Followers

Saturday, July 23, 2011

Skandal Scorpene dan Pembunuhan Altantuya Shaariibu: Najib dalam ketakutan

Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.


From Stev Shariibuu, in memory of his loving daughter



Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA,  beliau ditahan lebih lima jam  tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
“Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
“Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,” jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.






7 comments:

Nazri said...

jgn menuduh yg bukan-bukan terhadap DSNTR krn beliau belum terbukti bersalah oleh mahkamah dlm skandal scorpene ni.ini adalah satu tuduhan yg tidak adil yg boleh menjatuhkan maruah kredibiti DSNTR sbg PM Malaysia.jika kredibiliti DSNTR terjejas maka secara tidak langsung ia juga akan menjejaskan imej negara di mata dunia.walaupun bermcm-mcm tektik cuba digunakan parti pembangkang(PR) utk mencalarkan imej DSNTR di mata dunia tapi DSNTR masih tetap disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara malah baru-baru ni DSNTR juga telah membuat lawatan ke London atas jemputan PM Britain.jemputan ni membuktikan kpd kita bhw DSNTR masih lagi seorg pemimpin yg disanjung oleh pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia.

Anonymous said...

Wak lu nazri bongok!! Sembang ikut sedap ko je! Taktik bukan tektik! Bahasa melayu ko mesti out masa skolah dulu! Mcm gak ko bg komen x guna otak! Pencacai BN mcm ko tetap sokong walaupun ko tahu BN dh jauh trpesong! Msti ada kepentingan ni! Brapa untung ko bln2 nazri bongok! Ceciter ceciter

Anonymous said...

nazri, itu lah sebab kena benarkan peguam tu selidik dsntr.. supaya beliau dibuktikan tidak bersalah.. ini belum apa-apa dah kena tahan, sudah dibuktikan kah peguam itu betul-betul akan buktikan dsntr akan bersalah?- one word: biol

marina said...

peguam itu di panggil utk membersihkan nama pm kita tersayang.bila peguam itu di hantar balik,makin menambahkan misteri kematian altantuya,ktm tanjung pagar macam saya nak mula percaya ada kaitan dgn pameran berlian di singapura.apakah sumpah2 di masjid memakan diri?.bertaubatlah kita.

bunbinban said...

jgn nak buat lawak la nazri. Berani kerana benar. Apa nak di takutkan kalau Najib tidak bersalah. Tindakan Najib menghalau peguam ini dr Malaysia akan memburukkan lagi imej Malaysia dan Najib sendiri. Nampak tak beza antara Najib dgn Anwar?. Anwar selamba je bila kena tuduh tapi Najib belum lg kena tuduh dah gelabah. Pelikkan?. Relek la Nazri, berlapang dada, kita tunggu je apa pendedahan seterusnya dr peguam tu. Jgn adi mcm budak2 tadika. Kita jadi third force nak, kita belasah je sape yg salah tak kira dr parti apa pun. Berani?

Nazri said...

jgn salah paham,sebenarnya apa yg aku komen takde pun berniat utk membela BN ataupun DSNTR dlm skandal scorpene ni tapi kalau dah tuduhan yg dibuat terhadap DSNTR tanpa beliau disabitkan bersalah terlebih dahulu jadi aku rasa ini adalah tuduhan yg tidak adil dan aku rasa perlu utk aku beri teguran utk memperbetulkan keadaan.apa-apa pun Selamat Hari Lahir utk PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anonymous said...

wei Nazri ko ni GILA ka BABI atau ko ni memang GILA BABI?cuba ko cakap mak ko sapa? atau pon ko ni hasil skandal Pak Ajib tu sial,aku tengok ko ni memang jenis Kunyah Taik la,otak ko penuh dengan Taik BN, atau memang betul ko ni hasil skandal???cuba ko jawab sial, aku rasa kalau Pak Ajib tu Kentut kat depan muka ko pun tentu ko kata wangi kan sial,cuba ko jawab sapa yang arah imigresyen untuk tangkap Bourdon tu? undang2 apa depa pakai? undang2 Pak Tiri Laki Mak Ko kut sial,