![]() |
| Alahai.. kalau setakat buat pertunjukan.. bolihlah.. atau betindak ala samseng macam kat sini atau sini |
Tahanan reman larikan diri guna kereta polis
PAPAR (Sabah): Seorang tahanan reman kes pecah rumah melarikan diri menggunakan kereta polis selepas dia ditinggalkan sendirian di dalam kereta peronda, ketika dibawa untuk siasatan di lokasi jenayah yang dilakukannya.
Kejadian pada tengah hari itu berlaku apabila suspek, Norzaleh Md Sipin, 33 tahun, dibawa anggota polis ke Kampung Sedul, Ranau, di sini untuk siasatan lanjut berhubung kegiatannya di kampung itu.
Ketua Polis Daerah Papar, Timbalan Superintenden (DSP) George Rakman, berkata untuk siasatan, polis membawanya ke lokasi kejadian bagi pengesahan mengenai beberapa bahan bukti yang dijualnya kepada seorang lelaki di kampung itu.
'Suspek dibawa ke kampung itu dengan kereta peronda polis. Bagaimanapun, dia tidak tahu nama kampung yang hendak dituju menyebabkan dua anggota polis yang membawanya menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu untuk bertanya nama kampung berkenaan.
'Ketika itulah suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan memandu kereta polis,' kata beliau.
DSP George berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau dan IPD Telupid sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek tersebut. -- Harian Metro.
