
1- Perbuatan mereka benar (tidak salah) dari pandangan politik. Mereka (AMK) adalah anak-anak muda yang baru belajar berpolitik. Cara rempoh dan terjah adalah cara politik murahan yang kerap diamalkan oleh mana-mana individu/puak yang cuba mendapat nama dalam arena masing-masing.
2- Perbuatan mereka silap (tidak tepat) dari sudut adap. Melihat kepada klip video (di sini) dengan jelas menunjukkan mereka dengan sengaja ingin mencari publisiti murahan. Andai mereka benar-benar ikhlas untuk menyampaikan surat kepada Perdana Menteri, mereka tidak wajar menggunakan cara itu, itu cara biadap namanya. Kerajaan Rakyat kurang pasti sejak bila cara biadap dan kurang matang seperti ini mula digemari oleh golongan muda dalam PKR.
Kesimpulan: Justeru mereka atas sifat mereka yang mewakili pertubuhan poliltik (AMK), sementelahan pula politik Malaysia membenarkan cara rempoh dan provokasi seperti itu. Provokasi dalam berpolitik adalah cara yang diamalkan oleh Umno dan amalan itulah yang diikuti oleh PKR. Maka sebenarnya tidak banyak bedanya antara politik Umno dan politik PKR, kedua-duanya membudayakan politik shit
Andai dipandang dari sudut adap dan kematangan poltik, jelas menampakkan kesemua yang ditangkap itu (memang patut ditangkap) kerna tidak matang dan tidak beradap dalam cara politik mereka. Perbuatan mereka lebih menunjukkan mereka sengaja ingin mencemarkan majlis dan mencetuskan kemarahan orang lain.
Nota: Dalam beberapa video klip ucapan Almarhum Ust Fadzil Noor di Parliament (lihat di sini) Almarhum telah menganjurkan untuk kita berpolitik secara matang dan berhemah).
8 comments:
Andai dipandang dari sudut adap dan kematangan poltik, jelas menampakkan kesemua yang ditangkap itu (memang patut ditangkap) kerna tidak matang dan tidak beradap dalam cara politik mereka. Perbuatan mereka lebih menunjukkan mereka sengaja ingin mencemarkan majlis dan mencetuskan kemarahan orang lain.
-------------------
Saya bersetuju dgn pandangan tuan...
lain kali pos kan saja tapi mungkin tak sampai ke tangan PM..cuba juga di facebook PM...
saya juga setuju, tak perlulah kita menggangu majlis orang lain jgn samakan sikap berpolitik mereka dengan politik yang sedang kita perjuangkan..bagaimana hendak menarik pengundi atas pagar mahu pun yang karat untuk menyokong pr sekiranya mereka sendiri bersikap semborono.
dr dulu pemimpin PKR ni mmg biadap tak pernah nak menghormati majlis parti org lain.bila ditegur, nak mengamuk.ada ke patut dgn sesuka hati terjah majlis anjuran BN tanpa dijemput.tindakkan tetamu yg tak diundang mcm pemimpin PKR ni mmg celaka dan telah merosakkan majlis anjuran BN.kalau ditengok yg lepas-lepas, TAK PERNAH pun mana-mana pemimpin BN menceroboh majlis anjuran PR.rakyat skg bolehlah menilai betapa buruknya perangai pemimpin PKR ni.
Kerja bodoh dari orang bodoh. Saja nak buat provokasi. Nasib baik bodyguard Najib tak tembak. Kalau tak jadi modal tambahan lah.
salah tu nazri,lan yg biadap tu pemuda keadilan tp bagi bn biadap dari yg tua sampai ke pemudanya..malas la saya nak sebut2 contohnya..rakyat dah lama nampak..yg muda la patut ditegur jgn sampai jd cam bn dah tua tp tak ubah2 pemudanya lagi la hancur adapnya..sebelum jd buluh baik dari sekarang dilentur..inilah bezanya contoh kami penyokong pr, betul disokong tak betul berani2 lah tegur..baru tak karat..bukan menyokong membabi buta je.
Memang TAK BETUL cara tu. tapi taklah seteruk menyalahgunakan Kuasa untuk kekayaan peribadi, menggunakan kuasa untuk menekan rakyat, menaikkan harga minyak sesuka hati, menguruskan harta negara seperti harta benda sendiri, MELAYAN BERSIH seolah-olah golongan ini adalah golongan kelas kedua dalam negara ini.
SEPATUTNYA ahli amk tu baling kasut pd najib baru najib nak dengar agaknya apa hajat gulungan muda pkr tu. ni dia nak rempuh mana nak bolos,
terpulang la pla dari sudut mana kita melihat semua ini..
dari sudut BN - kurang ajarrr le..
dari sudut PR - bagusss...
apa pun HENDAK ke NAJIB terima surat ini drpd mereka yg berbaju KUNING ni..?rasa2nya bg salam dan kompang pun tak nak terima jg...fobia?..
Post a Comment