Followers

Tuesday, May 24, 2011

Ambil tindakan ke atas penyiasat SPRM

Kiriman Yap Heng Lung, melalui e-mel
Suaram menggesa pihak polis mengambil tindakan dan penyiasatan segera dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bernama Ghani yang berbunyi “Bukan saya…Orang saya” dalam satu perjumpaan dengan keluarga allayarham Ahmad Sarbani pada April 28,2011 lalu.
Maziah Manap, isteri Allayarham Ahmad Sarbani telah melakukan perjumpaan dengan pegawai penyiasat SPRM, Ghani pada April 18, 2011 di Pejabat Kastam Subang Jaya sewaktu dalam proses menyerahkan 11 dokumen peribadi Allayarham kepada SPRM.
Dimaklumkan bahawa pegawai tersebut telah terlepas cakap tentang penglibatan orang lain dari kalangan SPRM (orang saya) dalam kes melibatkan kematian Allayarham Ahmad Sarbani.

Hal ini menimbulkan keraguan mengenai punca sebenar kematian Ahmad Sarbani di Bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada April 6, 2011, lalu. Sebagai sebuah badan hak asasi manusia, Suaram memandang serius terhadap kes kematian tersebut yang berlaku di bangunan pihak SPRM. Sehubungan itu, kami juga ingin menekankan di sini tentang perkembangan siasatan kes tersebut?
Pihak polis telah bertindak tegas dalam siasatan kes video seks membabitkan pemimpin politik dan  kes kematian Sosilawati. Justeru, kami juga menuntut pihak polis untuk bertindak tegas dan menyiasat kes kematian Allayarham Ahmad Sarbani. Ini penting bagi keluarga Allayarham yang sehinga hari ini mencari-cari punca sebanar kematian Allayarham dan keadilan untuk keluarga.
Polis perlu mengembalikan reputasi dan kredibilitinya memandangkan 59 kes aduan awam terhadap penyalahgunaan kuasa oleh SPRM  belum diselesaikan sehingga kini.
Kami menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan kes kematian Allayarham Ahmad Sarbani dan separuh daripada jumlah ahli suruhanjaya perlu dipilih oleh masyarakat sivil. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) perlu disegerakan untuk menghentikan segala kes penyalahgunaan kuasa dalam anggota polis dan juga badan-badan penguatkuasa.
Penulis adalah penyelaras Suaram