Followers

Sunday, May 22, 2011

Kerajaan Barisan Nasional tidak pandai urus wang

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kerajaan menarik balik subsidi rakyat kerana mereka tidak tahu mengurus kewangan negara.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada masa sama menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rakyat Malaysia penagih subsidi.
“Kenyataan Najib ini menghina rakyat Malaysia kerana tanggungjawab kerajaan yang memerintah membantu mengurangkan  beban rakyat.

“Tetapi kepada pelabur diberi subsidi yang dipanggil insentif, pengeluar tenaga  bebas (IPP) diberi subsidi,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.
Najib dipercayai membuat kenyataan itu ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat.
Menurut Mahfuz pemberian subsidi merupakan cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat.
“Akan berlaku kenaikan harga barangan apabila subsidi ditarik balik,” tambahnya.
Beliau mencadangkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang  tidak perlu bagi menjimatkan wang negara.
Pembaziran itu menurutnya termasuk pembiayaan percutian kaki tangan kerajaan kerana mereka membawa anak isteri bersama.




1 comments:

Nazri said...

kalaulah kerajaan BN tak pandai menguruskan kewangan, sudah lama Malaysia akan jadi bangrap spt negara Greece.dakwaan pembangkang(PR)kononnya kerajaan BN tak pandai menguruskan kewangan adalah mengarut dan tidak masuk akal langsung.kalau tak pandai urus kewangan, habis tu mengapakah ekonomi Malaysia terus berkembang dr tahun ke tahun.tuduhan yg tak berasas ini jelas menunjukkan yg PR dah kehabisan modal utk attack BN.

kita perlu ingat tujuan kerajaan menarik subsidi sedikit demi sedikit adalah krn kerajaan tak mampu menanggung subsidi yg telalu banyak disebabkan oleh harga barangan di pasaran global yg semakin meningkat.kita tak boleh salahkan kerajaan BN juga diatas kenaikan harga barang ni krn kenaikan harga barang ni melibatkan isu global.jadi dgn situasi yg macam ni, rakyat Malaysia harus paham masalah yg sedang dihadapi oleh kerajaan.kerajaan BN bukannya nak sangat menarik subsidi yg diberikan kpd rakyat tapi disebabkan masalah global yg memaksa kerajaan bertindak sedemikian rupa.diharap rakyat malaysia paham akan masalah yg sedang dihadapi oleh kerajaan spt kata pepatah 'berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing'.