PAHANG: KEADILAN Cabang Kuala Krau pimpinan Shuhaimi Said menubuhkan bilik gerakan parti sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Pelancaran bilik gerakan bertempat di Jengka 22, DUN Kerdau disempurnakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Turut hadir hadir dan turut menyampaikan ceramah Naib Presiden, Tian Chua, Ahlis Majlis Pimpinan Pusat, Fariz Musa dan Shuhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Orang Asal dan Felda.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Walaupun pada awal ada usaha untuk menghalang program pelancaran itu yang dipercayai didalangi pentadbiran Felda dan pimpinan Umno setempat, namun dapat ditangani dengan baik.
Hampir 300 orang, majoritinya peneroka Felda menghadiri program berkenaan.
Pilihan raya Kecil DUN Kerdau diadakan ekoran kematian penyandang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno.
