Followers

Saturday, April 23, 2011

Britain kaji peraturan diskriminasi pewaris tahta



CIK KATE MIDDLETON DAN PUTERA WILLIAM

LONDON: Britain kelmarin berkata negara itu sedang menimbangkan perubahan ke atas peraturan 'berdiskriminasi' mengenai pewarisan takhta, ertinya, anak pertama Putera William dengan Cik Kate Middleton (gambar) ada sama peluangnya mewarisi takhta, tidak kira jantinanya.

Peraturan yang ada kini menetapkan bahawa anak lelaki pertama yang akan mewarisi takhta, walaupun dia ada kakak. Putera William, orang kedua bakal menaiki takhta, akan bernikah dengan Cik Middleton pada 29 April di Westminster Abbey. -- AFP.