Mata kekadang tersalah lihat,
Mulut kekadang tersalah ucap,
Jari kekadang tersilap titip,
Hati kekadang tersalah duga,
Segala kesilapan yang pasti ada,
Maafkan Saya.. Kerajaan Rakyat,
Mohd Sofi Yassin
MARHABAN YAA RAMADHAN
MARHABAN YAA RAMADHAN
MARHABAN YAA RAMADHAN
5 comments:
susah betul nak paham perangai spesis-spesis blogger pro pr ni.tengoklah boleh dikatakan tiap-tiap tahun bila tibanya bulan ramadan ataupun hari raya aidilfitri mulalah sibuk nak meminta maaf sana sini.memang lawak betul dgn perangai blogger pro pr setelah setahun bergelumang dgn dosa di atas perbuatan menabur fitnah terhadap pemimpin BN di samping membuat artikel yg keterlaluan utk memburuk-burukkan pemimpin BN, skg masih ada hati nak memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran kata terhadap pemimpin BN.
Salaam Sdra Nazri,
Jangan lupa kejap lagi.. Solat Terawih
.
Assalam saudara Nazri...
Moga Allah memberikan rahmat,inayah dan hidayah kepada saudara... Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak... Bulan untuk melatih dan mendidik kita memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan
Assalamu`alaikum,
Ramadhan Mubarak semua. Semoga Ramadhan ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Saya ingin memetik ucapan Prof. Dr. Mohammad Badi’ – Mursyidul Am Ikhwan Muslimin dalam perutusan Ramadhan. (Maaf dan tq saudara Sofi, panjang sikit...) Di antaranya, beliau menulis:
1)Ramadhan dan Perubahan:
Bersedia untuk mengubah jiwa individu, umat dan bangsa adalah isu penting masa kini, bahkan ianya salah satu ketetapan Allah (sunnatullah) dalam alam semesta. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)
Oleh itu, perubahan sesuatu keadaan tidak mungkin berlaku dengan angan-angan dan cita-cita semata-mata, tetapi mestilah dengan kerja yang serius dan bersungguh-sungguh, niat yang ikhlas dan akhlak yang teguh. Bulan Ramadan yang mulia ini adalah peluang sebenar untuk perubahan, kerana terdapat program yang praktikal untuk membaiki jiwa dan hati, dan permulaan sebenar dalam pembinaan umat.
Justeru, Ramadan adalah bulan perubahan, kerana berlaku perpindahan spiritual dan fizikal yang membaiki keadaan kita dan mengubah dalam diri kita. Perubahan positif memerlukan kita semua kepada kemahuan yang bergelora, keazaman yang kuat dan mengejar perubahan. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183).
Menurut Rasulullah saw (bermaksud):
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. " (Bukhari),
dan Nabi saw bersabda (bermaksud):
"Tidaklah hanya berpuasa dari makan dan minum, tetapi berpuasa dari ucapan sia-sia dan lucah. Jika seseorang mengherdik kamu atau orang jahil mengeji kamu katakanlah: “Saya berpuasa, saya berpuasa" (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disahihkan oleh Albani).
Ramadan menekankan kemerdekaan umat yang memiliki ciri-ciri tertentu dalam menghadapi serangan globalisasi yang menyeru kepada kemusnahan nilai dan akhlak, kerana umat Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri, Allah SWT telah berfirman (bermaksud):
“dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al-Baqarah: 138).
Bulan Ramadan mengingatkan kita beberapa kemenangan umat dalam lipatan sejarahnya. Dua kemenangan yang paling besar pada zaman Nabi ialah Perang Badar dan penaklukan Makkah berlaku dalam bulan Ramadhan, pembukaan Al-Andalus yang diketuai oleh Tariq ibn Ziyad adalah pada 28 Ramadan 92 Hijrah, dan Pertempuran yang bernama Ain Jalut, di mana Mongol telah dikalahkan berlaku pada 15 Ramadan 658 Hijrah. Begitu juga Allah telah memberikan kemenangan pada 10 Ramadan pada tahun 1383H (6 Oktober 1973) ke atas Zionis perampas tanah dan tempat suci kita. Ini menepati janji Allah SWT yang telah berfirman (bermaksud):
“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Rom: 47),
Justeru, marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan perubahan supaya kita lebih dekat dengan pertolongan Allah yang sentiasa dekat.
Artikel Asal:http://ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=88142
sama sama bro sofi.
salam dari saya.
Post a Comment