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkenaan pentadbiran Negeri Selangor walaupun kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.
“Ini jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan media hari ini.
Terkini katanya, beliau (Noh) membangkitkan isu perbelanjaan penginapan yang dibayar oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI).
“Agak hairan perkara tersebut ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah Kerajaan Negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri,” terang beliau.
Faekah berkata, jelas beliau merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Selangor dan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar.
“Senario ini bukanlah sesuatu yang janggal yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan negeri BN mahupun di peringkat pusat,” katanya.
Katanya, memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat.
“Sedikitpun kita tidak berasa gusar kerana Kerajaan Selangor khusus MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kerajaan Selangor yang mendokong prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab, tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta. Rakyat boleh menyemak setiap perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Negeri,” tambahnya.

2 comments:

Anonymous said...

bodohlah noh omar ni...

jarum mas said...

bukan setakat bodoh je...tapi bahalol dan bangang@bebal bin dungu mcm Nazri baghal tu penjilat dan pencacai u***.