KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.
Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
“Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah,” kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.

3 comments:
Tidak akan berakhir begitu pada pendapat saya. Polis tetap akan mengatakan itu Anwar kerana mereka melakukan ini bagi pihak Umno Baru dengan tujuan mencerna persepsi negatif rakyat terhadap Anwar dan PKR. Walaubgmn pun, AG akan menerangkan kelak dakwaan akan dibuat ke atas Datuk T di bawah Sek 292, Kanun Keseksaan tetapi tidak Anwar kerana di bawah undang-undang M'sia pelacuran bukan sebuah jenayah. Begitu juga melanggan pelacur. Untuk mendakwa Anwar melakukan zina, tidak terdapat 4 saksi adil dan tidak fasik.
Namun bgtu, dlm pembicaraan Datuk T, peguam pembela akan berhujjah Datuk T patut dibebaskan kerana kandungan video itu benar saperti pengesahan polis dan tujuan mereka menayangnya adalah untuk menyelamatkan negara dari dipimpin oleh seorang politikus yang tidak bermoral. Polis akan dipanggil ke mahkamah untuk
mengesahkan itu Anwar dan pelacur. Anwar tidak akan dipanggil ke mahkamah kerana dia bukan tertuduh atau saksi. Permohonan masuk campur beliau ditolak hakim atas alasan tidak perlu.
Akhirnya, hakim mendapati Datuk T bersalah ttp didenda hanya RM1000 tiap-tiap seorang atas sebab-sebab yang diberi oleh peguam bela dan terdapat tanda-tanda Anwar pelaku sex rambang.
Anwar akan hanya dapat membela dirinya di mahkamah rakyat.
Kah kah kah...
Jam Omega mana???
Jam Omega siapa punya???
Jam Omega beli kat Petaling Street kot???
Kah kah kah...
byk2 bersabar DSAI..... KEBENARAN TERSERLAH JUA AKHIRNYA...... KEPADA SELURUH KELUARGA DSAI KUATKAN IMAN... HIDUP PAKATAN,LAWAN TETAP LAWAN.....MUDAH2AN !!!
Post a Comment