Monday, May 9, 2011

Anai-anai akan naik harga!


KUATKAN SYAHWAT: Encik Abdul Rahim memakan hidup-hidup ratu anai-anai yang didakwanya berfungsi seperti afrodisiak. -- Foto METRO AHAD

Makan ratu anai-anai 'rahsia' hebat di ranjang


LEDANG: Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan khidmat mengawal serangga perosak mendakwa memakan hidup-hidup ratu anai-anai boleh merapatkan hubungan suami isteri, dan, seperti pil Viagra, ia membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.


'Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,' kata Encik Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun.Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai itu daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

'Seelok-eloknya, ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

'Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah, tabib Cina itu percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,' katanya ketika ditemui akhbar Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.

Encik Abdul Rahim berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.

Bagi lelaki, memakan ratu anai-anai itu dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin manakala wanita yang memakannya pula boleh menambahkan kesuburan, dakwanya. -- Metro Ahad.






4 comments:

Kak Kiah Kerdau said...

Askm semua,

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan bahwa di kawasan rumah saya Allah berikan beberapa busut "istimewa" tempat anai-anai ini berserta ratunya sekali.
Insya Allah harga berpatutan. Mungkin diJohor harga akan naik tapi di Kerdau harga stabil.
Nampaknya dengan posting KR terbaharu ini saya tangguh hasrat saya untuk pindah ke Selangor, walaupun dibawah pentadbiran PR.

Terima kasih kepada blog KR kerana mengetengahkan hal ini dan maaf menggunakan blog ini untuk memaklumkan anai-anai saya di Kerdau.

ratus said...

Kalau tak silap, harganya mampu mencapai rm 2,500. Bila makan benda tu, isterinya berterima kasih. Saya rasa kalau dijual ratu anai2 dengan harga rm2,500 dan duit tu diberikan pada isterinya, isterinya lagi berterimakasih 24 jam. Maklumlah harga barang2 semuanya naik.

Kak Kiah Kerdau said...

Askm,
Saya amat teruja untuk menulis lagi. Maklumlah sejak ada anai-anai ni saya dah mampu beli bradbond, eh broadband ( teringat kat james bond pulak).

Terima kasih di atas tulisan cik ( andaian saya) ratus. Betul dalam 24 jam isteri akan berterima kasih kepada suami...atau kurang dari 24 jam pun boleh.

Saya kira kalau berita ini tersiar dalam surat-surat khabar yang berwibawa seperti Utusan Melayu dan Berita Harian, lagi baik. Bukan ape, Metro ni dikaitkan dengan cerita sensasi aje. Berita Harian dan Utusan ni dipantau oleh Kerajaan, lebih berwibawa.

Juga untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah eloklah posing depan busut yang ada anai-anai tu.....insya Allah lebih ramai yang boleh mengikut jejak langkah mereka.

Lagi pun makan anai-anai ni kan lebih "green", senada dengan falsafah Datin Seri Rosmah. Malah bukan sahaja "green" tapi isteri-isteri menteri dalam dan luar negara akan "green with envy" ( maaf terpaksa guna bahasa omputih).

Kesan yang baik lagi berkaitan anai-anai anugerah Allah ni ialah "bahasa" masyarakat kita akan pulih kepada yang tabii; akan berubah daripada : b*, l*, s* kepada yang tabii, ia itu a, b, c
a: anai-anai
contoh perbualan : "abang dah makan anai-anai ari ni?"

b: busut.
Contoh ayat: " jom kita ke busut sekarang!"
c: comel isteri abang ni sejak makan anai-anai

Ha...kan nyaman dan "green". Tak pe lah pakar gyni kata ianya tak benar..biarlah sekiranya ia hanya kesan placebo,lebih baik d suami asyik pi kat busut...daripada pi ke tempat lain.
eh..mufti-mufti pula, ape hukum makan anai?

Oh ye...jangan lah makan banyak sangat ratu anai-anai tu, nanti rosak pulan eko sistem, nanti anai-anai tunjuk perasaan, mereka naik kat rumah, nanti habis perabot...nanti katil roboh tau.

Err, KR ada gambar Datuk Seri Najib dan Datin Seri tepi busut dalam koleksi saudara?

Terima kasih. Maaf panjang pulak menulis kali .....bertenagalah sejak telan ratu anai-anai.....
Wassalam

Kerajaan Rakyat said...

Kak Kiah pun makan anai-anai ke? ... nanti lain pulak jadinya kak oi..