KUALA LUMPUR 25 Mac - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.
Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.
"Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir. - Bernama
2 comments:
ha ha ha support boslah tu...... untung2 naik pangkat..... ko makan lah duit lendir
Halimah..jangan la nak jadi barua dengan si R.Thamby tu... Haram ko makan bende yang datang dari kerja fitnah.. Muasabah diri ko dan pekerja bawahan.. R.Thamby memang nafsu besar dan harus dicantas.. semoga di Akhirat kelak Allah membalasnya.. ko ingat kata2 abang ko nie
Post a Comment