Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.
Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato' Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN,
YB Azmin Ali.
Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.
Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.
Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi
berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.
Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.
Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.
Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.
Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan,
menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
New politically motivated police investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim
On 30 March 2011, police served a notice under section 111 of the Criminal Procedure Code on Opposition Leader Dato Seri Anwar Ibrahim. The notice summons him to appear at Ampang District police station to be interrogated by police regarding a ceramah he had given on the night of Friday 25th March 2001 at the Gombak Parliament service center. Police had unlawfully disrupted this ceramah just as Dato Seri Anwar Ibrahim was speaking, made several unlawful arrests and assaulted the Gombak MP and PKR Deputy President Sdr Azmin Ali. This new investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim is under s.4(1) of the Sedition Act 1948 and s.27(5) of the Police Act 1967. These are both draconian amd unconstitutional laws which are regularly used by the Barisan Nasional goverment to prevent freedom of speech and freedom of assembly.
We note that the BN continues in its immoral and unlawful quest to undermine the rule of law and turn this nation into a police state. It is clear that they are prepared to use every underhand and unlawful means to perpetuate their grip on the country and to stay in power indefinitely. In our parliamentary democracy, it is the
constitutionally protected role of the Opposition Leader to scrutinize, check and criticize government policies and actions. Abusing and manipulating state powers to target, harass and intimidate the Opposition Leader is nothing short of an attack on our democratic system.
This new investigation on Dato Seri Anwar Ibrahim is politically motivated, in bad faith and a blatant abuse of police powers. We ask that this baseless investigation be ended immediately and all those responsible for instituting it be brought to justice for abuse of power, no mattter how high or powerful they may be. We also ask that a Royal Commission be formed for the purpose of inquiring into the decades long abuse of police and prosecutorial powers by the Barisan Nasional in order to attack, discredit, criminalize and imprison the
political opposition,civil society activists and others who have been critical of the government.
N SURENDRAN
VICE-PRESIDENT
PARTI KEADILAN RAKYAT
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
