Followers

Tuesday, June 21, 2011

Wajah Wanita Melayu Terkini

Ini bukan wajah wanita Melayu terkini, dia ni Zuraida
Kamaruddin, wakil Parliament Ampang.
Wajah WanitaTerkini kat bawah tu.. 

Kerajaan Rakyat : PKR memperkenalkan program  Wanita Keadilan Jelajah Kampung (Wajah) untuk menambah keahlian di keahlian terutama wanita Melayu, kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Wajah merupakan suatu strategi, insiatif dan idea dari pimpinan Wanita PKR Selangor dengan berasaskan kaedah jelajah yang akan merangkumi seluruh kelompok pengundi dan lokaliti, dari luar bandar, Felda, estet, ladang sehingga ke penempatan orang Asal.
“Selain menambah pengundi baru, Wajah juga menyebar luaskanpenerangan untuk meningkatkan sokongan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13,” katanya.

Zuraida berkata, Wajah akan dilancarkan serentak di seluruh negara pada 2 Julai depan.
Pelancaran Wajah, tambah ahli parlimen Ampang itu menandakan skuad sayang Umno tidak lagi relevan.
Demokrasi tulen
“Saya yakin, Wajah mampu memimpin wanita Malaysia menuju kearah perubahan seterusnya memartabatkan kualiti hidup mereka, agar terus terbela dan diiktiraf peranannya dalam sistem demokrasi tulen yang diimpikan bersama.
“Wajah adalah program yang amat penting, memandangkan kebanyakan wanita di kawasan tumpuan seperti luar bandar dan Felda ini tidak dapat mampu untuk menikmati capaian kepada akses internet, sekaligus membataskan pendedahan mereka kepada isu-isu semasa.
“Kini, Wajah sudah bersedia untuk menjelajah ke setiap pelusuk kampung di seluruh negara untuk membawa agenda Demi Rakyat, seterusnya memberikan kesedaran dan maklumat benar kepada rakyat.
“Agenda Demi Rakyat akan menjarah ke seluruh kampung. Manifesto Buku Jingga akan disebar luas ke seluruh estet dan ladang,” tambahnya. -  The latest awesome news