Followers

Thursday, May 12, 2011

Kerana perbedaan fahaman politik, Menteri Pelajaran nafikan keselesaan pelajar

“Selain tidak dapat menampung pertambahan pelajar baru yang semakin meningkat setiap tahun, kadangkala pelajar sesi petang pulang lewat dari sekolah sehingga pukul 8 malam disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Disebabkan itu, pelajar tergesa-gesa mengikuti jadual asrama yang ditetapkan sehingga terlepas waktu makan malam dan kelas tambahan malam (prep),” menurut sumber terbabit.
Beliau berkata, pelan perancangan itu telah pun diusulkan kepada Kementerian Pelajaran sejak 10 bulan lalu, namun masih tiada jawapan jelas diberikan.
“Menteri Pelajaran masih tak mahu memberikan kelulusan kerana alasannya Selangor adalah negeri pembangkang Pakatan Rakyat,” katanya.


PETALING JAYA: Bangunan asrama milik Yayasan Selangor yang menempatkan kemudahan penginapan bagi pelajar yang menuntut disekolah menengah terkemuka sekitar Kuala Lumpur bakal diruntuhkan menjelang tahun 2013.
Difahamkan, Asrama Tun Dr Ismail (pelajar lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin (pelajar perempuan) yang terletak secara bersebelahan di Kampung Pandan itu tidak lagi digunakan kerana tapak kawasan itu nanti akan digunakan bagi projek pembangunan serta pusat beli-belah.
Asrama Yayasan Selangor secara tradisinya ditubuhkan sejak tahun 1973 membuka peluang kepada anak Selangor daripada luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan menerima pendidikan di sekolah menengah terbaik di sekitar Lembah Klang.
Penghuni Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) diberi peluang pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, SMK(L) Victoria, SMK(L) Methodist, SMK Jalan Cochrane, SMK(L) St John dan SMK(L) Bukit Bintang di sini.
Manakala penghuni Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) bersekolah di SMK Aminuddin Baki, SMK(P) Convent, SMK Seri Bintang Utara, SMK Jalan Cochrane, serta SMK(P) Assunta dan SMK(P) Sri Aman di sini.
Bagi menggantikannya, pihak Yayasan Selangor dikatakan telah pun mengenal pasti satu tapak kawasan belum diterokai bernilai RM50 juta di Ijok yang berdekatan dengan Universiti Industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya untuk menempatkan pemindahan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan terlibat.
Sekolah wawasan baru
Menurut sumber, kawasan di Ijok itu nanti akan dibangunkan satu sekolah wawasan baru berasrama penuh dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2013.
Katanya, projek yang mendapat persetujuan pihak pegawai atasan Yayasan Selangor serta Menteri Besar itu diputuskan atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan, antaranya faktor kesibukan kota raya Kuala Lumpur yang mampu menjejaskan kualiti pembelajaran.
“Selain tidak dapat menampung pertambahan pelajar baru yang semakin meningkat setiap tahun, kadangkala pelajar sesi petang pulang lewat dari sekolah sehingga pukul 8 malam disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.
Disebabkan itu, pelajar tergesa-gesa mengikuti jadual asrama yang ditetapkan sehingga terlepas waktu makan malam dan kelas tambahan malam (prep),” menurut sumber terbabit.
Beliau berkata, pelan perancangan itu telah pun diusulkan kepada Kementerian Pelajaran sejak 10 bulan lalu, namun masih tiada jawapan jelas diberikan.
“Menteri Pelajaran masih tak mahu memberikan kelulusan kerana alasannya Selangor adalah negeri pembangkang Pakatan Rakyat,” katanya.
Katanya, selain berusaha membuat gesaan agar kerajaan Persekutuan mengiktiraf usaha ini, Yayasan Selangor juga kini sedang berusaha untuk meyakinkan ibu bapa pelajar terlibat kualiti pendidikan yang diterima anak-anak mereka di sekolah sebelum ini sama sekali tidak akan terjejas ditempat baru itu nanti.
Yayasan Selangor, salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1970 melalui agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati kemajuan pendidikan setaraf dengan golongan masyarakat di  bandar sekaligus merapat jurang perbezaan antara status sosial.
Selain Kuala Lumpur, Asrama Pusat Yayasan Selangor turut didapati di Klang dan Sabak Bernam selain beberapa asrama daerah sekitar Selangor.