Followers

Saturday, April 23, 2011

Dua Pemimpin PKR Beri Keterangan Isu Qazaf

KUALA LUMPUR 23 APRIL : Dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) berhubung laporan qazaf yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin awal bulan ini.

Laporan qazaf itu dibuat ekoran pendedahan video seks yang dikaitkan seorang pemimpim pembangkang yang didakwa mirip dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua pemimpin tersebut adalah Ketua AMK Wilayah Persekutan dan Ketua AMK cabang Batu yang memberi keterangan secara berasingan di jabatan berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam.

Sewaktu memberi keterangan kepada seorang pegawai penyiasat JAWI, Mohd Hamdi berkata antara soalan yang ditanya mengenai latar belakang peribadi dan penglibatannya dalam parti.

Mereka juga turut bertanyakan kepada pegawai penyiasat berhubung tindakan JAWI untuk memanggil trio 'Datuk T' - iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Menurutnya pegawai penyiasat akan memanggil Datuk 'T' "selepas menyiasat" laporan yang dikemukakan oleh mereka.