Followers

Wednesday, July 27, 2011

Obama beri amaran 'krisis ekonomi yang mendalam'



WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Barack Obama, semalam memberi amaran tentang 'krisis ekonomi yang mendalam' sedang beliau mencabar Speaker Rumah Republikan, Encik John Boehner, mengenai batasan hutang.

' Kami tidak boleh membenarkan rakyat Amerika mengalami kerosakan kolateral kepada konflik politik Washington,' kata Encik Obama dalam ucapannya di Rumah Putih yang disiarkan di televisyen semalam, yang dipetik agensi berita Bloomberg.

Tidak lama kemudian, Encik Boehner pula dalam ucapannya dari bandar Capitol, memberi respons dengan menyatakan Presiden Obama ingin mendapatkan sokongan mudah bagi meneruskan perbelanjaan pemerintah yang boleh 'melemahkan semangat rakyat'.


Sebelum itu, Encik Boehner dan pemimpin Parti Demokratik dalam Senat Amerika, Encik Harry Reid, dari Nevada, mendedahkan rancangan persaingan bagi meningkatkan batasan hutang AS$14.3 trilion ($17.3 trilion).

Encik Obama juga telah menyebut dua mantan Presiden Republikan, Mendiang Ronald Reagan dan Encik George H.W. Bush bagi menyokong gesaan beliau bagi mengurangkan defisit jangka panjang negara itu dengan menggunakan 'pendekatan seimbang' dalam potongan perbelanjaan di samping mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada golongan mewah negara itu.

Seperti yang pernah dilakukan oleh mendiang Presiden Reagan, Encik Obama menggesa rakyat Amerika supaya menghubungi penggubal undang-undang mereka bagi menyokong gesaannya itu.

Encik Obama juga melahirkan rasa yakin bahawa satu persetujuan boleh dicapai.

Sedang kedua-dua pemimpin itu membuat ucapan semalam, nilai matawang dolar menjadi semakin lemah berbanding negara-negara utama lain dan saham indeks ekuiti Amerika juga turut merosot.

Sedang parti Demokrat dan parti Republikan membidas antara satu dengan lain di Kongres, Encik Boehner dan Encik Reid mengurangkan jurang antara mereka dari segi pendekatan kedua-dua parti itu.

Encik Reid menarik balik rancangan parti Demokratik bagi kenaikan cukai yang ditawarkan beliau semalam.

Saranan beliau dan Encik Boehner bermula dengan AS$1.2 trilion bagi potongan perbelanjaan bagi tempoh sepuluh tahun dan kedua-duanya membentuk jawatankuasa bagi menyarankan penjimatan buat masa depan dengan undi terjamin dalam Kongres.

Kedua-dua pihak bagaimanapun tidak sehaluan mengenai permintaan parti Republikan bagi undi batasan pinjaman kedua yang terikat dengan lagi AS$1.8 trilion dalam potongan belanjawan yang dijangka bermula pada awal tahun depan.

Encik Obama bersetuju dengan saranan Encik Reid yang dianggap beliau sebagai 'jalan yang lebih baik' walaupun ia tidak termasuk peningkatan pendapatan cukai, yang menurut Encik Obama, diperlukan bagi menangani defisit negara itu.