KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, mengecam tindakan kempen di internet yang mengaitkan beliau dengan aktiviti keganasan.
eh eh ... sejak bila pulak Ahli Parliment ada peruntukan Setiausaha Politik..?? Kalau sudah berangan hebat... macam-macam jawatan dia letak sendiri.. ! Mohd Fareez Kamal Intidzam, yang juga ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menyifatkan tuduhan bahawa beliau cuba membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai melampau.
Beliau semalam ditahan polis bersama enam anggota AMK di KL Sentral, ketika mereka cuba mendekati Najib untuk menyerahkan memorandum tuntutan pembersihan pilihan raya, di majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang.
Katanya, ekoran daripada penahanannya itu, beliau kini dikecam dan diserang melalui laman twitter dan blog pro Umno kononnya cuba mensabotaj program Perdana Menteri. (Keadilan daily)
Kepada Zuraida Kamaruddin, Wakil Parliament Ampang aka Ketua Wanita PKR yang kerja utamanya hanya buat 'Press Statement'..... (Zuraida ni ingat hari-hari membebel... itulah kerja wakil rakyat) apalah malangnya nasib kamu ni,.. dapat pembantu... otak taraf tempurung! Kalau ginilah rupa pemimpin pelapis PKR @ KeADILan... alamat hamcur negara dibuatnya.
Kepada SAM, tolong semak sikit perangai anak buah kamu. SAM, satu lagi... tolong beritahu enam malaun bebal yang baru belajar politik tapi dah berlagak hebat tu... kalau nak provoke .... bolih.... tapi tolong guna kapla otak... bukan kepala lutut.. ! Mangkok-mangkok macam ini semualah yang merosakkan parti sebenarnya. Buat malu kompeni aje.. !
Semalam saya sudah beritahu (di sini ) : Kerajaan Rakyat kurang pasti sejak bila cara biadap dan kurang matang seperti ini mula digemari oleh golongan muda dalam PKR.
Provokasi dalam berpolitik adalah cara yang diamalkan oleh Umno dan amalan itulah yang diikuti oleh PKR. Maka sebenarnya tidak banyak bedanya antara politik Umno dan politik PKR, kedua-duanya membudayakan politik shit

2 comments:
Kahkahkah
it's real politic. raw, coming from the streets. the original. the anti-establishment. the anti-capitalist. congratulations mohd fareez. show them all what real politics is all about.
Post a Comment