Followers

Saturday, May 21, 2011

Alamak!!! Umno nak buat kejutanlah...


KERAJAAN RAKYAT - PEKAN: Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan ‘kejutan’ daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.


Zainal Abidin Osman berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.

“Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah.. kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan di  sini, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.
Beliau berkata Umno di negeri itu kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan sokongan rakyat termasuk mengadakan program tinjauan mesra setiap minggu.
“Malah parti-parti komponen BN juga telah bangkit dan mula mengorak langkah dan saya yakin sedikit masa lagi rakyat akan kembali kepada BN,” katanya.




1 comments:

jai said...

"kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa,”

Kah kah kah...

Ini cakap orang tak berapa cerdik!!!

Buat lawak bodoh la pulak...

Kah kah kah...

Woit!!!

Semasa PRK di Pulau Pinang dan Kedah, apa jentera kerajaan negeri yang DAP atau PAS guna???

Ko ingat DAP dan PAS bacul macam umno ke yang guna semua jentera kerajaan seperti kementerian penerangan untuk hadapi PRK???

Cakap guna lutut!!!

Kah kah kah...