Followers

Tuesday, February 22, 2011

LAPORAN FREE MALAYSIA TODAY MENGELIRUKAN

Free Malaysia Today menerbitkan berita mendakwa tujuh Ahli Parlimen KEADILAN gagal dalam laporan audit bebas parti kerana prestasi yang lemah dan disyorkan oleh jawatankuasa audit untuk digugurkan.

Audit tersebut dibuat untuk menilai pandangan awam bagaimana menambahbaik prestasi parti di kawasan-kawasan yang tertentu. Kami meneliti fungsi pusat khidmat, perjalanan program dan interaksi antara wakil rakyat, organisasi parti, badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat secara umum. Tiada seorang pun daripada Ahli Parlimen yang dinamakan dalam laporan FMT diaudit oleh jawatankuasa saya.


FMT akan mengetahui hakikat ini sekiranya mereka menghubungi saya dalam menulis laporan mereka. Saya dinamakan sebagai pengerusi jawatankuasa tetapi langsung tidak dihubungi FMT. Malangnya FMT bergantung kepada sumber yang tidak dinamakan dalam menyebut tentang laporan audit tersebut.

Laporan tersebut hanya dikongsikan secara dalaman dengan pimpinan parti.

Saya diberikan tanggungjawab tersebut memandangkan peranan saya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat pada waktu itu.

Justeru, jelas sekali laporan FMT adalah mengelirukan dan tidak berasas. FMT patut menghentikan kerja tidak beretika ini dan lebih bertanggungjawab untuk laporan mereka.

NIK MAHMOOD NIK HASSAN
019-3389229