Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).
Bernama hari ini melaporkan, Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.
Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu di luar bandar untuk ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan hidup berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.
Kuasa Rosmah yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan kerana ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.
Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.
Kelab Isteri Liar
Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.
Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..
Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17857

6 comments:
pontianak memang kerja dia hisap darah...tak payah nak berselindung disebalik program program yang tak tahu hujong pangkal (Permata ke Berlian???)
Apalah masalahnya dengan betina jahanam ni? Seru sahaja roh Altantuya supaya merasuk betina binatang ini di pagi, petang, siang dan malam. Apa tak tahu mana nak cari bomoh handal untuk seru? Pergilah jumpa Rashid Sibir (Pengarah Keliwon). Kerja dia mengugut laki, kalau tak beri RM juta-juta, rahsia bocor aaaaa.......
BUDJET permata buat ROSMAH beli barang-permata dia. sekadar utk menutup pekong. apa guna kemas kalu diadakan permata pulak.
setiap wang rakyat yang telah dibelanjakan wajib ada ketulusan dan dibentangkan pada rakyat kemana bagaimana,tahab kemajuan,prestasi pembangunan dan objektif sasaran yang telah dicapai.janganlah membabi buta meminta wang rakyat tanpa kertas kerja hitam puteh.setakat ini rakyat tidak dapat menjiwai atau memahami kaedah perlaksanaan jauh sekali merasai serta menikmati projek permata ini.apa yang kami mahu sekarang pm najib serta ahli parlimen membahaskan dan membentangakan secara tulus dengan terperinci perbelanjaan wang rakyat tanpa berselindong dengan pelbagai sekatan dalam kerangka perundangan yang sengaja diada adakan.perlukah pm najib serta ahli parlimen berdolak dalih?berani kerana benarkan,jadi tunggu apa lagi?.rakyat sudah lama menanti dan jangan jadikan penantian ini satu acara penyelesaian atas sememangnya rakyat mudah lupa.penantian akan menjadi suatu penyiksaan bagi bn/umno/apco dipeti undi nanti.
kepala bana dia..gua tk nampak mana permata tu..apa permata tu..untuk apa permata tu..apa kebaikan permata tu untuk rakyat yg semakin susah ni..permata sebiji dua yg dia import juta juta adalah yg gua nampak dlm blogger2 ni..ptuih..
oh lupa..gua ternampak program permata yg bawak budak2 kecik pi nyanyi lagu kuaya tu (entah apa eja natang tu tah)..program taik..tkda paedah..program mcm tu yg telan duit ratus juta..bongok rakyat yg sokong bn ni..
Sudah sudah la.... kak ros. Jangan lah minta lagi. RM211 juta belanja ke mana. tolong bentangkan dulu. Tah tah dah masuk poket poket dot. dot. dot.
Post a Comment