Followers

Wednesday, April 27, 2011

Analisa PKR Terhadap kepincangan & penyelewengan ketika proses prn Sarawak berlangsung

KENYATAAN MEDIA

PILIHANRAYA DUN SARAWAK: PERALIHAN UNDI SIGNIFIKAN DI SEBALIK KEPINCANGAN PROSES PILIHANRAYA

Pilihanraya DUN Sarawak ke-10 akan diingati sebagai pencapaian utama ke arah pembentukan sistem dua-parti di Malaysia. Meskipun banyak yang diperkatakan tentang keputusan pilihanraya (serta implikasinya kepada politik nasional), tidak ada sebarang usaha giat untuk mendedahkan kepincangan serta penyelewengan ketika proses pilihanraya berlangsung.

Analisis ringkas ini cuba untuk menzahirkan analisis keputusan secara objektif dan mendedahkan dakwaan kepincangan dan penyelewengan yang memberikan impak besar dalam Pilihanraya Umum akan datang.


KEPUTUSAN PILIHANRAYA

1)      Peralihan Undi

Peralihan undi kepada KEADILAN (dan Pakatan Rakyat) tidak pernah berlaku sebelum ini. KEADILAN mencatatkan peralihan undi positif (peralihan undi dari BN kepada KEADILAN) di 26 kerusi yang ditandingi.

Peralihan undi tertinggi diperolehi Pakatan Rakyat dicatatkan di kawasan Meluan, iaitu kawasan majoriti Iban yang ditandingi oleh KEADILAN yang menyaksikan peralihan undi sebanyak 31% kepada KEADILAN (jika dibandingkan dengan pilihanraya sebelum ini), walaupun hanya dengan peningkatan 4% pengundi yang keluar mengundi. Peralihan undi yang besar ini menunjukkan kemahuan dan kemampuan masyarakat Iban di pedalaman dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap BN pada peti undi walaupun berdepan dengan pelbagai ugutan dan rasuah politik.

Ke semua 26 kerusi yang menyaksikan peralihan undi dari BN kepada Pakatan Rakyat mewakili masyarakat pelbagai bangsa (majoriti Melayu/Melanau, majoriti Cina, majoriti Iban, majoriti Bidayuh, majoriti Orang Ulu dan kerusi campuran) dan struktur geografi, menunjukkan bahawa gelombang perubahan adalah meluas dan tidak hanya terhad kepada demografi atau bangsa tertentu. 26 kerusi tersebut adalah:
                                    DUN                                       UNDI SWING
N42
Meluan
31.4%
N53
Kakus
25.9%
N65
Senadin
24.6%
N34
Krian
24.0%
N71
Bukit Sari
11.9%
N70
Ba'kelalan
11.6%
N62
Lambir
11.0%
N66
Marudi
11.0%
N56
Baleh
10.7%
N11
Batu Lintang
10.1%
N52
Tamin
9.5%
N55
Katibas
8.7%
N31
Layar
8.4%
N17
Tarat
7.8%
N67
Telang Usan
7.7%
N14
Asajaya
7.7%
N54
Pelagus
5.9%
N06
Tupong
5.9%
N49
Nangka
5.6%
N43
Ngemah
5.4%
N08
Satok
3.5%
N02
Tasik Biru
2.9%
N05
Demak Laut
1.7%
N51
Balingian
1.2%
N18
Tebedu
0.2%
N44
Machan
0.1%

Peralihan undi yang dicapai oleh KEADILAN juga adalah dalam kerangka momentum dan kuantum seperti yang dicapai oleh DAP di kebanyakan kawasan yang ditandingi oleh DAP. Ini merupakan suntikan utama kepada Pakatan Rakyat dan kemunculan sistem dua parti di Sarawak (dan Malaysia), memandangkan para pengundi telah memberikan persetujuan dan mandat kepada Pakatan Rakyat tanpa mengira parti mana yang bertanding di satu-satu kerusi.

Perbezaan dari sudut bilangan kerusi yang dimenangi oleh DAP dan KEADILAN masing-masing adalah disebabkan kurangnya sokongan atau tiadanya jentera pembangkang yang kuat di kawasan tersebut sebelum pilihanraya ke-10. DAP dan KEADILAN hanya aktif di kawasan bandar dan separa-bandar sejak kedua-dua parti ini masing-masing menyertai perjuangan nasional di Sarawak (pada tahun 1978 dan  1999).

Malangnya, kehadiran parti-parti Pakatan Rakyat di banyak kawasan pedalaman (terutamanya di kerusi majoriti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu) tidaklah sekuat mana sebelum ini. Majoriti kerusi diserahkan kepada parti-parti tempatan termasuk SNAP dengan asas bahawa parti-parti tempatan mampu mencapai hasil yang lebih baik dalam membangkitkan gelombang perubahan di kalangan penduduk pedalaman yang pelbagai latarbelakang.

Ini tidak berlaku. Di antara tahun 2006 dan 2011, semakin ramai pemimpin masyarakat Iban/Bidayuh/Orang Ulu yang menyertai KEADILAN dan keahlian di kalangan penduduk pedalaman meningkat secara konsisten, menunjukkan isyarat bahawa perubahan undi kepada KEADILAN sedang berlaku dan menunjukkan bahawa mereka mahu KEADILAN bergerak sebagai pergerakan politik yang mewakili suara dan aspirasi mereka.

Atas faktor inilah KEADILAN telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat supaya memberikan tumpuan utama kepada kawasan Melayu/Melanau/Iban/Bidayuh dan Orang Ulu dalam pilihanraya lepas. Keputusan awal adalah untuk menumpukan kepada 25 kerusi yang mana kewujudan sokongan secara relatifnya lebih kuat.

Walaubagaimanapun, dalam usaha mengelakkan BN daripada memenangi 24 kerusi sedia ada tanpa bertanding, KEADILAN memikul tanggungjawab berat untuk bertanding di semua 49 kerusi – memandangkan tiada parti lain yang mahu bertanding di 24 kerusi tersebut. Tanpa tindakan ini, BN sepatutnya boleh meraih kemenangan utama ketika hari penamaan calon dan sebarang slogan atau kempen politik (seperti slogan Ubah atau Berubahlah) yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat akan tenggelam. Rakyat Sarawak pastinya akan memperlekehkan kempen Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan agenda perubahan ketika mana BN hanya memerlukan 12 kerusi untuk membentuk kerajaan pada hari penamaan calon.

Hasilnya, KEADILAN bertanding di 49 kerusi yang mana jentera-jentera pembangkang adalah lemah (juga tidak wujud langsung di sesetengah kawasan), seperti yang ditunjukkan pada peratusan peralihan undi yang diperlukan untuk menewaskan BN di kerusi-kerusi tersebut:

                        DUN                                       UNDI SWING KALAHKAN BN
N71
Bukit Sari
49%
N42
Meluan
45%
N54
Pelagus
45%
N43
Ngemah
44%
N51
Balingian
42%
N56
Baleh
41%
N66
Marudi
41%
N55
Katibas
40%
N35
Belawai
35%
N53
Kakus
35%
N33
Kalaka
35%
N49
Nangka
33%
N57
Belaga
31%
N14
Asajaya
30%
N36
Semop
30%
N31
Layar
29%
N05
Demak Laut
29%
N61
Bekenu
28%
N21
Simunjan
28%
N18
Tebedu
28%
N65
Senadin
26%
N06
Tupong
26%
N08
Satok
26%
N62
Lambir
26%
N58
Jepak
25%
N01
Opar
23%
N67
Telang Usan
23%
N25
Balai Ringin
22%
N23
Lingga
22%
N44
Machan
21%
N32
Bukit Saban
21%
N17
Tarat
21%
N16
Bengoh
20%
N52
Tamin
19%
N02
Tasik Biru
18%
N07
Samariang
16%
N34
Krian
15%
N69
Batu Danau
15%
N04
Pantai Damai
15%
N19
Kedup
13%
N60
Kemena
12%
N26
Bukit Begunan
11%
N29
Batang Ai
8%
N70
Ba'kelalan
8%
N30
Saribas
3%
N50
Dalat
0%



Seperti dijangka, KEADILAN memenangi tiga kerusi di mana peralihan undi yang diperlukan adalah kecil. Untuk KEADILAN memenangi lebih banyak kerusi, purata peralihan undi semestinya lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Namun demikian, pilihanraya Sarawak ke-10 telah menyediakan platform dan asas yang baik untuk melipatgandakan persediaan menghadapi PRU ke-13 dan juga pilihanraya negeri yang seterusnya. Jika momentum perubahan terus kekal, peralihan undi yang serupa akan dicapai di banyak kerusi. Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN berpotensi untuk dimenangi dalam pilihanraya negeri akan datang:

            DUN                                       UNDI SWING KALAHKAN BN 2016
N11
Batu Lintang
-21%
N34
Krian
-9%
N70
Ba'kelalan
-4%
N65
Senadin
2%
N53
Kakus
9%
N52
Tamin
9%
N17
Tarat
13%
N42
Meluan
14%
N62
Lambir
15%
N02
Tasik Biru
15%
N67
Telang Usan
16%
N19
Kedup
16%
N30
Saribas
16%
N06
Tupong
20%
N16
Bengoh
21%
N31
Layar
21%
N60
Kemena
21%
N44
Machan
21%


2)      Tahap sokongan dari pelbagai kaum

KEADILAN telah menjalankan analisis awal ke atas tahap sokongan dari pelbagai masyarakat untuk Pakatan Rakyat dalam pilhanraya yang lalu, berdasarkan kepada bilangan undi yang diperolehi di kerusi-kerusi yang ditandingi. Ini memberikan petunjuk baik terhadap sifat kompleks corak pengundian di Sarawak dan cabaran yang mendepani Pakatan Rakyat di Sarawak.

Di samping wujud peralihan undi yang baik kepada Pakatan Rakyat/KEADILAN merentasi pelbagai komuniti, tahap sokongan adalah berbeza dari satu komuniti ke satu komuniti yang lain seperti berikut:

  



KAUM
PERATUS SOKONGAN
(% SOKONGAN KEPADA PR/KEADILAN)
Malay/Melanau
6% - 35% (average 19%)
Iban
3% - 60% (average 32%)
Chinese
50% - 80% (average 65%)
Bidayuh
20% - 30% (average 26%)
Orang Ulu
22% - 56%


Tahap sokongan setiap komuniti juga dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuklah kekuatan calon yang bertanding, kekuatan jentera parti di kawasan yang ditandingi, perpecahan kawasan bandar dan pedalaman, dan kesukaran dari aspek logistik dan geografi ketika mana para calon berkempen untuk bertemu pengundi.

Ketika perbezaan tahap sokongan di dalam dan di luar komuniti menunjukkan komuniti-komuniti ini tidak menyokong sepenuhnya mana-mana parti (seperti yang didakwa oleh BN untuk menindas pengundi), ianya juga mencemaskan bahawa wujud perbezaan yang besar terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain. Ini memerlukan kerja kuat dari pihak Pakatan Rakyat dalam memastikan mesej dan kerja akar umbi mampu memacu purata sokongan yang lebih tinggi di kalangan masyarakat Melayu/Melanau, Iban dan Bidayuh jika dibandingkan dengan tahap sokongan sedia ada.


KEPINCANGAN PROSES PILIHANRAYA

Penyelewengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan

Pengumuman pelbagai projek segera oleh pentadbiran interim ketika tempoh pilihanraya merupakan perkara normal di negara ini. Apa yang lebih mengejutkan adalah mobilisasi sepenuhnya terhadap jabatan-jabatan kerajaan termasuk KEMAS, JASA, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai tukang kempen dan agen BN sepanjang tempoh kempen pilihanraya.

Terdapat laporan di negeri Sarawak yang mendakwa pegawai KEMAS dan JASA berkempen di rumah-rumah panjang dan kediaman pengundi beberapa hari sebelum hari pengundi. Selain kempen secara tidak formal, juga wujud dakwaan bahawa berlakunya sogokan wang kepada para pengundi.


Gejala beli undi

Terdapat pelbagai dakwaan bahawa wang disogok sebagai imbuhan kepada pengundi. Selepas pilihanraya negeri berakhir di Sarawak, orang ramai memperkatakan tentang berapa banyak wang yang digunakan untuk membeli undi mereka. Walaupun pelbagai laporan samada yang bersifat formal mahupun tidak formal telah dikemukakan, SPR langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara ini.

BN juga didakwa telah memperbaiki kaedah membeli undi mereka dengan cara yang lebih licik. Pengundi yang dikenalpasti akan diberikan bayaran pendahuluan dan kemudiannya mereka akan mengumpul slip di pondok panas pada hari pengundian. Jika satu-satu saluran undi menyumbang undi yang banyak kepada BN, pengundi yang dikenalpasti yang dapat menunjukkan slip tersebut akan diberikan ganjaran tunai oleh BN.


Peningkatan pengundi yang turun mengundi di beberapa kawasan sememangnya mencurigakan. Beberapa kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN menyaksikan peningkatan sebanyak 53% (di Senadin) jika dibandingkan pada tahun 2006. Tanpa Borang 14 yang telah ditandangani diserahkan kepada agen pengiraan undi, calon-calon tidak dapat mengenalpasti jumlah kertas undi yang dibuang dengan bilangan pengundi yang turun mengundi. Terdapat juga dakwaan bahawa wujud pengundi yang tidak layak mengundi (yang menggunakan kad pengenalan warna hijau) yang dibenarkan mengundi.


SPR telah mengubah peraturan iaitu proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan di pusat pengundian dan bukan di pusat penjumlahan undi. Menurut peraturan tersebut, pengiraan semula undi hanya boleh dilakukan sekali sahaja di saluran mengundi.

Peraturan ini adalah tidak praktikal dan menghapuskan sebarang hak untuk mengira semula undi pada PRU akan datang. Dalam kes Senadin, KEADILAN telah mendahului di kebanyakan saluran mengundi dan adalah mustahil untuk memohon pengiraan semula. Ketika mana semua undi telah dijumlahkan dengan undi pos, maka pengiraan semula adalah diperlukan.

KEADILAN telah membawa isu ini kepada SPR dengan secepat mungkin memandangkan ini telah menafikan hak untuk pengiraan semula yang mana merupakan elemen penting dalam memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
PARTI KEADILAN RAKYAT

26 APRIL 2011

                    Sarawak polls: Reality check for Pakatan






3 comments:

awang melayu said...

Analisa bagi seronok pkr

Nazri said...

PR ni selepas kalah teruk di tangan BN pada PRN Sarawak tempoh hari, tak habis-habis nak menyalahkan SPR di atas kekalahan mereka ditangan BN.aku rasa kalau PR rasa mereka tak boleh menerima kekalahan dlm sesuatu piliharaya, dicadangkan lebih baik lain kali PR TAK PAYAHLAH bertanding.cuba kita perhatikan pilihanraya yg lepas-lepas, tiap-tiap kali kalau PR kalah dlm pilihanraya pasti bermacam-macam alasan diberikan PR bagi menutup kemaluan kekalahan tersebut.

jai said...

Nazrina Lembu said...

PR ni selepas kalah teruk di tangan BN pada PRN Sarawak tempoh hari, tak habis-habis nak menyalahkan SPR di atas kekalahan mereka ditangan BN.aku rasa kalau PR rasa mereka tak boleh menerima kekalahan dlm sesuatu piliharaya, dicadangkan lebih baik lain kali PR TAK PAYAHLAH bertanding.cuba kita perhatikan pilihanraya yg lepas-lepas, tiap-tiap kali kalau PR kalah dlm pilihanraya pasti bermacam-macam alasan diberikan PR bagi menutup kemaluan kekalahan tersebut.

Kah kah kah...

PR kalah teruk???

Ko gila babi ke lembu???

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Kalau PR kalah teruk, takkan mahadey mamak tua tu meracau salahkan pengundi2 cina sebab tolak barisan najis, BODOH!!!

Kah kah kah...

Woi lembu!!!

Ada ke anjing akan gigit tuan dia???

Ada ke lembu bodoh macam ko akan tanduk ko punya tuan???

Tak ada kan???

Kalau tak ada, ini bermakna lagi banyak ko cakap lagi terserlah ko punya kebodohan, ko tau tak lembu bahalol???

Kah kah kah...