Followers

Tuesday, July 26, 2011

Bersih 2.0: Arahan seorang perogol


Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video BERSIH 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.  Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.

Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".



Macam mana beliau yang memegang Kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat.  Sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.  Sekarang ialah zaman lebuhraya maklumat yang begitu pantas.  Tentu beliau masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihanraya tahun 1990.  Zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.  Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.  Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar atas) selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.


Gambar dan Video berkaitan Bersih 2.0






4 comments:

Anonymous said...

Arahan seorang Perogol??....Aku terbaca kat Utusan n Tv3 kata Rais tu bukan perogol dan dah diputuskan mahkamah...rupanya aku salah kot...entahlah pening ni... Nak bukti saman pulaklah rais tu ratus2 juta sbb dia memang perogol. Hoi Rais...kau samanlh orang yang kata kau ni perogol ratus2 juta biar selesai masalah...sama-sama puaskan..baru tau sape fitnah sape...jelaskan

Yasmeen Chan said...

Assalamu`alaikum wrwb.,
Saya lihat ada beberapa isu dalam posting ini:
1)Isu BN masih nak "control" pembacaan masyarakat dalam zaman IT.
2) Isu BERSIH

3)Isu akhlak menteri BN.

Walau apa pun, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara/i budiman bahawa:
(a) dalam kita mencegah mungkar, jangan kita terikut2 akhlak buruk penyeru2 kemungkaran. Contoh: kita jangan menyebarkan keaiban orang lain kerana ini terlarang.
Amalan media sekarang adalah SANGAT bercanggah dengan Islam. Jangan kita TERIKUT dengan budaya yang SALAH.
Kalau kita mahu 4 saksi dalam tuduhan terhadap DSAI, maka kita pun perlu mempunyai 4 saksi kepada tuduhan menteri BN. Allah menyuruh kita berlaku adil hatta kepada orang kafir...di sinilah keindahan Islam.

2)Banyak keadilan tidak tercapai di dunia...sebab itu, kata Abul Ala Maududi ( dalam salah satu penulisan Tafhimul Quran)kepercayaan kepada Hari Akhirat adalah SANGAT hebat kesannya...

Allahu alam, sekadar berkongsi kefahaman.

Yasmeen Chan said...

Assalamu`alaikum wrwb.,

Saya ingin menambah sidikit apa yang telah saya post sebelum ini dengan berkongsi satu hadith ( Hadith AnNawawi no.36). Ini adalah hadith yang agak panjang dan saya petik sebahagian daripadanya"

"......Sesiapa yang menutup aurat ( atau keaiban)seorang Muslim, Allah akan menutup aurat atau keaibannya di dunia dan di akhirat......"
Hadis riwayat Muslim.

Walaubagaimana pun, saya mengucapkan syabas kepada Saudara Sofi kerana menyediakan satu blog ( dan banyak lagi) yang merupakan wadah "pertarungan fikiran". Sesungguhnya pertarungan fikiran amat diperlukan ( sila lihat Fiq Keutamaan oleh Yusuf Qardhaw (1999), ms 255.

Marilah kita bertolong-tolongan untuk kebaikan dan taqwa dan janganlah bertolong-tolongan untuk dosa dan permusuhan ( Al Quran, 5:3)

Wassalam

Anonymous said...

Isu-isu yg dibangkitkan hanyalah pihak pembangkang yg patut jawab. Isu yg tiada motif n fakta. Fakta? walaupun Suruhanjaya Diraja dan makamah pun boleh dimanipulasi. apatah lg dgn motif isu ini.