Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Kelantan, Cik Wan Ubaidah Omar.Cik Wan Ubaidah berkata anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.
Menurutnya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.
'Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kami belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.
'Kami harap apa yang dilakukan Salih boleh menjadi contoh kepada suami mahu pun isteri di negara ini khususnya di Kelantan supaya mengamal cara hidup bertolak ansur dan harmoni demi menjaga kesejahteraan rumah tangga,' kata beliau.
Sebelum ini, semasa satu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada bulan lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir-Putih Tumboh, Encik Ahmad Baihaki Atiqullah, mencadangkan kerajaan Kelantan memberi insentif kepada para pengamal poligami di negeri itu yang mampu mengurus isteri dan keluarga dengan baik mengikut syariat Islam.
Berikutan itu, Cik Wan Ubaidah berkata kerajaan negeri itu sedia menimbangkan cadangan tersebut tetapi dengan bersyarat. -- Harian Metro.
Timbalan Ketua Polis Negara nak berlakon lagi ke ni?